02 August 2010

267 : Sepetang Di E@Curve

Macam biasa lah, klu hujung2 minggu ni bagi aku amat membosankan. Tak tau nak wat aper di rumah, cume makan (klu ade makanan), minum, berak, kencing, tido, tengok tv, online jer. Semalam ajak seorang kawan pi menonton wayang. Nasib baek dia bersetuju dengan cadangan aku tuh, takde le boring aku hari minggu ni. Kami menaiki Cik Siti dan memecut menuju ke Mutiara Damansara yang macam kampung sebelah jer.

Rancangan kami nak tengok samada cerita Salt atau Sorcerer's Apprentice. Setelah berbincang pro dan kontra, itu dan ini kami memutuskan untuk menonton Sorcerer's Apprentice. Waktu tayangan pada jam 3.35 petang. Sambil menantikan waktu tayangan kami telah menikmati Nasi Ayam Penyet di Waroeng Ayam Penyet di The Curve.

Sorcerer's Apprentice mengisahkan bagaimana salah seorang daripada tiga orang pelajar seorang ahli sihir zaman silam, Merlin yang bernama Balthazar berusaha mencari seorang yang telah diramalkan oleh Merlin sebagai Prime Merlineon yang boleh menghapuskan sorang ahli sihir jahat yang bernama Morgana. Pencariannya telah menemukannya dengan Dave, seorang budak berusia 10 tahun. Di dalam pencarian itu juga Balthazar terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan terutama dengan bekas rakan segurunya yang telah berpaling tadah untuk membantu Morgana. Dapatkan Balthazar melatih Dave menjadi Prime Merlineon? Dapatkan Dave menewaskan Morgana dan kuncu2nya? Saksikan sendiri di pawagam2 berhampiran anda.


~Salam Sayang~

10 comments:

  1. Salam Afeezz,

    Dah alang2 citer..citer le sampai habis..ish3x [mcm iklan le pullok heee]

    ReplyDelete
  2. wsalam syima : klu cite2 macam ni, mesti le hero menang kan...

    ReplyDelete
  3. salam afeezz, betul kata syima tue..citer la sampai habis..baru thrill cikit..apepun, sape pelakon utama citer nie??
    p/s: aku dh lame tak tgk wayang..rupa tiket pun dh lupe gamaknya heheheh

    ReplyDelete
  4. wsalam sahrom : aku nnt cite smpi habis, korang taknak pi tgk kat wayang plak. nnt tokey wayang marah aku, wayang tak laku... hehehe...

    pelakon utama cite ni Nicholas Cage. cite dia tak berat sgt, pastu ade unsur2 komedi dan aksi

    hehehe... sekali sekala pi le tgk, bawak anak bini, takkan asik nak dok umah memanjang..

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah.

    Ada gak orang yg bosan dengan hari cuti....

    Moga berbahagia di hari2 bekerja.

    ReplyDelete
  6. wsalam mama ju : klu kat opis at least ade gak kawan2 nak berbual, nak gadoh, nak ngumpat, nak makan bersama. kat umah sorang2 jer... bosan

    ReplyDelete
  7. Salam dekk afezz..

    Ader ke boring masa cuti...masa nilah..cari2 masa timba ilmu aper2 buat pelengkap hidup masa depan...

    Sekarang sibuk ngan kedai & anak2..tak der masa tgok movie.kat tv sekalipun...heheh minta anak2 citer jer kalo tau diaorang menonton...hero misti menang..kan heheh

    ReplyDelete
  8. wsalam kak shami : masa ni lah kite nak wat bende2 yg kite suka. nnt klu dah tak senang, mane dpt nak tgk movie kat panggung. klu kite dah tua, tak dan dah nak wat macam2. betullah cakap kak shami tu... klu dah time sibuk, nak tgk tv pon takde masa..

    ReplyDelete
  9. madey : hahahha.... wei, dah lama aku tak jumpe D, rindu aku nak pow sushi king kat dia... aku pi ngan org lain lah...

    ReplyDelete