29 April 2011

362 :Tahun Depan Takde Lagi Hari Keluarga, Marilah Kite Duduk Kat Opis Wat Keje Sampai Pencen Atau Mampos Yang Mana Datang Dahulu

Semalam ade mesyuarat tergempar kat opis aku ni. Mesyuarat pasal Hari Keluarga opis yang akan diadakan bulan Julai nanti. Bukan nak pergi jauh pon, pegi Melaka jer tapi dia punya kecoh macam nak pi majlis perkahwinan Putera Willam ngan Kate Middleton kat London sane.

Memang dah menjadi tradisi turun temurun kat opis ni, kalau merancang nak wat ape2, kalau takde konfrontasi memang tak sah. Masing2 nak ikot kepala sendiri, masing2 nak tunjuk ekor sendiri. Aku plak, suke tengok masing2 menunjukkan kebodohan diri sendiri. Sampai last2 ade yang tak bertegur sapa sesama sendiri.

Nak wat hari keluarga bukannya nak pergi jauh ke mana pon, Cameron Highlands, Penang, Kelantan, semua ade masalah masing2. Bukannya tak bole settle, tapi sekor2 takmo mengalah makanya ade yang merajuk last2 tak pergi aper yang so call Hari Keluarga tuh.

Tahun ni pon same, dari perancangan asal nak ke Langkawi akhirnya kami pergi Melaka jer. Itu pon ade masalah sampai ade yg dah merajuk membawa hati yang lara tak bertegur sapa. Lantak lah, aku tak amik port, yang penting aku akan ke Melaka bulan Julai nanti. Lantak korang lah nak merajuk ke nak bergaduh tarik2 rambut.

Yang aku sedih semalam, dek kerana sorang yang membawa masalah, akhirnya Tabung Kebajikan Kakitangan dimansuhkan. Tiada lagi Tabung Kebajikan Kakitangan dan tahun depan tiada lagi ape2 aktiviti sosial untuk kakitangan dapat dirancang kerana tiada lagi sumber kewangan untuk aktiviti2 berkenaan. Makanya, marilah kite duduk kat opis wat keje sahaja sampai pencen atau mampos yang mana datang dahulu....


~Salam Sayang~

28 April 2011

361 : Peperiksaan

Sekarang ni dah masuk musim peperiksaan di universiti2 seluruh Malaysia kan. Kalau kat UM ni, student macam dah takde, sunyi jer. Mungkin mereka semua dok dalam bilik masing2 mentelaah dan mengulangkaji pelajaran. Masing2 menyiapkan diri untuk menempuh peperiksaan. Takut kantoi, kene repeat plak nnt. Dapat gak kite tengok, bukan setakat di bilik masing2, di perhentian bas semasa menunggu bas pon ade yang sedang mentelaah. Semasa dalam perjalanan ke dewan peperiksaan pon masih ade yang mengulangkaji pelajaran. Ade sekali tu aku nampak, seorang amoi sedang berjoging pon memegang nota sambil mulut terkumat-kamit, sedang menghafal lah tuh. Hehehe....

Aku pon dulu student gak, seingat aku lah, takde nyer aku nak mengulangkaji pelajaran sampai macam tu sekali. Sekadar di bilik jer aku boleh konsentret, kalau tak pon di library atau di bilik2 kelas. Itu pon kadang2 ade jugak kawan2 yang datang mengganggu, terus hilang konsentrasi lantas terus berbual2 kosong. Ape2 pon, orang kate study smart is better then study hard, thats why aku grad dikalangan mereka yang mendapat 3 pinter jer. Eh.... hehehe....


~Salam Sayang~

26 April 2011

360 : Entry Paling Fofular

Setelah hampir tiga tahun menulis blog ini dan setelah 360 entry ditulis termasuk entry ini, dengan ini saya mengumumkan bahawa, entry paling fofular di Aku Menulis Untuk Diri Sendiri dengan 6,074 pageviews adalah ..... Entry ke 170 (sila klik untuk melihat dan membaca entry tersebut)





~Salam Sayang~

23 April 2011

359 : Mari Menonton

Kali ini aku berpeluang pula menonton filem Red Riding Hood di pawagam. Zaman kecik2 dulu, pernah juga mendengar sebuah cerita yang bertajuk The Little Red Riding Hood, yang mengisahkan seorang kanak2 yang memakai hud merah berjalan di dalam hutan ke rumah neneknya yang sedang sakit. Kemudian datang seekor serigala, membunuh nenek kanak2 tersebut dan aku tak tahu pengakhiran cerita ni. Mungkinkan filem ini diadaptasi dari cerita tersebut? Aku pon tak tau..

