26 January 2012

457 : Kisah Seekor Katak

Maka tersebut lah kisah, terjadi beberapa hari yang lepas, tatkala aku telah bersedia untuk beradu, aku ternampak sesuatu di sudut bilik. Melompat2 comel seolah2 ia boleh memanjat almari yang berada di situ.

Setelah diamati, hati mula berkata, "Lor... katak rupenye. Camner bole masuk bilik aku plak ni?" Otak ligat berfikir cara untuk menangkap dan membuang katak yang masih di usia kanak2 itu.

Pertama : Amik kertas, dan tangkap katak tu dan buangkan ikut tingkap.

Kedua : Amik plastik, sarungkan kat tangan, tangkap katak tu dan buangkan ikut tingkap.

Ketiga : Halau katak tu sampai dia keluar dari bilik aku.

Otak ligat pulak memikirkan akibat2 yang akan berlaku sekiranya pilihan2 tersebut dilaksanakan, macam katak tu akan mati dan sebagainya. Kesian la pulak pada katak tuh.

Akhirnya mata terpandang pada satu bekas kosong (bekas nata de coco) yang ada dalam bilik aku. Ermm... aku tangkap je lah katak tu guna bekas ni pastu aku akan lepaskan dia esok pagi. Humane sket cara ni dan tak menyiksa katak tuh. Esok paginya, aku lepaskan katak tu ke halaman depan rumah aku. Take care Froggie...

Ni lah dia katak yang masuk dalam bilik aku tuh


~Salam Sayang~

25 January 2012

456 : Canggihnya Henset Mereka Kan...

Semalam pergi melepak bersama beberapa orang rakan di Melengkung setelah masing2 menunjukkan skill memerah tekak di Kotak Merah. Mulalah masing2 menunjukkan kecanggihan gadjet masing2. Aku sekarang melihat jer, malu nak menunjukkan henset zaman batu aku tuh. Sanggup wat2 pegi tandas sekadar nak menjawab messege dari seorang rakan. Sorang pakai iphone sorang lagi pakai Samsul Galaxy yg sorang lagi pakai HTC tapi malu2 plak nak tayang.

Dengar je lah mereka cakap itu dan ini pasal kecanggihan teknologi komunikasi masa kini. Angguk2 geleng2 jer walhal ade kalanya aku bukannya tahu aper yg diaorang bicarakan. Android, aper tuh? AP, ermmm... Whatapps, entah. Yang aku tau Angry Bird jer. Tapi takde plak diaorg cakap pasal Angry Bird.

Pastu diaorg ni beria bebenor meracun aku supaya segera membeli smartphone. Sanggup pegi survey harga lagi kat situ. Tapi nasib baek iman aku masih kukuh, ku pendam kan hasrat murni tu dulu untuk memiliki smartphone yang setanding mereka.


Smartphone yang mana pilihan anda?

Malu nak mengaku, sebenarnya aku ni buta handphone. Tak tau sgt pasal bende2 ni, tak amik port pon kalau ade henset2 baru di pasaran. Orang laen dah 5-6-7 kali tukar henset, tp aku masih setia pada henset lama aku sejak tahun 2006. Pergh... dah 6 tahun aku guna, kalau ikut umur di zaman IT ni, itu sudah masuk zaman batu. Hehehe ....


~Salam Sayang~

23 January 2012

455 : Catatan Perjalanan - Chaah : Mengenang Masa Lalu

21 Januari 2012

Cuti panjang hujung minggu ni aku berkesempatan untuk ke Johor ke kampung asal seorang kawan di Chaah daerah Segamat, Johor. Kawan tu dah rindu sangat dengan kampung halamannya yang hanya tinggal tanah tak berumah.

Perjalanan pagi sabtu tu sesak dan perlahan sehingga ke kawasan RnR Seremban. Cuaca pula sangat cerah dan terasa bahang tengahari itu. Kami berhenti di RnR Seremban dan RnR Pagoh untuk berehat. Perjalanan hari itu terasa sangat lama, letih jugak dibuatnya.

