15 May 2013

610 : Cinta Beralih Arah Walaupun Tidak Seindah Yang Diharapkan

Proses perpindahan pejabat aku ke premis yang baru telah selesai walaupun tidak berapa sempurna. Banyak kerja yang terpaksa diselesaikan. Mana tak nya, tempat masih dalam proses renovasi, tapi kami telah diarahkan pindah. Pihak kontraktor dengar khabarnya masih belum lagi menyerahkan tempat itu, tetapi kami telah pon masuk dan telah memulakan operasi di sana. Boss pulak tak boleh nampak muka aku, ada jer nanti yang dia akan suruh buat. Kadang-kadang membuatkan aku bosan nak datang kerja.

Kami sekarang ni bukan lagi UM tetapi PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Atau lebih tepat aku katakan, kami ni UM dalam masa yang sama adalah PPUM. Susah aku nak ceritakan bende ni. Makanya berlaku berubahan cara kerja yang sangat drastik dari pelbagai aspek. Apa yang UM sekarang ni dibuang dan semuanya nak follow PPUM. Walaupon UM dan PPUM berkongsi nama 'UM' yang sama, tetapi hakikatnya mereka adalah dua entiti yang berbeza dan mempunyai pentadbiran yang juga berbeza. 

Banyak keistimewaan yang dulunya kami dapat dari UM tidak kami dapat dari PPUM. Contoh ketara yang paling di benci oleh semua staf adalah masalah pakir. Kalau dulu, pakir kereta 'at your door step', bukak pintu dah sampai kawasan pakir. Sekarang ni, kami terpaksa berebut kawasan pakir yang sekangkang kera. Kalau taknak berebut macam aku ni, terpaksa pakir dan kemudian menapak selama 15  minit untuk sampai ke pejabat. Premis baru tu jangan kata lah, macam rumah kongsi, orang kat bilik sebelah mengumpat pon boleh dengar di bilik satu lagi. Seperti yang pernah aku katakan dulu, kami berpindah dari rumah banglo ke bilik sewa. Senang aku katakan, we are moving from bad to worse

Hasil dari perpindahan dan perubahan tadbir urus dari UM ke PPUM ini akan mengakibatkan dua orang teman sepejabat bakal kehilangan kerja, dengan alasan 'they are no longer needed'. Dua orang lagi bakal menjadi bola, disepak ke sana ke mari dengan alasan memberi pendedahan kerja. Dan aku menjangkakan (harap2 aku silap), beberapa orang lagi akan diambil terus oleh PPUM walaupon pada asalnya mereka telah meletak jawatan dengan PPUM dengan membayar ganti rugi. Ada diantara mereka yang telah kerugian lebih 10 tahun perkhidmatan kerana PPUM tidak melepaskan mereka dengan izin, walaupon mereka memohon untuk bertugas di UM. Aku juga menjangkakan dalam jangka masa panjang, keseluruhan pejabat aku akan menjadi PPUM dalam beberapa tahun akan datang.

Cukuplah aku merepek, mungkin takde sape yang faham.


~Salam Sayang~

4 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    Insyaallah
    Allah permudahkan segala urusan masa kini dan masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam atuk

      InsyaAllah... harap2 cepat la diluluskan permohonan transfer saya

      Delete
  2. Salam.. Nak wat camner kan. dah tanggungjawab keje.. kena la teruskan.. mcm suami baru dapat keje ni, tempat jauh gak dlm sejam perjalanan tapi disebabkan sesak tambah la lagi setengah jam. gaji masuk 7 hb lak tu.. terima jerk la.. tu la ketentuan rezeki .

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      ape2 pon, bersyukur lah kita masih ada keje. tiap2 bulan gaji masuk...

      Delete