25 February 2010

210 : Happy Birthday To Me

25.02.2010, Selamat Hari Lahir buat aku. Tahun ni aku rasa, 25 Februari amat meriah. Tak pernah aku rasa perasaan gembira macam ni setiap kali 25 Februari (masa kecik2 dulu tu lain cerita lah). Rezeki aku murah tahun ni, Alhamdulillah.

Semua bermula pada 20.02.2010 lalu di mana yang aku sangkakan aktiviti makan2 kecil2an turn out to be a birthday party. Yang aku sangkakan birthday party untuk Kak Noor, turn out to be birthday party aku sekali. Thanks to all friends yang organized aktiviti makan2 kite that day. Dah lama rasanya aku tak menyambut hari lahir dengan party sebegini. And the foods.... superb... nyam3... bravo!!

Hari ini seawal jam 00:04 aku telah menerima mesej ucapan selamat hari lahir. Gambar seekor katak hijau menyanyikan aku lagu Happy Birthday. Jam 00:30 satu lagi mesej masuk dengan gambar hadiah dihulurkan kepada aku. Malangnya, malam itu aku terlalu letih dan mengantuk, ditambah pula dengan kemalangan yang aku hadapi semalam, menyebabkan aku tidur agak awal dari biasa, sehinggakan ade seseorang tu call smpi 4x tak berjawab. Sorry no... aku klu tido, hp silence mode.


The Birthday Cake


Salam Sayang ...

17 comments:

  1. salam dik afeezz...

    selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran mu . yg ke berapa ek .....?

    semoga ceria selalu , hingga keakhir hayat .

    ReplyDelete
  2. Salam anakanda afeezz,

    "Happy Birthday"

    ReplyDelete
  3. Selamat hari Lahir anakanda. moga berbahagia. Apa agaknya mimpi2 baru?Moga semua akan tercapai...dapat isteri yang solehah.

    Kemalangan yg macammana ye..mudah2an tak memudaratkan.

    Jumpa lagi

    ReplyDelete
  4. wsalam kanda ummi : ulang tahun kelahiran yg ke berapa?? 34 lah

    wsalam kanda sidah : thanks...

    salam mama ju : InsyaAllah, doa2kan lah untuk saya. kemalangan kecik jer, alhamdulillah, takde ape2 yg serius...

    ReplyDelete
  5. Salam En Afeezz,

    Smg Allah panjangkan umur awak & smg tahun ini mjadi detik permulaan bagi kebahagiaan awak yang seterusnya.

    Wow..MMS Katak Hijau yg pertama ke? Siapakah pengirim itu..

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut hari lahir. semoga cepat kaya n mendapat teman hidup. Dah baca tips mencari pasangan di blog daddy? berguna tu, bro afeezz...

    ReplyDelete
  7. salam afeez

    diriku dilahirkan pada 25 nov 1975 dan ko pulak 25 Febuari 1976.aku berusia 90 hari ketika ko dilahirkan makner nyer kita sebaya...usah ko memanggil diriku kakak yarr,just call me mas,su,suria or apa2 yg tak menunjukkan diriku lebih tua dr kamu.wookehhhh!!!hehehe,i want feel young forever..pape pun hepi besaday...hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam Afeezz...

    Heppy birthday..
    Moga dpanjangkn umur, murah rezeki, dipermudahkan jodohmu n semoga hdup sentiasa di bawah rahmahNya... Moga kebahagiaan yg hang miliki hari ini berterusan hendaknya.. aminn

    ReplyDelete
  9. takkan sebiji aje keknyaaa....mane gambar hadiah2 yg diterima....nak tengok gak nieee

    ReplyDelete
  10. wsalam cik syima : terima kasih atas ucapan tu.. amin2... MMS katak hijau menyanyikan lagu besdey tu dari seekor katak gak, cume kaler jer laen.. hahah

    salam daddy : terima kasih atas ucapan tu.. amin2. InsyaAllah sy akan baca dan akan praktiskan... TQ

    ReplyDelete
  11. wsalam kanda mas : rasa macam tak syok plak bile tak panggil kakak... erm...

    wsalam tikah : terima kasih atas ucapan tu... amin2...

    salam hanis : nntkan entry berikutnya.. aku ku tayang hadiah2 yg aku dpt... hahhaa. just nak kongsi kegembiraan

    ReplyDelete
  12. Salam,

    MMS Katak Hijau dr seeokor Katak yg warna lain eks kpd Katak yg warna lain gak kan kan kan yg sambut birthday on 25hb Feb..pandai katak2 skrg ni guna teknologi..

    ReplyDelete
  13. aku menunggu entry ko memperagakan hadiah spesial dari Paris tu..

    ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  14. wsalam cik syima : jgn tak tau, ni katak2 zaman IT, mungkin lebih advance dari kite ni.. hahaha

    salam en. che pit : ko nak aku memperagakannya ker? aku wat ala2 model catwalk nak? hahah

    ReplyDelete
  15. Afeezz...sorry saya lupa pulak nak ucap hepi bday masa lepas kita mkn nasik ayam dgn ABCDE ;-)Nway HAPPY BDAY, moga menjadi hamba yg disayangiNya sentiasa.

    Errr...tak yahlah kau peragakan SD Paris ni...takut ada yg kena heart attack pulak...kahkahkahkah

    ReplyDelete
  16. salam abg imram : takpe2.. janji dah dapat SD, nnt sy peragakan... hahahah

    ReplyDelete
  17. salam afeez,

    happy belated birthday! sori norr...mama sakit lutut, lambat sampai!!

    ReplyDelete