Posts

Showing posts from March, 2013

595 : Perjuangan Sudah Selesai Di Arena Catur Campuran

Image
Tahun ni aku tak join langsung karnival sukan staf yang sedang berlangsung. Tak tahu la kenapa, tahun ni punya karnival sukan staf macam tak meriah seperti tahun-tahun yang lepas. Acara Bola Jaring Lelaki yang selalunya aku join tidak dipertandingkan tahun ini. Katanya takda penyertaan, entah betul entah tidak. Kalau ikutkan tahun-tahun sebelum ni, cuma satu zon jer yang tidak menghantar pasukan dan acara Bola Jaring Lelaki sangat meriah. Ada juga ura-ura yang berkata, Bola Jaring Lelaki tidak dipertandingkan tahun ni sebab, tahun lepas Zon Pusat Sukan kalah, sebab tu lah tahun ni, Pusat Sukan tidak menyenaraikan acara ni. Hehehe.. Harap-harap tahun depan dipertandingkan semula.
Satu lagi acara yang aku sentiasa join adalah Bola Tampar Lelaki. Tak tahu lah aper yang berlaku dengan pasukan Bola Tampar Lelaki Zon 6. Macam tak wujud jer, pemain-pemain lama tidak dipanggil bermain. Mungkin pengurus dah ada team yang bagus kot, sebab tu kami dilupakan. Ape-ape pon aku doakan yang terbaik …

594 : Mari Menonton - The Groods

Image
Berpeluang sekali lagi untuk menonton sebuah lagi filem terbaru di panggung. Kali ini aku telah menonton sebuah filem animasi yang bertajuk The Groods.
Pada suatu masa dahulu, atau dengan lebih tepat lagi, pada zaman batu, ada sebuah keluarga manusia purba yang terdiri daripada Eep (watak utama - anak perempuan), neneknya, ayahnya, emaknya, seorang adik lelaki dan adik perempuan. Mereka hidup dengan kehidupan primitif dengan memburu untuk mendapatkan makanan dan tinggal di dalam gua. Ayah Eep adalah seorang yang sangat sayangkan keluarganya dan sangat mementingkan keselamatan keluarganya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keluarganya selamat. 
Eep pula adalah seorang gadis remaja yang inginkan kebebasan tetapi dikongkong oleh ayahnya yg sangat primitif dan tidak mahu menerima perubahan. Pada suatu malam, Eep telah menyelinap keluar dari gua keluarganya dan secara tidak sengaja telah terjumpa Guy, seorang jejaka purba yang pada firasat aku dari spesis manusia purba yang l…

593 : TV

Image
TV atau televisyen sekarang ni bukan lagi satu barang elektrik yang kite bole anggap mewah. Kebanyakkan rumah di Malaysia ni, malah tak keterlaluan kalau aku katakan semua rumah di Malaysia ni mempunyai sekurang-kurangnya satu set tv. Itu belum lagi tv yang disambungkan dengan Astro, HyppTv, speaker sound system canggih dan sebagainnya. 
Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, tv merupakan barang mewah. Tak semua rumah ada tv. Tapi aku tak berpengalaman duduk di rumah orang lain tengok tv beramai-ramai. Ayah aku bukannya kerja senang, tapi dia masih mampu membelikan kami tv kotak macam gambar kat atas tu. Masa ayah beli, dah ada dah versi tv kaler. Best sangat layan kartun tiap-tiap petang start pukul 5.30 petang. Masa tu siaran tv bermula pukul 5.00 atau 5.30 petang yang dimulakan dengan bacaan Al-Quran.  Sekarang ni tv 24 jam. Panjang usia tv kotak ayah aku tuh. Rasanya sampai besarlah kami masih lagi menonton tv kotak tu sebelum ayah membeli tv moden kecil, 14 inci kot.