Kami tibe di Yong Peng dalam pukul 3.30 petang dan terus mencari penginapan untuk malam itu. Tak banyak penginapan di sini, nasib baek kami dapat bilik tanpa perlu mencari di banyak tempat. Berehat sebentar dan kami meneruskan perjalanan kami ke Chaah yang lebih kurang 30 minit dari bandar Yong Peng.

Kami tiba di tempat yang dituju, Kampung Jawa dalam cuaca hujan renyai2. Aku dibawa mengililingi kampung itu dan kawan aku tu menceritakan pelbagai kisah zaman kanak2 nya. Dia juga menunjukkan tempat di mana dia selalu melepak dengan kawan2 nya, tempat dia mencuri rambutan, tempat dia mengganggu orang kampung dan sebagainya. Ternyata, jahat gak budak ni masa kecik2 dulu. Aku juga di bawa berkenalan dengan beberapa orang sahabat dan jiran2 dia.

Kemudian kami kemudian, berjalan2 di kawasan pasar malam kampung itu untuk membeli sedikit makan untuk malam itu. Kami kemudian pergi ke rumah seorang sahabat kawan aku tu. Kami hanya berbual kosong sambil bertanya khabar dan bercerita tentang kisah2 lama. Kami meminta diri sebelum maghrib.


Papan tanda masuk ke Kampung Jawa

22 Januari 2012


Pekan Ayer Hitam

Kerana takde plan utk hari ini, kami bercadang untuk berjalan2 di pekan Ayer Hitam yang terletak lebih kurang 30 minit dari Yong Peng. Pekan Ayer Hitam ini memang sudah terkenal dengan kedai2 yang menjual benda2 yang berkaitan perkahwinan. Macam3 ada dari bunga pahar, bekas2 hantaran, perhiasan rumah, bunga dan sebagainya. Kami hanya jalan2 cuci mata jer. Takde niat untuk membeli ape2 dan akhirnya aku terbeli ..... (hehehe... nanti lah aku cerita pasal ni)


~Salam Sayang~

17 January 2012

454 : Kesesakan Lalulintas, Mari Kita Salahkan Engineer Yang Buat Jalan Tuh..

Setiap pagi, malahan boleh juga dikatakan bukan pagi jer, tengahari ke, petang ke malah malam juga kite akan menempuh kesesakan lalulintas. Di mana2 saja di KL ni kite akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas, dah jadi satu fenomena biasa kat KL ni. Kalau tak jem, itu bukan KL lah namanya, mungkin KL lain, Kuala Lipis bole jadi. Keluar jalan ni then masuk jalan tu dengan harapan tak jem, tapi jem jugak. Nak wat camna, nak mencarut pon dah tak berguna.

Setiap pagi aku akan menempuh kesesakan jalan sepanjang 19km ke pejabat. Kite ni kalau jem 1-2km pon dah naek hangin dan naek darah ke tahap maksima, cube bayangkan jem sepanjang 19km.. dah tak daya nak naek angin naek darah bagai, redha jer lah dengan ketentuan Ilahi. Dugaan yang menguji kesobaran. Keluar rumah seawal pukul 7.00 pagi, nak sampai ke pejabat on time kol 8.30 pagi pon belom tentu sempat.

