525 : Hujung Minggu Yang Memenatkan. Perjalanan Dari Selayang Ke BTHO Ke Bukit Jalil Ke UPM Ke Keramat AU Ke BTHO Ke Fun Fair Ke Bukit Broga Ke BTHO K

sambungan tajuk : e Nilai Ke Port Dickson Ke BTHO Ke Selayang Ke Cheras Utama Ke Bandar Tasik Selatan Ke BTHO Ke Jusco Cheras Selatan Dan Kembali Semula Ke Selayang (Bahagian KeDua)

1 September 2012

Seawal 4.oo pagi ada di antara kami yang telah bangun. Aktiviti pagi ni akan bermula agak awal. Kami akan mendaki Bukit Broga di Semenyih. Sebenarnya, tak merancang pon nak daki bukit tu, tetapi ada seorang sahabat lain yang mengajak, maka kami semua bersetuju untuk mendaki bersama. Pukul 5.30 pagi kami meneruskan perjalanan kami ke Bukit Broga dan tiba lebih kurang pukul 6.15 pagi. Walaupon keadaan masih gelap, tetapi pengunjung sangat ramai, macam ada pesta keramaian plak.

Denai perjalanan ke puncak agak mencabar, tanah berpasir dan berlubang-lubang. Ditambah dengan keadaan yang masih gelap kami perlu lebih berhati2 agar perkara yang tidak diingini berlaku. Memandangkan Gunung Nuang pernah ku tawan, aku memandang rendah kepada Broga, akhirnya aku tewas. Tak sampai ke puncak Broga pon. Di pertengahan perjalanan aku mengambil keputusan untuk berpatah balik. Rupe2nya, daripada kami berlima, cume seorang yang menuju puncak, yang laen semua berpatah balik. Hehehehe...

Permandangan kehijauan di Bukit Broga

Wajah-wajah gumbira mereka yang berjaya menawan Broga.. Hehehe

Menjelang tengahari kami kembali ke BTHO. Bersiap2 untuk memenuhi undangan rumah terbuka boss kepada sahabat aku di Nilai. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan dan kami sampai ke tempat yang dituju tanpa kesesatan. Terus menikmati hidangan yang disediakan, nasi beriyani. Terlalu kenyang pula tak sempat nak merasai kepenakan mee kari dan laksa yang turut disediakan. Terima kasih kepada tuan rumah. Aktiviti kami pada hari itu diteruskan. Kami menuju ke Port Dickson untuk piknik dan berehat. Kami telah memilih port berhampiran Ilham Resort. Tak berapa ramai pengunjung pada petang itu dan air laut sedang pasang ketika itu. Kami berehat sambil makan bekalan yang dibawa sebelum kami memulakan aktiviti pantai, mandi manda. Kami lepak di sama sehingga matahari terbenam.

Sunset di Port Dickson

Kami bergerak pulang lebih kurang pukul 8.15 malam. Kami mampir di Telok Kemang untuk makan malam. Malangnya makan malam kami sangat tidak sedap, tasteless dan terasa amat rugi makan di sana. Lembab jangan cakap lah. Disebabkan perut yang telah lapar, kami telan jer lah.

Perjalanan pulang kami dimeriahkan lagi dengan permainan yang kami reka sendiri pada malam itu. Sehingga tidak sedar kami telah tiba di BTHO lebih kurang pukul 11.00 malam.

...bersambung

You Might Also Like

2 comments