Bila aku dah kej…

592 : Dinner Bersama Kawan-Kawan

Image
Sabtu lepas aku bersama dengan empat orang sahabat yang lain telah pergi ke Red Wok Restaurant Bangi untuk makan malam. Ada orang nak belanja, jadi kami pon makan dengan senang hati. Menu kami pada malam itu adalah Sizzling Steamboat. Ini merupakan kali kedua aku makan malam di restoran ini. Pertama kali dulu, tak ingat bila, aku makan malam di sini bersama keluarga.
Untuk menu Sizzling Steamboat, ada banyak bahan yang disediakan dari ayam, daging, ikan, udang, ketam, kepah hinggalah makanan lain seperti nasi dan mee gorang, spegetti, sayur campur, buah-buahan dan ais krim. All you can eat for RM33 per head. Malam itu, restoran penuh dengan pelanggan, tapi kami bernasib baek mendapat meja tanpa menunggu lama. Datang time peak hour memang la camtu. Dah nama pon All You Can Eat, kami pon belasahlah segalanya. Amik semua ayam, ikan, udang, ketam. Yang fish ball fish cake tu semua tak pandang dah. Amik yang sedap2 jer. Tapi bagi aku, yang paling sedap adalah spegeti ngan tembikai dia. Ny…

591 : Sudah Sampai Masanya

Image
Rasanya sudah sampai masa untuk aku mengambil langkah ini. Setelah sekian lama aku berfikir samada langkah ini adalah yang terbaik untukku atau tidak. Setakat berfikir sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan juga bukannya sesuatu yang bijak. Langkah pertama perlu diambil dan kemudian aku akan ikut perjalanan kisah seterusnya. Mencorakkannya mengikut cita rasa aku sendiri.
Ada banyak sebab kenapa aku perlu mengambil tindakan ini. Yang utama adalah kerana aku sudah menghabiskan masa selama 13 tahun di sini. Minda tak berkembang, hanya berlegar-legar di ruang yang sama sepanjang tempoh itu. Banyak pengalaman yang aku telah kutip di sini, penat lelah, suka duka semuanya aku telah rasa. Pengalaman yang banyak itu rasanya tidak berguna jika aku hanya di sini. Cukuplah khidmat yang aku telah curahkan untuk memajukan jabatan. Berilah peluang kepada kakitangan lain yang mempunyai pandangan dan pemikiran lebih baek dan lebih cekap dari aku untuk meneruskan perjuangan jabatan kecil ini.
Aku per…

590 : Mari Berhibur - Oz The Great And Powerful

Image
Haha... Sekali lagi berpeluang untuk memonton sebuah filem terbaru di panggung bertajuk Oz The Great And Powerful bersama sahabat-sahabat tersayang. Telah menonton midnight pada Sabtu lepas setelah gagal mendapatkan seat yang terbaik untuk tayangan lebih awal. Sempat gak lah terlelap seketika semasa menonton. 
Filem ini mengisahkan bagaimana Oscar, seorang ahli silap mata yang kurang beretika telah sampai ke Magical Land of Oz setelah terperangkan di dalam puting beliung apabila dia cuba melarikan diri. Di Oz beliau telah berjumpa dengan Theodora, seorang Witch dan kemudiannya berkenalan pula dengan Evadora, kakak kepada Theodora. Oscar kemudiannya mendapat tahu bahawa beliau adalah The Great Wizard di dalam ramalan rakyat Oz yang datang untuk menyelamatkan Oz dari seorang Witch yang jahat. Oscar kemudiannya dihantar untuk memusnahkan Witch yang jahat itu yang bernama Glinda. Dapatkan Oscar menyelamatkan Oz dari dibelenggu Witch yang jahat itu walaupon Oscar tahu dia bukanlah seorang…

589 : Setelah Hampir Berkurun Lamanya ...

Image
Setelah berkurun lama (agaknya lah) aku tak membeli buku, akhirnya pada hari ahad yang lepas-lepas aku telah membeli senaskah buku untuk dibaca. Jujur aku katakan yang aku ni tak suke membaca dan kedai-kedai buku adalah antara tempat yang aku akan cube jauhi, lalu sebelah pon taknak. Walaupon aku tak suke membaca, tahap pengetahuan am aku, bole aku katakan mencukupi sekadar untuk berbual-bual kosong. Aku lebih suke mencari ilmu dan pengetahuan dari sumber lain (yang boleh dipercayai) selain dari buku.
Berbalik kepada buku yang aku beli, setebal 557 mukasurat hasil penulisan Muhammad Alexander bertajuk Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman. Sepanjang yang telah aku baca, buku ini membawa kita lebih dekat mengenai hari kiamat dari perspektif Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Juga dipersoalkan mengenai ramalam-ramalam hari kiamat yang telah diramalkan manusia seperti dalam tamadun Maya mengenai berlakunya kiamat pada tahun 2012. Buku ini telah diperkenalkan oleh seorang sahabat ak…

588 : Aku Terima Nikahnya ...

