14 December 2010

317 : Mari Menonton

Hari ahad lepas seorang kawan mengajak aku menonton wayang. Filem aper yg kami tonton kali ini? Ini adalah sebuah filem tempatan terbaru yang bertajuk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mendengar tajuk pon dah bole buat tergelak. Tapi itu lah hakikatnya, filem ini merupakan sebuah filem komedi seram yang berkesinambungan dari filem Zombi Kampung Pisang.

Filem ini mengisahkan bagaimana penduduk Kampung Pisang sekali lagi digemparkan dengan kehadiran hantu di kampung mereka apabila jiran Husin iaitu Kak Limah tiba2 berkelakuan aneh dengan rambut yang mengerbang. Kehadiran hantu Kak Limah ini dikuatkan lagi dengan penemuan mayat di dalam rumah Kak Limah itu sendiri.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh penduduk2 Kampung Pisang untuk menghalau hantu Kak Limah termasuklah mengupah Pawang Indonesia dan Bomoh Siam. Tetapi semua usaha mereka sia2 sahaja. Dan akhirnya mereka semua bertindak untuk membakar rumah Kak Limah dengan harapan hantu Kak Limah akan lari dari kampung mereka.

Filem ini padat dengan aksi2 lucu yang akan membuatkan korang semua tak kering gusi ketawa. Malah aku sendiri sampai terbatuk2 tergelak dek lawak mereka yang bersahaja. Disamping itu juga, filem ini turut menyelitkan aksi cinta diantara Husin dengan Che' Nin.

Dapatkah penduduk Kampung Pisang menghalau hantu Kak Limah itu? Siapakah yang akhirnya dapat menghurai misteri hantu Kak Limah itu? Pssttt.... ade surprise diakhir filem ini. Jangan lupa, saksikan filem ini di pawagam2 berhampiran anda. Aku beri filem ni 3.75/5 bintang.


Ini lah dia Hantu Kak Limah..


~Salam Sayang~

7 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    macam mana tenguk hantu boleh ketawa...
    kawan sepejabat pun kata best cerita ni...

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. as salam sahabatku afeezz..inilah uniknya blog hang nie..dpt menyumbang sesuatu kpd golongan mcm aku nie..tahniah!!! tahniah!!! teruskan buat review sebegini..
    p/s: brp harga tiket wayang skrg??? hahahaha

    ReplyDelete
  3. wsalam abg rozali : hehehe tu le pasal, semua org dok gelak tgk cite ni. tak seram langsung...

    wsalam sahrom : thanks. klu aku tgk bole le aku wat preview. yg aku tak tgk, tak leh nak kate aper lah. anyway, harga tiket normally rm10. tp ade cerita yg rm11, rm12 gitu. tp masa aku tgk narnia in 3D, harga tiket rm18. teringat aku masa zaman sekolah, harga tiket rm5 jer.. kat rex. skrg, rex pon dah takde

    ReplyDelete
  4. salam afeez,

    wow, hebat lah promo awak ni afeez

    ReplyDelete
  5. wsalam AZ : menyokong industri filem tempatan jer...

    ReplyDelete
  6. Salam dekk afezz

    Film tu mamat khalid kan pengarah nyer....memang lawak dia tu lawak orang kg...heheh kg pisang...nama kg pun macam nama sebuah kg kat sebelah kg akak nun di utara tanah air...hahahha kamu citer pun akak rasa nak gelak dah tak taulah bila tgok nanti.

    tq update akak ttg film terkini hehehe

    ReplyDelete
  7. wsalam kak shami : hehehe.. sy takde intention pon nak tgk, member yg sakan mengajak, pegi gak lah, tp tak rugi.. kelakar habis, semua lawak selamba bukan dibuat2.

    sy penah gak nampak nama kampung pisang masa pi penang dulu.. terus teringat cerita zombi kg pisang.. heheh

    ReplyDelete