Selalunya, aku akan cube keluar dalam pukul 7.00 pagi, kadang2 terlajak sket, dan terus memasuki Jalan Ipoh di Batu 8. Kalau nasib tak baek, dari situ sudah mula jem nye. Kalau nasib baek sket, kat Warta baru start jem sampai lah ke Jalan Kuching. Jalan Kuching kalau tak jem memang tak sah, ramai betul kucing pagi2 ni nak pegi keje. Dan Jalan Kuching akan berpanjangan jem sehingga lah ke Jalan Kinabalu dan seterusnya tak tahu sampai ke mana. Selepas menempuh jem di Jalan Kuching itu, aku akan membelok ke kiri memasuki Duke Highway. Alhamdulillah, kat sini bole la memecut ke tahap maksima. Malangnya, ku sangkakan jalan clear sampai ke opis, tapi jem di susur masuk ke Sprint Highway. Sprint Highway ni kadang kala ok, kadang kala jem giler. Tak tau la aper puncanya. Selalunya kalau dah start jem kat situ, akan berpanjanganlah sampai ke Pusat Sains Negara. Selepas itu barulah aku dapat memandu dengan lancar sampai lah ke opis.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini setiap pagi. Satu daripadanya adalah peningkatan pengguna jalan raya dan bilangan kenderaan dewasa ini. Siapa kata sekarang ni ekonomi merudum? Siapa kata rakyat Malaysia ni miskin? Tengok jer jumlah kenderaan di jalan raya, rata2nya kenderaan baru. No. plet sekarang ni pon dah WWF di KL. Rasa2nya aku tak pernah nampak pon lagi kereta dengan no. plet WWD dan WWE, tibe2 ternampak plet WWF plak. Masa aku beli kereta dulu, plet aku WTG, 3-4-5 bulan lepas tu, aku rasa kereta aku dah jadi kereta lama, pasal dah nampak kereta dengan plet WUA. Pergh....

Tapi aku taknak lah salahkan kite sebagai pengguna jalan raya dan pemilik kereta. Kite mampu berkereta kan, takkan nak naek bas plak. Kalau sistem pengangkutan awam di KL ni di tahap dewa gaban yang canggih dan mudah diperolehi, aku pon akan menggunakan kenderaan awam. Lagipon kereta skrg ni dah jadi macam keperluan bukan lagi barangan kemewahan.

Mari kite salahkan keadaan jalan raya di KL ni dan salahkan engineer yang merancang pembinaan jalan2 tersebut. Kenapa aku berkata demikian?



Ini adalah persimpangan di Bulatan Batu Caves. Bagaimana persimpangan ini menyumbang kepada kesesakan lalulintas? Kebanyakkan kenderaan dari arah Selayang di sebelah kanan akan cuba masuk ke persimpangan di sebelah kiri untuk ke MRR2, sebaliknya, kenderaan dari arah Batu Caves di sebelah kiri pula akan cuba masuk ke sebelah kanan untuk ke Pusat Bandaraya. Maka terjadilah satu pertembungan di situ, yg dari kanan nak ke kiri dan yg dari kiri nak ke kanan. Bertambah buruk lagi, bile terdapat satu trafik light di persimpangan Batu Caves tu yang agak lama gak lah tempoh merahnya. Di sini sahaja.... harap bersabar yer... Siapalah engineer yang buat jalan ni???



Ini pula Jalan Ipoh memasuki Jalan Kuching. Bagaimana keadaan ini menyumbang kepada kesesakan laulintas? Senang sahaja jawapannya. Bile kenderaan dari tiga arah / jalan bergabung memasuki satu jalan yang sama, lu pikirlah sendiri aper akibatnya.



Ini pula susur keluar dari Duke Highway memasuki Sprint Highway. Kat sini pon selalu jem. Maner tak nyer, laluan untuk ke Pusat Bandaraya, Federal Highway, Petaling Jaya cume 2 lorong jer, tp laluan nak ke Shah Alam, KLIA tu sampai 4 lorong, bukan nyer ramai org nak ke KLIA tuh. Siapa lah engineer yang buat jalan ni?