Image
Hujung minggu lepas dengan hujung minggu ni nampaknya aku menerima tiga jemputan ke majlis perkahwinan. Alhamdulillah, tiga hari makan free nampaknya. Huhu ...
Hujung minggu lepas aku telah menerima jemputan majlis perkahwinan seorang kawan kepada sahabat di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Oleh kerana tiada program berjimba-jimba yang dirancang untuk hari itu, aku dengan beberapa orang sahabat pon memenuhilah jemputan itu. Perjalanan kami ke Batu Pahat santai sahaja. Kami bertolak dari Selayang lebih kurang pukul 10.30 pagi dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 1.30 petang tanpa mengalami sebarang kesesatan. Tepat pada masanya pengantin sedang makan beradap. Majlis nampaknya agak mewah, dengan menu daging, kambing, ayam, acar dan buah-buahan. Itu tak termasuk cenderahati yang diberikan kepada tetamu. Sebagai kawan, kami dapat lebih. Huhu ...
Terlanjur kami sampai di BP ni, takkan nak terus balik kan. Kami memanjangkan langkah kami ke bandar BP sekadar nak berkunjung ke seb…

587 : Malam Pertama

Image
Kwang.. kwang.. kwang.. Tajuk entry bukan maen lagi, saje nak mencari publicity murahan. Sebenarnya, beberapa minggu lepas ade la aku terbuang tebiat sket. Tiba-tiba teringin nak beli cadar baru. Dah lama dah teringin nak beli cadar baru, tapi bila tengok harga yang aku berkenan tidak mampu milik dan yang murah plak design ntah ape-ape, maka aku pendamkan dulu hasrat murni aku tuh. 
Pastu pada hari itu, beberapa hari selapas raya cina, aku pon rembat la satu set yang aku berkenan walaupon harga dia rasa macam tak munasabah je walaupon selepas diskaun 50%. Kalau ditunggu-tunggu memang tak beli lah. Makanya, sabtu lepas merupakan malam pertama aku tidor bercadarkan cadar baru yang mahal. Huhu ...

Berminat cadar yg tak banyak corak, cukup lah yang simple. Takkanlah i nak pakai yg corak bunga-bunga plak kan. Tak koser mak nanti ...

~Salam Sayang~

586 : Mari Menonton - Jack The Giant Slayer

Image
Hari Khamis lepas, sempat aku dengan seorang sahabat menonton sebuah lagi filem terbaru di pawagam yang berjudul Jack The Giant Slayer. Filem ini diadaptasi dari sebuah cerita dongeng kanak-kanak yang bertajuk Jack and the Beanstalk atau dalam bahasanya Jack Dengan Kacang Ajaib. Seperti yang diketahui ramai, cerita Jack and the Beanstalk mengisahkan bagaimana Jack, seorang kanak-kanak dari keluarga miskin, diminta oleh bapanya untuk menjual seekor lembu/kuda di pasar. Jack kemudiannya telah menjual kuda atau lembu itu dengan harga beberapa biji kacang yang dikatakan ajaib. Bapa Jack sangat marah dan membuang kacang-kacang tersebut ke luar rumah. Keesokan paginya, Jack dapati telah tumbuh pokok kacang gergasi yang sangat tinggi sehingga ke langit. Jack memanjat pokok kacang itu hingga ke langit dan bertemu dengan sebuah rumah yang didiami oleh gergasi. Jack kemudiannya mencuri harta milik gergasi itu dan di bawa pulang. Kemudian aku tak ingat aper yang terjadi sehinggalah Jack kantoi …