07 September 2011

409 : Sorry Boss...

Sorry boss, I sudah kasi buang itu mee hoon goreng.... Haha... pagi ni malah sampai ke tengahari ini kecoh pasal boss mencari dia punya mee hoong goreng yang sudah pon kene buang. Sibuk dia dok bercerita pasal mee hoon goreng dia tu kat semua orang, tapi kat aku dia tak berbunyi sepatah pon. Pada hal aku lah ketua dalam operasi buang membuang semalam.

Mee hoon goreng tu dapat pagi isnin lepas, disimpannya dalam peti ais katanya nak di'alter'. Kalau mau alter pon, bawak la balik secepat yang mungkin. Takkan nak alter kat opis plak wahai boss oi. Bile dah kene buang baru lah nak bising sana sini.Lagi pon mee hoon tu dah expired pon, nak alter ape ke bende nye.

Berkisar dari entri aku yang INI bertarikh 22 Jun 2011, semalam kami telah memulakan operasi membuang segala anasir yang menyemakkan di dalam peti sejuk opis aku ni. Sampai nak termuntah2 aku dibuatnya kerana menahan bau yang kurang menyenangkan. Semuanya dah busuk dan berlendir2. Dari nasi ayam dan nasi beriyani yang dah tak rupe nasik lagi. Sayur2an, terung bulat, cili merah, kobis panjang, carrot yang dah rotten kalau dibiarkan lama sikit akan bercambah menjadi anak. Teh ais, nescafe ais, milo ais, soya bean yang dah nak jadi tairu. Kuih muih, kuih lapis, popia basah. Bayangkan kalau semuanya dicampur aduk menjadi satu, mau kalah bau kawasan pelupusan sampah jadinya.

Kini peti sejuk itu telah bebas dari segala ke jadah yang tidak menyenangkan atas usaha kami walau pon tidak mendapat hatta ucapan terima kasih pon dari sesiapa. Tapi kami puas, dapat mengajar mereka2 yang nak menjadikan peti sejuk itu macam peti sejuk mak bapak dan tok wan belah mak penakan mereka. Nasib baek ikan terubuk masin yang ada dalam tu kami tak lelong, kalau tak, makin hangin lah boss, pasal ikan kering tu dia punya.. (capital wtf)


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. Haiyooo.. kes buang membuang makanan dari peti ais. Teringat madu campur limau yg bleh tahan setahun telah dibuang dari esbok opisku sebelum puasa lepas. Aku punya tu haaaa...tinggai separuh bpotoi lagi, madu tu minuman utk suara nan merdu ku ...mahal loohhh

    ReplyDelete
  2. mamawana : hahaha.. laen kali tulis nama kat situ, baru org tanya dulu nak lagi ke tak.. kat sini sy tak buang semua pon, maner yg elok lagi takde le kami buang....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum afeezz...

    aku dpt membayangkan sejauh mana tahap kebusukan peti ais opis hang tue huhuhuhhu..

    diorang nie dulu tak belajor sivik ke?? huhuhuh

    dpt malaria br tau hahahaaaa

    ReplyDelete
  4. salam dekk

    Baguih pun ko buat operasi tu dek..itu baru peti es ofis, blum check peti es kat rumah2 diorang lagik..hehehhe

    ReplyDelete
  5. Salam anakanda
    Bagus tu, biar peti tu berbau harum dan bebas dr anasir...
    benda2 mengarut2 tu jgnlah nak simpan lama, berkulat...buang je...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam sahrom : hahaha.. tau takpe. aku harap pasni diaorg insaf la, bawak balik semua reta masing2.

    p/s : malaria tu bawaan nyamuk. kalau bende2 macam ni mungkin kene keracunan salmonella kot

    waalaikumsalam kak shami : kalau kat umah nyer peti sejuk tak la camner, jangan2 ade tikus mati.... isk...

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam mama ju : ni tabiat masing2 la mama, semua dah tua, takkan nak tegor. kang tegor lebih sikit mula la tarik muke. cakap salah tak cakap pon salah. tu yg terus buang!!

    ReplyDelete