13 August 2011

400 : Sahur Piranha

Ini adalah merupakan entry aku yang ke-400. Sungguh aku tak sangka yang aku boleh bertahan sehingga berjaya melakukan 400 entry di dalam blog aku yang berusia 3 tahun ini. InsyaAllah, dengan akal fikiran dan perjalanan hidup yang dikurniakanNya, aku akan terus menulis dan bercerita di dalam blog ini. Terima kasih kepada pengunjung tegar blog ini dan juga pengunjung2 lain yang sentiasa memberi sokongan. Tanpa kalian, blog ini takkan meriah...

Bercerita mengenai cerita2 di bulan Ramadhan ni, ade satu pengalaman lucu aku di bulan yang mulia ini. Tajuk entry ini adalah Sahur Piranha, bukannya aku bersahur makan piranha goreng macam gambar di atas (nampak macam sedap kan) dan bukannya aku pergi memancing ikan piranha ketika orang sedang bersahur.

Kisah ini berlaku ketika aku sedang menuntut salah sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Sepanjang bulan ramadhan, waktu bersahur yang telah ditetapkan adalah di antara pukul 12.00 tengah malam hingga ke pukul 2.00 pagi. Nak dijadikan ceritera, maka aku dengan beberapa orang sahabat bersiap sedia untuk turun makan sahur. Dalam perjalanan ke dewan makan, kami sempat singgah sebentar di bilik TV. Wah... ade cerita Piranha lah. Layan sat....

Tamat cerita tu kami berjalan kaki ke dewan makan, singgah sebentar di bilik seorang kawan yang terletak di tingkat bawah tuh. Alamak!!... dah pukul 2.30... dewan dah tutup lah. Adoi... Makanya, pagi itu kami bersahur minum air sejuk jer. Semuanya piranha punya pasal....

Oleh sebab itu lah kami menggelarkan kejadian ini "Sahur Piranha".


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    tahniah n3 yg ke 400

    awal sahur pd masa tu yerrr
    tak lewatkan, ambil sunah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam abg rozali : masa tu satu2nya sumber makanan kami adalah kat dewan tu jer. cafe tak bukak, nak keluar jauh dah takde kenderaan...

    ReplyDelete
  3. salam afeez,

    tahniah dengan 400 n3.

    az ingat hape lah tadi,pandi afeez memanipulasi yer.kekke

    p/s:az lom 2 tahun tp dan produce lebih 600 n3 (eksyen pulak az yer)

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam AZ : wow... hebat dah 600 entry... kuantiti tak penting kan, yg penting aper yg kite tulis tu adalah ikhlas dari hati...

    ReplyDelete
  5. salam 14 ramadhan enchek apiz,

    sy pun mulanya ingat awak sahur ala2 piranha ke? hehe..maap tsalah sangka..
    hihi indahkan kenangan kalo diingatkan..
    Mcm sy dulu di kolej waktu bln pose emak siap pinjamkan mangkuk tingkat..waktu bbuka dan sahur akan ambil siap2 utk satu bilik pastu makan di bilik..

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam 15 ramadhan cik miss sinomosa : masa belajar dulu, time berbuka makan di bilik time sahur pergi dewan jer. takde plak mangkuk tingkat masa tu, just gune tippuware jer...

    ReplyDelete