Ade sesiapa tak yg ade cadangan jalan laen yang tidak jem dari Selayang ke UM? Sila lag bgtau aku, desperate dah ni... uhuks


~Salam Sayang~

16 January 2012

453 : Resepi Rahsia

Semalam aku pergi makan di kedai Resepi Rahsia di Satu Utama. Tak tau lah, mungkin suratan atau kebetulan. Perkara yang sama berlaku bile makan kat kedai Resepi Rahsia ni. First, tak ingat bile, aku makan di kedai Resepi Rahsia, Lembah Tengah. Order lah dia punya makanan dan salah satu daripadanya adalah Shepard Pie. Tak pernah rasa pon sebelum ni, just nak try jer, sedap ke tak. Nak dijadikan cerita, tak tau salah siapa, sampai ke sudah Shepard Pie aku ni tak mai2. Makanan member aku dah pon habis, air yg diorder juga hampir habis, tapi pai tu tak nampak2 jua batang hidungnya. Geram punya pasal, aku panggil sorang pekerja di situ. Senang jer aku tanya, 'tadi sy ade order Shepard Pie, tapi tak dapat lagi, tolong check, kalau takde order lagi, kensel je lah'. Dari gerak geri mereka tu, aku tau yg Shepard Pie aku tu belum diorder lagi, kelam kabut jugak lah diaorg tuh.

Semalam jadi lebih kurang macam ni gak. Aku order Seafood Rolls sebagai appertizer la konon. Tapi what so call appertizer tu sampai lepas main course kami habis. Capital WTF!. Geram nyer pasal, aku panggil pekerja dia yg nampak macam sengal sket. Senang jer aku tanya, 'Saya ade order Seafood Rolls, tapi tak dapat lagi'. Dan2 dia jawab, 'Eh.. Seafood Rolls takde, eh.. nnt sy check dulu yer...'. Double Capital WTF!! Tengok dari jauh, memang Seafood Rolls aku tu belum diorder lagi, so kelam kabut la diaorg.

Masa nak bayar, mak ai.. punya la mahal. Makan untuk 2 orang RM71++. Check punya check, service charge RM6++, tax RM4++. Sempat gak aku mengutuk, 'Service charge punya la mahal, tapi service macam siyal'. Kakak kaunter pembayaran tu dengan poyonya, 'Ha... aper dia??' Kami, 'takde aper...'.


~Salam Sayang~

11 January 2012

452 : Semangat Yang Hilang


Semalam gigih berkarok bersama Geng Buaya + 1 other friend, walaupon semua tahu hari ni hari bekerja. Dah la tu, berkarok sampai ke pukul 12.30 malam, nak balik lagi, kol 1.30 pagi baru la sampai ke umah. Kebelakangan ni kerap jugak lah berkarok ngan Geng Buaya. Suara sedap tak sedap, pitching lari ke, itu belakang kire. Yang mendengarnya kami jugak. Janji puas hati. Takde juri yang akan menilainya.

Lagu2 retro 80an dan 90an tetap menjadi pilihan. Lagu2 terkini bukan tak mendapat tempat di hati kami, masalahnya, lagu2 sekarang ni tak sedap langsung. Penyanyi dia pon ntah sape2 ntah, aku kenal pon tidak, pastu lagunye mostly mengarut jer. Ape2 lah, ikot pilihan masing2 kan.

Antara lagu yg aku meng'sumbang'kan adalah lagu XPDC, Semangat Yang Hilang. Sampai nak terkeluar anak tekak pasal nak ikut stail Mael nyanyi. Sib baek aku tak sakit tekak hari ni. Ape2 pon, harap2 la semangat kite untuk meneruskan hidup dan tanggungjawab kite kepada Yang Maha Kuasa tidak hilang. InsyaAllah...


~Salam Sayang~

07 January 2012

451 : Ombak Rindu Ku

Aku bukannya seorang yang suka membaca ape tah lagi seorang yang kaki novel. Tapi, sejak2 menonton Ombak Rindu kat panggung beberapa hari bulan yang lalu, hati rasa tersentuh ngan cerita tu. Kalau filem kat panggung dah macam tu punye tersentuh, kalau baca novel dia silap2 meleleh air mata aku. No wonder lah ramai yang cakap2 pasal filem dan novel Ombak Rindu tuh. Kalau takde filem tu, rasanya aku tak tau pon pasal novel ni. Maklumlah, antara tempat yang jarang2 sangat aku singgahi adalah kedai2 buku... hehehe...

