10 November 2010

304 : Penilaian Tahap Kecekapan

Seperti yang kite telah sedia maklum di dalam pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), telah dimansuhkan untuk penjawat awam seluruh Malaysia. Semua penjawat awam pasti gumbira dengan statement ini termasuklah aku. Tak perlulah lagi bersusah payah menduduki peperiksaan, buat assignment dan pelbagai lagi perkara yang perlu dilalui untuk mendapat Aras IV dalam peperiksaan ini.

Untuk peperiksaan yang lalu, aku cume mendapat Aras III bila mana aku mendapat Aras IV untuk Komponen Generik dan Aras III untuk Komponen Fungsional sekaligus memberikan aku Aras III untuk Tahap Keputusan. Tak tahu lah mana silap nyer. Mungkin assignment aku tak cukup power atau penilaian boss yang kurang memandangkan aku sekarang ni pon sering melawan bos. Ape2 pon anggap je lah yang terbaik, mungkin takde rezeki aku tahun ni.

Akan tetapi pada firasat aku, walaupon peperiksaan ini akan dimansuhkan, pasti akan ada satu lagi cara penilaian yang akan dijalankan untuk menentukan tahap kecekapan penjawat2 awam. Buat masa ni kite tak tahu lagi bagaimana cara yang akan dilakukan, mungkin lebih mudah mungkin lebih susah dan payah. Apa2 pon kite haraplah agar aper yang sedang dirancangkan itu akan lebih memudahkan penjawat2 awam sekelian.

Walaupon ia telah dimansuhkan, tetapi di jabatan aku ni masih meneruskan tradisi PTK ni. Semalam baru menerima edaran mengenai peperiksaan ini yang akan dijalankan pada bulan Disember nnt. Pada mulanya aku malas nak mengambil semula Komponen Fungsional yang aku dapat Aras III tu. Kemudian setelah berbincang dengan kawan2 sepejabat, aku berfikir ada baiknya aku ambil semula komponen tersebut yang hanya memerlukan aku menyiapkan satu tugasan sahaja bersama dengan penilaian Ketua Jabatan. Aku tak tahu di masa hadapan bagaimana penilaian ini akan dijalankan. Mane lah tau kene pi kursus sampai seminggu ke, kene pi BTN ke Khidmat Negara ker... Malas aku nak pegi kursus lama2 macam tu.

Ape2 pon, borang telah diisi hanya perlu tandatangan boss jer. InsyaAllah minggu depan submit, bulan depan kite buat assignment PTK tuh. Wish me luck in advance.


~Salam Sayang~

13 comments:

  1. Salam En Afeezz,

    Sy tak merasa utk menduduki PTK walau sbnrnya bpeluang utk ambil PTK dlm bln ni aritu..cuma lambat bertindak..huhu

    Sy pun bpendpt bhw mesti ada satu cara baru yg akan diperkenalkan utk penilaian tahap kcekapan penjawat awam, harapnya lebih mudah kan tak perlu pi kursus lama2 mcm Induksi, BTN, BTN, BTN [eh tersebut byk kali plak hehe] dsb

    Best of luck for ur PTK, smg dpt Aras IV kali ini. Kalau nak senang dpt Aras IV, kena niat mcmni 'seandainya aku dpt Aras IV, aku akan belanja kawan2 makan di Kenny Rogers..Amin' hehe buat tau..ini bukan syirik tp nazar je hehe :P

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wsalam puan syima : insyaAllah, klu dapat aras IV penilaian kali ni, maka tangga gaji boleh digerakkan ke P3 Txx. ini bermakna sudah maksima dan tak perlu ambil PTK lagi klu ade le lagi PTK tuh. Nazar tu.... nnnt2 lah yer...

    ReplyDelete
  4. Hehe..ok2x bkn paksaan pun..mcm2 nazar bleh buat, kalo tak nak belanja kwn2, belanja ler famili atau ur 'best friend' ooppss..so utk dpt Aras IV konpom u memang kena RAJIN haha tagline 'tgk ler kalo rajin' sila mansuhkan spt mansuhnya PTK pd thn dpn..wakaka

    ReplyDelete
  5. hahahha.... insyaAllah, klu dapat Aras IV dan dapat kenaikan gaji, ade habuan untuk kawan2... itu belakang cerita... hehehe

    ReplyDelete
  6. salam afeezz..aku rasa terbalik plak..PTK nie ok cume skopnya perlu diperkecilkan..kadang2 ia terlalu besar sehingga di luar bidang pekerjaan kita..tu yg kantoi tu huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. wsalam sahrom : aku setuju tuh. macam aku keje kat sini dah le kat jabatan kecik, pastu soklan PTK tu dok tanya pasal fakulti, pasal exam, pasal sumber manusia, pasal bendahari, pasal library... sepatah haram aku tak tau...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Afeezz

    Alhamdulillah
    macam saya dah tua2 ni
    tak perlu baca buku lagi
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. wsalam abg rozali : untuk memajukan diri dan mendapat anjakan gaji ke tangga yang lebih menarik, kene le amik exam tu. klu tak... dok situ jer smpi pencen.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sy sedih ia mansuh, sbb br ingat nak apply TK6 and fly back to Msia next March.....huhuhuhu, tak kesampaian rupanya ;-) hehehehe gurau je ni

    ReplyDelete
  11. jangan bersedih Abg Im, mesti ade cara lain yg depa tengah pikirkan. abg mesti bole balik malaysia gak nnt..

    ReplyDelete
  12. hihihi! mak saya pun aritu dok bz2 pasal ptk.sian dia,tua2 kena stadi.


    tapi...asal ktorg balik malaysia jee,ada laa assignment dia suh ktorg buat.xpasal2 ktorg pun terlibat sama.keh3x!

    ReplyDelete
  13. tu pasal le anis, igtkan bile dah keje ni tak payah le nak study2 lagi. rupe2 nyer kene gak... hehehe

    ReplyDelete