31 October 2011

424 : Sukaneka Yang Dapat Nombor Last

Sabtu lepas aku join Sukaneka UM 2011. Meriah gak sukaneka ni walaupon tak semua jabatan menganbil bahagian. Walaupon kami mendapat no. second to last, tp yang penting adalah semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta jabatan aku.. hehehehe....

Layan gambar je lah....


Para peserta yang mewakili jabatan


Team Oren dari dua jabatan yang berlainan


Team Hijau dan Team Biru


Senamrobik sebelum memulakan pertandingan


Arena pertandingan



Crew sedang membuat persediaan


Pertandingan bermula


Keletihan.....


~Salam Sayang~

26 October 2011

423 : Pensel

Entry kali ini juga merupakan entry 'Takde Idea Untuk Menulis'. Jadi aku cuba untuk mengada2kan satu cerita agar blog aku ni tak bersawang dan berhabuk bak kata rakan2 blog yang laen.

Ini merupakan koleksi pensel yang aku ade. Takde niat aper pon nak wat koleksi pada permulaannya, tapi bile dah banyak macam ni, nampak macam cantik plak dan jadi sayang untuk menggunakannya. Jadi aku up kan martabat dia menjadi koleksi.

Ia merupakan koleksi pensel yang aku kutip di hotel2 tempat aku pernah menginap ataupon menghadiri kursus. Rugi jer kalau tak amik, kite dah bayarkan, so amik je lah, takkan dia nak marah kan kan kan. Antaranya adalah seperti Hilton, Pan Pacific Hotels and Resorts, Hyatt Hotels and Resorts, Suria Resorts, Ilham Port Dickson, Glory Beach Resort, Hotel Singgahsana, Mahkota Hotel Melaka, Riviera Bay Resort malah kalau ade hotel yang hanya menyediakan pensel 2B dan HB pon aku kutip jugak. Antara banyak2 tu, yang menjadi kesayangan aku adalah pensel City Of Nottingham yang aku beli di Nottingham semasa percutian aku di sana beberapa tahun lepas. Aku beli pon sebagai souvenir kepada opismate2 aku dengan harga 40p sebatang. Itu jer yang mampu untuk dibuat souvenir, itu pon kalau ditukarkan kepada RM mengikut kadar pertukaran masa itu lebih kurang RM2.40 sebatang. Tp yang penting bukan harga, yang penting keikhlasan. Hahahah....


~Salam Sayang~

24 October 2011

422 : Keperluan Untuk Mengemaskini

Sebenarnya takde aper pon yang nak diceritakan kali ni. Tak idea nak tulis, takde bende nak update. Entry kali ni pon sekadar nak bgtau yang saya sangat boring wat masa ni... hahaha. Bole ke macam tuh.

Oklah, untuk tidak membazir ruang dan masa kawan2 yang sudi menjenguk blog saya ni, ade le sedikit cerita yg aku boleh kesahkan.

1) Minggu lepas pejabat aku kene audit dengan SIRIM. Kalau tak silap tahun lepas pon dah kene audit, tapi entah kenapa, pihak SIRIM berminat benar nak datang sekali lagi melawat tempat aku. Tapi aku bersyukur, kerana audit kali ni tidak mengaudit bahagian pentadbiran, makanya aku tak perlulah bersusah payah menyediakan itu dan ini untuk audit ini. Hasil daripada audit ini, pihak auditor telah mendapati beberapa bidang yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan memerlukan pemerhatian dan tindakan pembetulan. Oleh itu, beberapa NC (Non-Compliance) telah diberikan sekali gus menyumbang NC yang agak banyak kepada Universiti Malaya. Tahniah ...

2) Sabtu lepas telah pergi ke Fun Fair yang tidak fun itu sekali lagi. Entah kenapa ade orang yang beria2 nak ke sane, jadi kami hanya menjadi peneman setia kepada beliau. Nak dijadikan cerita, pada malam itu, semua diantara kami tidak bernasib baek langsung, malah lebih teruk dari yang lepas. Tahniah ...

Sekian sahaja cerita pada kali ini.


~Salam Sayang~

16 October 2011

421 : Mari Menonton - The Thing

Semalam berpeluang untuk menonton filem terbaru di pawagam. Ape2 pon, walaupon ade Astro First (aku takde), ataupon bole di donlod secara haram di internet, menonton wayang di pawagam tetap mempunyai feel yang laen drp menonton di tv. Filem yang aku tonton adalah filem The Thing.