Filem ini mengisahkan sebuah kampung di pinggir hutan bernama Deggarhorn telah memberikan korban haiwan kepada werewolf setiap kali bulan mengambang. Tetapi pada suatu hari, werewolf itu telah membunuh seorang penduduk di kampung tersebut tanpa sebab. Penduduk telah meminta bantuan Father Solomon untuk menangkap dan membunuh werewolf berkenaan. Apakah peranan Valerie sebagai gadis berhud merah di dalam filem ini? Dan bagaimanakan werewolf itu dapat ditumpaskan?

Bagi aku cerita ni biasa sahaja. Ade elemen2 cinta dan aksi. Saksikan di pawagam2 berhampiran anda. Aku beri 3.5/5 bintang kepada filem ini.


~Salam Sayang~

18 April 2011

358 : Beli Perabot... Besar Punya...

Hahaha... Akhirnya tercapai gak hasrat nak memilikinya. Dah lama rasanya nak menukar meja lama yang dah tak berapa nak cantik tuh. Alhamdulillah, tibe2 ade duit terlebih sikit, jadi terus beli je lah. Kalau ditunggu2, memang tak terbeli2. Daripada aku gunakan duit yang tibe2 terlebih tu kepada sesuatu yang boleh merosakkan gigi aku, baek aku beli meja yang putih bersih lagi suci murni ni. Tenang sikit permandangan dan tiba2 bilik aku terasa luas.

InsyaAllah, ade bende lain yang aku nak tukar lagi. Harap2 ade lah lagi duit yang tibe2 terlebih itu.


Setelah disusun atur, nampak kemas meja aku.
Bebas dari bende2 yang menyemakkan mata memandang



Di sini lah aku mengisi masa lapang. Sesiapa nak join,
jemput lah datang. Komputer sebelah tu takde org guna..



Oh ya... mouse yang aku campak ke dinding semalam telah digantikan dengan seekor mouse baru yang berekor... kaler putih jugak macam kaler meja baru aku... huhuhu...


~Salam Sayang~

16 April 2011

357 : Maka Dengan Ini Tamatlah Sudah Riwayat Kau

Tensi... tensi pakcik guna bende ni. Bukan guna selalu pon, tapi setiap kali nak guna mesti kene pakai bateri baru. Kalau tak asik2 mati, asik2 mati jer. Nak guna komputer pon tak senang. Oleh kerana ketensian dan kesobaran telah mencapai tahap maksima, lalu aku baling sahaja bende ni ke dinding. Berkecai lah sudah ia. Oleh yang demikian, maka dengan ini, aku isytiharkan tamatlah riwayat kau. Masuklah kau dalam tong sampah....


Wireless mouse aku yang dah berkecai ...


Tempat bersemadi terakhirnya - tong sampah...


~Salam Sayang~

13 April 2011

356 : Hadiah Hari Lahir

Hari Lahir aku yang ke 21 rasanya dah dekat 2 bulan berlalu, tapi aku masih belum wat ape2 entry mengenai hadiah hari lahir yang aku dapat untuk tahun ni. Seperti yang sedia maklum, pada tahun ini aku telah menyambut hari lahir aku di Kota Kinabalu, Sabah. Takde wat ape2 yang grand pon, just beli sebijik kek dan makan ramai2 jer.

Tak seperti tahun lepas, tahun ni tak dapat ape2 hadiah pon, hanya ucapan dari rakan2 yang masih ingat tarikh lahir aku. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang sudi memberi ucapan selamat kepada aku.

Dalam pada berduka pasal takde orang yang nak beri aku hadiah, ade seorang insan yang telah sudi memberi aku hadiah sebagai tanda persahabatan. Tiada kata yang lebih tinggi darjatnya selain terima kasih aku ucapkan kepadanya. Semoga kita akan terus bersahabat walau apa jua ranjau yang menimpa. Muahhh.....

Nak tau aper yang dia bagi??....

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:



Ikan Laga.....


~Salam Sayang~

09 April 2011

355 : Mari Menonton

Dah lama rasanya tak menonton filem2 baru di pawagam. Bukannya dah ade Astro First di rumah, tapi macam takde kesempatan nak pi menonton, dan takde kawan nak diajak dan yang nak mengajak aku pi menonton.

