22 August 2010

276 : Kad Raya Oh Kad Raya

Rasanya tradisi mengutus kad hari raya dah menjadi kurang popular kebelakangan ni. Sekarang ni masyarat lebih gemar menghantar ucapan hari raya melalui sms jer.. mudah, cepat dan jimat.

Mudah sebab boleh dibuat di mana2 sahaja hatta di dalam tandas sekali pon, tak perlu keluar membeli kad raya, menulis dengan tangan dan mencari tong pos atau pejabat pos untuk menghantarnya. Lebih mudah kalau ade org bagi kite sms ucapan hari raya, kite forward jer pada kawan2 yang lain.

Cepat sebab dengan satu click sahaja anda boleh menghantar ucapan anda kepada sesiapa sahaja seantero Malaya. Dan sekelip mata sahaja anda akan mendapat ucapan balas hari raya pada mereka2 yang anda hantar tadi.

Jimat sebab klu pos guna Pos Malaysia skrg ni, harga setem klu tak silap RM0.60. Klu pakai sms, harga paling rendah RM0.01 jer bergantung pada perkhidmatan yang anda gunakan. Klu pakai e-mail, percuma.

Zaman aku kanak2 dulu, maner ade sms2 ni, maner ade e-mail2 ni, makanya kad raya lah sebagai pengganti diri menyampaikan ucapan hari raya. Lagi banyak kite bagi kat orang, lagi banyak kite akan dapat balasan. Lagi banyak kite dapat kat raya, maksudnya lebih popular kite. Sedih rasanya klu kite sorang jer tak dapat kad raya, org lain dah dapat 10, kite satu pon tak dpt. Huk..huk..hukk... Selalu compare ngan kawan, 'ko dah dpt berapa kad raya?' Dah dapat banyak kad raya, mesti gantung kad dalam rumah, nak memeriahkan lagi hari raya dan sebagai deko hari raya.

Rasanya tradisi ni dah mula pupus. Kad raya telah tidak mendapat sambutan. Tiada lagi kad2 raya yang digantung sebagai deko di rumah2 semasa raya. Ntah2, budak2 sekarang kad raya pon tak tau ape.

Bagi aku kad raya ade sentimetal valuenya. Ia menunjukkan bahawa orang yang menghantar itu, betul2 menghargai kita sebagai seorang sahabat, kekasih, rakan sekerja or whatsoever. Tanda ingatan tulus dan ikhlas dari pengirimnya.


Kad Raya pertama aku tahun ni, masih ada yang ingat pada aku...

"Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas"

"Pecah Kaca Pecah Tong
Sudah Baca Harap Gantung"

"Pecah Kaca Pecah Sampan
Sudah Baca Harap Simpan"


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. salam afees,

    az baru dapat sekeping kad ucapan hariraya utk thaun ini. Bila az tengok stem tipulanjatnya RM1.00. mak datok!!

    ReplyDelete
  2. wsalam az : hahaha... baru az tau skrg ni setem pon dah naek harga...

    ReplyDelete
  3. wah rajinnya..aku tak pernah memberi kad raya..

    biasa org bg je..

    ReplyDelete
  4. salam madey : aku tak igt dah last bile aku hantar kad raya pada orang. hehehe... meaning dah lama sgt lah tuh... heheh

    ReplyDelete
  5. Salam Afeezz,

    Alahai, sy pun baru nak buat entry pasal kad raya hihi..
    Seronok bila terimbau kenangan kad raya dulu2..

    ReplyDelete
  6. wsalam syima : sila2.. syok gak baca cerita2 zaman dulu ni.. ahaks

    ReplyDelete
  7. salam..dh lame aku tak trime kad raya dr kekawan..tp wife aku tak pernah lupe untuk menghantarnya dgn penuh kezutan heheheh....

    ReplyDelete
  8. wsalam sahrom : atleast tiap2 tahun ko dpt kad raya kan.. hehe

    ReplyDelete