Dok kerana tersentuh hati dengan filem Ombak Rindu tu, terasa sangat2 plak nak baca novel sambungan kepada novel itu, Cinta... Tiada Akhirnya. Tak sangka plak, ade seorang kawan yang takde tokoh seorang kaki novel rupe2nya ade menyimpan ketiga2 trilogi novel itu. Dan dia plak bersungguh2 nak bagi aku pinjam novel Cinta... Tiada Akhirnya tu. Aku pon pinjam lah, since aku pon nak tau kisah selanjutnya. Setelah beberapa hari bulan meminjam novel itu, aku baru berjaya membaca sehingga ke mukasurat 38 daripada novel setebal 566 muka itu. Sekian, terima kasih.


~Salam Sayang~

04 January 2012

450 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Catatan Terakhir)

31 Disember 2011

Di pagi hari ketiga pengembaraan kami, di bandar Kuala Terengganu kami telah mendapat saman pakir. Cis!!.. Bangun awal tapi camner plak boleh terlupe nak letak syiling kat meter pakir. Nak wat camner, terima je lah. Nak dijadikan cerita, untuk mengelakkan dari disaman lagi, aku pon memasukkan syiling 50 sen ke dalam meter pakir itu, pastu terus meter itu menunjukkan tanda 'FAIL'. Aku masukkan lagi seposen, masih macam tu jugak, duit sangkut agak nyer. Then aku hentak sekali dengan harapan duit tu akan jatuh tapi tak berjaya gak. Ahh... sialan, nak kene ni. Aku pon terus gerakkan kereta aku untuk dipakirkan di petak kosong di sebelah. Masukkan syiling bagi tempoh 2 jam, sib baek meter tu ok.


Saman pakir yang diterima...

Pagi ini kami merancang untuk menjalankan aktiviti shopping di Pasar Payang Kuala Terengganu yang terletak tidak jauh dari hotel kami menginap. Tapi sebelum itu kami bersarapan di sebuah gerai di hadapan hotel itu. Pagi itu, kami makan nasi lemak dengan gulai ikan tongkol. Ermm... berbeza sket dengan nasi lemak belah sini yang makan dengan sambal ikan bilis. Ape2 pon, not bad gak lah nasi lemak ikan tongkol tuh, layan. Sambil itu aku membelek2 saman pakir tu. Kalau bayar dalam masa 3 hari, saman yang perlu di bayar hanya RM5. Belek2 lagi, boleh buat pembayaran di bangunan tempat meletak kenderaan bersebelahan dengan Pasar Payang. Ini sudah senang, boleh pergi situ dulu then baru bershopping, then nak komplen pasal meter pakir yg rosak tuh.


Sarapan pagi - nasi lemak gulai ikan tongkol

Kami kemudian ke tempat yang dimaksudkan. Masuk lif, button dia ade sampai tingkat 4 jer, tapi pejabat tu kat tingkat 9, camna tuh? Konfius kami. Tekan jer smpi tingkat 4. Keluar drp lif kami menapak naek tangga plak, akhirnya sampai gak kat pejabat tuh. Kami terus bertanyakan mengenai meter pakir yang rosak tu. Kakak yang menjaga kaunter tu terus suruh kami mengisi borang aduan dan memaklumkan kepada kami yang kadang2 meter tu mmg sangkut kalau letak syiling 50 sen. Ermmm... selesai mengisi borang, kakak tu terus ambil borang ngan surat saman tu dan berkata yang urusan kami telah selesai. Kami konfius lagi... tak payah bayar ke saman tu? Konfius untuk kali yg berikutnya....