Filem ini mengisahkan bagaimana sekumpulan saintis yang bertugas di sebuah stesen di Antartika telah membuat penemuan terunggul di dunia. Mereka telah menjumpai sebuah kapal angkasa yang telah terhempas dan juga spesimen makhluk asing yang beku di Antartika. Mereka telah membawa spesimen makhluk asing itu pulang untuk menjalankan ujikaji. Walau bagaimanapun, spesimen tersebut telah hidup semula dan mula menyerang kumpulan saintis itu. Makhluk asing tersebut cube mengambil alih tubuh manusia dengan meng'duplicate' sel-sel perumah. Bagaimanakah kumpulan saintis ini dapat menyelamatkan diri dan menghalang makhluk asing itu keluar dari stesen tersebut? Saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, filem ini berjaya mewujudkan suasana seram dengan aksi2 suspen. Walaupon filem2 macam ni kite bole agak jalan cerita dan endingnya, tapi aku tetap enjoy menyaksikan filem ini di pawagam dan beberapa kali gak lah terkejut. Efek makhluk asing nya pon agak baek dan nampak real, tak tau lah ape aku akan buat kalau tibe2 makhluk macam ni muncul depan aku.. isk.... simpang malaikat 44. Aku bagi filem ini 3.75/5 bintang.


Salah satu babak dalam filem ini

The Thing pernah ditayangkan sekitar awal tahun 80an di mana aku telah menontonnya di tv. Masa tu aku kecik lagi, takut gile sampai takleh tidor malam, termimpi2 makhluk asing datang kejar aku. Yang bestnye, pagi esoknya, ade berita orang mati lemas kat lombong berhampiran rumah aku ni....


~Salam Sayang~

10 October 2011

420 : Fun Fair Yang Tak Fun Pon

Sabtu lepas pergi ke fun fair dekat ngan Jusco Cheras Selatan. Kali kedua aku ke fun fair ni. Sekadar nak menghiburkan hati yg lara dan melepaskan segala tekanan setelah penat lima hari bekerja. Pergi dengan empat orang kawan yang lain. Tapi aper yang tak fun nya fun fair ni adalah, aku takde luck langsung malam itu. Try game semuanya kalah. Tak dapat ape2 hadiah pon... Tak best!! Tak best!! Takmo datang lagi.. hahaha...


Hadiah2 yang boleh di menangi.. tp tak menang pon


(1) Booth yang menjadi tumpuan ramai.. kalau no. kene, dapat 7 token
(2) Pirates Ship.. pernah naek ni kat Genting... lagi scary



(1) Siapa nak naek Marry-Go-Round ni??
(2) Eye-On-Malaysia... versi fun fair



Ni jer hadiah yang dimenangi.. takde satu pon aku punye...


Grilled Chicken Chop

Lepas penat berjimba2 di fun fair dan setelah menghabiskan duit tp tak dapat aper pon, kami ke Rimba Klasik Bangi untuk makan malam. Hidangan istimewa kami.... Chicken Chop.. nyam3 ...


~Salam Sayang~

07 October 2011

419 : Kami Bukan Orang Ke ?

Kes Pertama :

Seorang sahabat masuk ke dalam pejabat lantas bertanya, "maner semua orang?'

Dengan selambanya aku menjawab, "kami ni bukan orang ke?"

Fakta kes : Pejabat aku cume ade 5 orang staf, yang takde cume seorang sahaja pada masa itu. Boleh pulak si sahabat tu bertanya, "mane SEMUA orang?" Yang 4 lagi tu bukan orang ke? Atau mungkin yang 4 lagi tu tak di panggil orang tetapi orang-orang (Kata Majmuk).

Sepatutnya si sahabat tu boleh bertanya seperti ini, "Mana si pulan?" atau, "Mana yang lain?".


Kes Kedua (Kes seorang sahabat) :

Mamat (bukan nama sebenar) masuk ke sebuah bilik dan berkata, "aik.. takde orang?"

Lantas si sahabat aku ni menjawab, "kami 10 orang ni bukan orang ke?"

Mamat menjawab lagi, "selalunya ramai, hari ni kurang pulak".

Fakta kes : Maafkan lah Mamat, dia buta. Masa dia masuk ke dalam bilik itu, 10 orang yang berada di situ sedang tidor. Mamat tidak mendengar ape2, sebab itu lah dia berkata kepada dirinya sendiri, "aik... takde orang?"


