Selamat Datang



Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

11 January 2012

452 : Semangat Yang Hilang


Semalam gigih berkarok bersama Geng Buaya + 1 other friend, walaupon semua tahu hari ni hari bekerja. Dah la tu, berkarok sampai ke pukul 12.30 malam, nak balik lagi, kol 1.30 pagi baru la sampai ke umah. Kebelakangan ni kerap jugak lah berkarok ngan Geng Buaya. Suara sedap tak sedap, pitching lari ke, itu belakang kire. Yang mendengarnya kami jugak. Janji puas hati. Takde juri yang akan menilainya.

Lagu2 retro 80an dan 90an tetap menjadi pilihan. Lagu2 terkini bukan tak mendapat tempat di hati kami, masalahnya, lagu2 sekarang ni tak sedap langsung. Penyanyi dia pon ntah sape2 ntah, aku kenal pon tidak, pastu lagunye mostly mengarut jer. Ape2 lah, ikot pilihan masing2 kan.

Antara lagu yg aku meng'sumbang'kan adalah lagu XPDC, Semangat Yang Hilang. Sampai nak terkeluar anak tekak pasal nak ikut stail Mael nyanyi. Sib baek aku tak sakit tekak hari ni. Ape2 pon, harap2 la semangat kite untuk meneruskan hidup dan tanggungjawab kite kepada Yang Maha Kuasa tidak hilang. InsyaAllah...


~Salam Sayang~

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

8 comments: on "452 : Semangat Yang Hilang"

atuk said...

Assalamualaikum Afeezz

nanti boleh ajar saya berkarok yer..
lagu2 60an...

afeezz said...

waalaikumsalam atuk : lagu 60an zaman pop yeh yeh pon best kalau berkarok. silap2 bole menari terus.. hehehe

shami2 said...

Salam dekk afezz

Aii balik lewat bangun lambat nanti semangat makin ilang..hehheh

Balik awal, solat jemaah, ikut kuliah, tidur awal, bangun awal, solat awal waktu...ngaji satu muka surat/ baca al mathurat pepagi solat dhuha, insyallah berkobar2 semangat hari tu...
(ko jgan marah akak tau, cuma kongsi petua..)adik2 kat asrama cam gitu larr mak dia pun praktik sekali..kat rumah.

afeezz said...

waalaikumsalam kak shami : alhamdulillah kak, walaupon tidor lewat, tp kol 6.30 pg sudah bgn. tak tinggal solat subuh pastu terus pi keje.. semangat tu masih ade alhamdulillah. tak marah pon, terima kasih kerana ingat mengingati dan berpesan2 kepada kebaikan... muah

mama ju, said...

Assalammualaikum anakanda

Hehe tadi pesanan dr kakak ni dr mama pulak...tulah mama kata cari pasangan cepat2...boleh balik awal..Jgn mara...

afeezz said...

waalaikumsalam mama : balik lewat bukannya wat bende2 tak elok mama.....

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Mama memahami. Moga berbahagialah dunia akhirat. Jgn terasa ati...gambar tu puaslah nak tgk ,lebih 5mt mama pun nk blah.Internet ni lambat pulak.
Jumpa lagi.

afeezz said...

waalaikumsalam mama ju : itu video clip karaoke lagu Semangat Yang Hilang dari XPDC