Kami terus ke Pasar Payang. Hajat di hati nak mencari baju batik untuk dipakai setiap hari khamis ke pejabat dan mencari barang2 lain yang berkenan di hati. Pusing, pusing dan pusing jumpa juga baju batik yang aku berkenan dan murah. Selain tu kami juga ade membeli kain pelekat sehelai sorang, beberapa cenderahati dan sehelai seluar corak kain pelekat untuk aku. Kemudian kami turun ke tingakt bawah untuk mencari sedikit bahan makanan. Kami telah membeli keropok kering dan serunding daging. Kawan aku pulak membeli 2 botol budu, ermmm... makan budu gak ko yer, baru aku tau. Ape2 pon, budu itu tidak seteruk aper yang orang katakan, in fact.. sedap, nyam3..


Suasana di dalam Pasar Payang

Kami meninggalkan bandar Kuala Terengganu lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan menuju ke bandar Kuantan. Cuaca petang itu amat baek. Perjalanan petang itu juga santai sahaja sehingga lah kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas hampir 1 jam yang disebabkan pembinaan jalan raya. Bertambah malang, bila kami tersalah masuk jalan, berpusing semula dan menempuh kesesakan itu sekali lagi. Dah la cuaca panas, hati pon dah panas ketika itu. Bertambah panas lagi bile ade sebuah kereta berpemandu bongok yang sengaja melanggar side mirror kereta aku. Bukan sekali, tapi dua kali. Cermin tingkap diturunkan dan kata2 *^%0j6babi%4v^# disemburkan. Sib baek kereta ko cume Wira buruk, tak berbaloi kalau aku nak langgar kereta ko tu dengan Cik Siti aku.



Permandangan Pantai Cherating

Kami berhenti sebentar di satu tempat di Pantai Cherating untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Tiba di Kuantan lebih kurang pukul 5 petang dan kami berpusing2 sekitar Berjaya Megamall untuk mencari penginapan. Agak susah untuk mendapatkan penginapan bajet di sini. Kebanyakkanya agak mewah kalau ade yang bajet pon ala2 rumah tumpangan gitu. Oleh kerana telah penat dan tidak larat lagi mencari hotel, kami terus sahaja menyewa di Hotel Pavilion dengan bayaran RM128 semalam. Rasanya, ini lah bilik hotel yang paling cantik yang pernah aku menginap. Selesa, moden dan bersih siap dengan kelengkapan laen seperti hair dryer dan iron (tak gune pon) dan weight scale (alamak naek 2kg plak). Kami berehat sebentar.

Hotel Pavilion Kuantan

Dalam pukul 6.30 petang, kami keluar menuju ke Berjaya Megamall untuk mencari makan tengahari cum malam malam. Kami masuk ke Restoran Ayam Penyet AP untuk mengisi perut yang telah sedia lapar. Dalam pada itu, di luar telah pon hujan dengan lebat nya. Tak dapat rasanya nak pergi jalan2 kat pasar malam berhampiran. Selesai makan kami balik semula ke hotel, mengambil kereta dan terus menuju ke UIAM kerana kawan aku nak jumpe adik dia. Kami dibawa makan sekali lagi oleh adik kawan aku tuh di Restoran Padi. Yang makan adik dia jer, kami cume minum dan makan sate jer memandangkan kami telahpon makan sebelum itu.

Oleh kerana malam masih muda, kami menuju ke Telok Chempedak. Khabarnya, malam2 kat sini happening. Memang betul seperti yang dikatekan, ade sambutan Program Pusat Seni Setempat 2011 dan sambutan tahun baru di sini malam itu. Susah nak dapat pakir memandangkan terlalu ramai pengunjung malam itu sampai jem jalan nak masuk ke Telok Chempedak. Kami berjalan2 di kawasan perjualan di sana mencari aper yang berkenan di hati. Kami hanya membeli beberapa cenderahati di sini. Malangnya hujan turun dan membantutkan hasrat kami nak menunggu sehingga detik 12 malam. Kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja memandangkan tiada tanda2 hujan akan reda dan adik kawan aku tu terpaksa pulang sebelum pukul 12 malam (lepas kol 12 malam dia akan jadi buruk macam Cinderella, hehehe...).