~Salam Sayang~

04 October 2011

418 : Kenali Jalur Gemilang



Entry kali ni hanya untuk suke2 jer pasal dah takde modal tuk menulis untuk diri sendiri. Gambar di atas adalah bendera Malaysia atau nama diberi Jalur Gemilang. Siapa yang tak kenal dengan beliau, adalah bukan rakyat Malaysia kerana orang Indon dan Bangla yang keje kat sini pon tahu ini adalah bendera Malaysia. Malah saya pon kenal akan bendera Indon dan bendera Bangla.



Tapi jangan pula kite tersalah anggap bahawa bendera kat atas ni plak bendera Malaysia. Walaupon sama tapi tak serupa dan nama diberi pon berlainan. Yang sama cume jalur2 merah putih sahaja. Dan bendera ni banyak bintang kalau nak dibandingkan dengan Jalur Gemilang kite, ade 50 bijik semuanya. Ini adalah bendera Amerika Syarikat dan nama bendera ni adalah Star Spangled Banner.



Eh.. eh.. ni pon bukan bendera Malaysia tau. Walaupon same belang2 merah dan putih nya, tapi bendera ni takde bulan walaupon ade bintang. Bendera ni adalah kepunyaan sebuah negara di Africa.. saper tau negara mana? Cube teka...


~Salam Sayang~

02 October 2011

417 : Boss Panggil Kami DUNGU

Jumaat lepas terkena sebijik kami bile boss tibe2 memanggil kami dengan perkataan "Dungu". Boss ni yang memang kami kenali bermulut jahat dan sebusuk kolam Indah Water Konsortium selalu menggelar orang dengan perkataan buruk seperti Idiot, Bastard, Stupid, Monkey, Dog dan sebagainya. Tak sabar kami nak tunggu dia pencen atau mampus yang mana datang dahulu. Kalau ikutkan umur dia, tahun depan bulan Mac akan berambuslah dia dari sini. Harap2 tidak disambung lagi tugas dia kat sini.

Dah lama tersiksa bekerja dengan dia, depan cakap lain, belakang cakap lain. Memburukkan orang laen memang kegemaran dia. Mengapi2kan staf pon memang bidang dia. Tapi part buat keje, tak tau lah aper yg dia buat. Nampak sibuk macam Perdana Menteri, tapi tak tau aper yg dia buat. Meeting sana2 sini tapi simpan untuk diri sendiri. Yang penting tak diberitahu dia nak wat pekasam dalam bilik dia yang dah macam rumah kongsi. Suka cakap pasal corruption, tapi dia tak sedar, dia tu lagi banyak wat corrupt drp orang lain.

Pagi2 jumaat hari tu dia dah angin ngan sorang staf yang mewakili dia ke satu mesyuarat. Masalahnya, pada hari mesyuarat tu, dia pon sedang bermesyuarat lain, pastu dia tak cakap2 ape2 pon pasal meeting ni. Kami yang tak tahu menahu ni pon terpaksa wat keputusan kerana wakil perlu dihantar. Bile wakil dah dihantar, macam ni plak jadinya. So... lepas ni kalau jadi lagi macam ni, tak payah lah hantar wakil, bagi jer alasan, sy tak terima ape2 arahan dari boss dan saya tak boleh arahkan orang laen mewakili boss. Sekian terima kasih.

Pastu dalam tengahari ade la sorang staf ni wat masalah. Sib baek aku tiada di tempat aku (pegi mengulor) kalau tak sure hebat. Jadi tak payah la nak cite panjang2 pasal ni.

Petang plak si boss ni masuk pejabat dan cerita pasal kupon makanan utk konvokesyen. Kemudian dia blah. Pastu dalam 10 minit dia masuk opis lagi dengan sorang staf laen bising2 pasal kupon makanan tuh dan panggil kami semua dungu. WTF... dia takde cakap ape2 pon pada kami suruh pegi angkat kupon tu ke ape. Dia just bgtau kupon tu dah ade then pastu terus blah, then dia wat cerita lain plak. Memang dasar kap lam ya nga lidah bercabang cakap berbelit.

Memang tak layak betul dia jadi ketua kat sini, tapi nak wat camner, dia the highest ranking officer kat opis aku ni. Layak tak layak, dia jer yg ade. No wonder dia still memangku jawatan ketua, orang atas pon dah tau perangai buruk dia tuh. Sampai pencen lah nampaknya dia akan memangku. Till then boss... adois (podahhh)