Minggu lepas berpeluang menonton filem Big Mommas, Like Father, Like Son di Alamanda. Filem ni memang lawak dan aku suka 2 filem Big Mommas sebelumnya juga.

Filem Big Mommas, Like Father, Like Son ini mengisahkan bagaimana Malcolm terpaksa menyamar menjadi Big Mommas untuk mendapatkan sebuah pendrive yang mengandungi maklumat rahsia yang telah disembunyikan di sebuah sekolah muzik perempuan. Dalam masa yang sama juga, Malcolm terpaksa menyembunyikan identiti anaknya kerana anaknya telah menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan.

Dapatkan Big Momma mendapatkan pendrive tersebut dan menyelamatkan anaknya yang menjadi buruan penjahat? Saksikan di pagawam2 yang masih menayangkan filem ini, atau dapatkan cd2 cetak rompak di pasar malam berhampiran kediaman anda.

Aku beri filem ni 3/5 bintang, tetapi kawan aku memberikan filem ni 4/5 bintang.


~Salam Sayang~

08 April 2011

354 : Demonstrasi CPR & First-Aid

Sabtu lepas, 2 April 2011, aku berpeluang mengikuti Demonstrasi CPR & First-Aid anjuran pejabat aku bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Ini merupakan julung kalinya demonstrasi sedemikian diadakan untuk kakitangan pejabat aku. Atas kesedaran akan kepentingan CPR & First-Aid dikalangan kakitangan maka, demonstrasi ini diadakan dengan harapan dapat dipraktikkan jika berlakunya perkara yang tidak diduga terutamanya dika berada dirumah.


Praktikal melakukan CPR


Mouth-to-mouth breathing


Demonstrasi Heimlich Maneuver
untuk mangsa tercekik



Demonstrasi CPR ke atas bayi


Demonstrasi ke atas bayi yang tercekik


Take 5 - Tarian ayam


Prektikal melakukan bandaging


Prektikal melakukan bandaging di kepala

Demonstrasi ini telah berjaya mencapat matlamatnya. Tahniah kepada AJK yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan demonstrasi ini. Sedikit sebanyak dapat jugak ilmu yang berguna dari demonstrasi ini.


~Salam Sayang~

04 April 2011

353 : Istiqbal Planet Zuhal

Semalam aku berpeluang menyaksikan keindahan planet Zuhal di aktiviti pencerapan oposisi planet Zuhal di Balai Cerap Universiti Malaya. Ini merupakan kali pertama aku menyertai aktiviti ini. Kami tiba di balai cerap tersebut pada pukul 10 malam dan sambutan begitu menggalakkan. Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang ini kerana oposisi planet Zuhal pada hari semalam adalah pada kedudukan yang sangat cantik. Terdapat banyak teleskop pelbagai saiz telah disediakan oleh pihak Makmal Fizik Angkasa bagi tujuan pencerapan untuk kegunaan pengunjung.

Tahukan anda apakah itu Oposisi Planet Zuhal?

Bagi planet2 di luar orbit Bumi (Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun), waktu2 sekitar oposisi adalah masa yang terbaik untuk melihat jasad samawi ini dengan jelas.

Oposisi atau Istiqbal berlaku apabila planet tersebut berada pada kedudukan yang bersetentang dengan matahari jika dirujuk dari Bumi. Dengan kata lain, planet itu berada di belakang Bumi. Ketika berlakunya oposisi, planet tersebut akan terbit sebaik sahaja matahari terbenam dan akan terbenam apabila matahari terbit.

Ketika oposisi juga, planet tersebut akan berada begitu hampir dengan Bumi yang membolehkan planet itu kelihatan besar dengan diameter menghampiri 43.7 arkasaat. Disebabkan kecerahannya, Zuhal boleh dilihat 30 minit selepas matahari terbenam hinggalah 30 minit sebelum matahari terbit.

Pada 3 April 2011, planet Zuhal akan berada dalam buruj Sunbulat atau yang lebih dikenali sebagai Virgo. Gegelang yang terkenal itu akan memaparkan bukaan sudut 2.6 darjah dari Bumi dan akan menghilang pada September ini.

Sumber : Risalah Oposisi Zuhal 2011, Makmal Fizik Angkasa,
Jabatan Fizik, Universiti Malaya

Subhanallah, betapa besarnya keagungan Allah swt. Tak sabar rasanya nak menunggu Istiqbal Planet Musytari plak pada 29 Oktober 2011 nnt.


~Salam Sayang~