Suasana malam di Pantai Telok Chempedak

1 Januari 2012

Tiada aktiviti yang dirancang untuk hari ini. Hari ini kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Sebelum meninggalkan bandar Kuantan, kami telah singgah di pasar pagi yang kebetulan ada berhampiran tempat kami menginap. Sekadar berjalan2 mencari sarapan pagi. Kami berlepas meninggalkan Kuantan lebih kurang pukul 11 pagi. Perjalanan pulang agak selesa dan mudah menggunakan lebuhraya. Berhenti di RnR Temerloh untuk makan tengahari dan kami selamat tiba di Kuala Lumpur dalam pukul 4.00 petang. Alhamdulillah.




~Salam Sayang~

03 January 2012

449 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Hari Kedua)

30 Disember 2011

Bukak2 jer langsir hotel terpandang suasana pasar pagi di luar. Penduduk tempatan telah giat menjalankan aktiviti jual beli. Tak tau plak kami ade pasar pagi hari ini. Senang lah bagi kami nak mencari sarapan pagi. Dari kejauhan dah nampak gerai2 yang menjual pelbagai jenis makanan, sayur2an, buah2an dan barang2an basah serta kering. Plan hari ni nak jalan2 kat Rantau Panjang sambil bershopping, tapi sebelum tu kite jalan2 cari makan dulu kat pasar pagi di bawah tuh.

Kami berjalan dalam hujan renyai2 dari satu hujung ke hujung yang satu lagi, belok ke kanan dan kiri kemudian berpatah balik. Macam2 ade dijual di sini tapi perhatian kami cume bahan2 makanan sahaja. Takkan nak beli ikan plak kan, maner nak meletak nyer nnt. Tak tau nak pilih yang maner, rambang mata dibuatnya, semua jenis makanan nak dibeli dan nak dimakan, tapi kami menahan nafsu itu, beli aper yang perlu sahaja.

Suasana di pasar pagi Wakaf Che Yeh

Yang laen daripada yang laen mengenai pasar ini berbanding pasar2 pagi di KL dan di tempat aku adalah, kat sini pagi2 dah ade orang menjual sate, ayam percik, burger, ayam goreng, murtabak sekadar menyebutkan sebahagian daripadanya. Macam teruja plak aku tengok bende2 ni, maner nak dpt di tempat lain kan, pagi2 dah makan sate. Tapi kami hanya membeli sarapan pagi yang sinonim ngan kami, mee goreng, kuew teow goreng dan sedikit kuih. Yang laen sket, kami beli ayam goreng wat lauk. Makan kat dalam bilik.


Selamat Datang Ke Rantau Panjang

Kami kemudian check-out dan terus menuju ke Rantau Panjang. Tiba di Rantau Panjang dalam keadaan hujan renyai2. Tak best plak rasa jalan2 dalam keadaan macam ni, tapi aper boleh buat, masa ni kan musim tengkujuh. Kami meronda2 ke setiap ceruk yang boleh. Hanya membeli beberapa helai t-shirt yang berharga RM10 sehelai. Kawan plak membeli barang2 untuk majlis perkahwinannya tak lama lagi. Setelah puas meredah kedai2 di situ, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Perjalanan ke Kuala Terengganu agak selesa berbanding perjalanan ke Kota Bharu. sepanjang perjalanan kami dapat melihat keindahan kampung, pekan, bandar dan kawasan pantai Terengganu. Perjalanan kami juga ditemani cuaca hujan renyai2. Kami tiba di bandar Kuala Terengganu lebih kurang pukul 4.00 petang. Tidak susah untuk mendapatkan bilik penginapan di sini. Kami telah bermalam di Citi Point Hotel berhampiran Pasar Payang dengan harga RM98 semalam. Biliknya juga bersih, moden dan selesa. Signal tv di sini lebih baek dari bilik kami di Kota Bharu.


Hotel kami menginap di Kuala Terengganu

Kami berehat sebentar dan bersolat kemudian lebih kurang pukul 6.30 petang kami keluar semula untuk ke Masjid Kristal. Cadangnya nak bersolat maghrib di sana. Pada mulanya, ku sangkakan nak ke Masjid Kristal kene naek bot, jadi kami menapaklah nak cari jeti bot ke Masjid Kristal tuh. Jalan punya jalan tak jumpe pon aper yg di cari, makanya kami berpatah balik ke hotel dan bertanyakan kepada pekerja hotel tu. Rupenye2 nak ke Masjid Kristal boleh memandu kereta je, ikot jer signboard ke Taman Tamadun Islam atau pon Muzium Negeri Terengganu (sape la yg cakap kene naek bot tuh!!). Memandangkan hari telahpon lewat, maka Taman Tamadun Islam tu telahpon ditutup, jadi kami hanya ke Masjid Kristal. Kami bersolat jamak Maghrib dan Isya' di situ. Masjid Kristal cantik tapi penyelenggaraannya macam tidak dilakukan dengan baek. Tandas agak kotor dan tempat berwuduk nampak macam banyak yang rosak. Sayang banget, rumah Allah dan tempat tumpuan pelancong ini tidak dijaga dengan baek.


Keindahan Masjid Kristal waktu malam

Kami meninggalkan Masjid Kristal sebelum Isya' menuju ke pusat bandar. Kami berhenti di Taman Shahbandar untuk berjalan2 di kawasan perjualan yang ada di sana. Malangnya hujan turun tiba2 dengan ribut yang kuat sampai melayang2 kami dibuatnya. Nasib baek lah gerai2 yang ade di situ tak terbang sekali. Kami hanya menjamu mata sahaja di sana dan kami membeli makanan untuk makan malam di bilik sahaja.


... bersambung

02 January 2012

448 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Hari Pertama)

Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semuanya terutamanya pengunjung2 setia blog aku ni. Semoga tahun ini lebih baek dari tahun sebelumnya dan mudah2an kita dilimpahkan setiap kurnia dan berkat yang diciptakan olehNya untuk manusia. InsyaAllah.

Di penghujung tahun lepas, aku berpeluang sekali lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Kalau ada kaki, semuanya jadi. Percutian aku kali ini tidak dirancang, takde plan, takde booking ini dan takde booking itu, hanya mengikut kehendak hati dan akal fikiran. Percutian a.k.a pengembaraan aku bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu seterusnya ke Kuala Terengganu dan ke Kuantan kemudian balik semula ke Kuala Lumpur.


29 Disember 2011

Pengembaraan kami bermula lebih kurang pukul 10.00 pagi menuju ke Kota Bharu. Perjalanan kami santai sahaja sambil menikmati permandangan desa dan ditemani hujan renyai kadang kala lebat di satu dua tempat. Ini merupakan kali pertama aku memandu ke KB dan perjalanan agak mencabar. Terasa sangat jauh perjalanan ini dan rasanya ini merupakan pemanduan aku yang paling jauh. Kami berhenti sebentar di Gua Musang untuk makan tengahari walaupon masa ketika itu sudah pon lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai dan tiba di Kota Bharu lebih kurang pukul 6.00 petang.

Kami sepakat untuk mencari penginapan malam itu di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh memandangkan kami bole berjalan2 di sekitar kawasan itu pada malam hari. Tidak susah untuk mencari penginapan di sini kerana terdapat beberapa hotel yang boleh di sewa. Kami telah menyewa bilik di Polyland Inn dengan bayaran sebanyak RM89 semalam. Biliknya bersih, moden, selesa dan yang penting hotel ini milik orang Melayu kite. Lagi yang best, keluar jer dari hotel ni, terus pasar malam Wakaf Che Yeh tu, tak perlu jalan jauh. Malam itu kami makan malam di gerai di Wakaf Che Yeh dan kemudian jalan2 sambil cuci mata kat pasar malam itu.


Permandangan Wakaf Che Yeh dari tingkap bilik


Makan malam di salah sebuah gerai


... bersambung