21 June 2009

Posting No. 105 : Selamat Hari Bapa

Hari ini hari bapa. Sana sini orang ambil kesempatan mengucapkan ucapan selamat kepada bapa-bapa mereka. Kepada mereka yang masih mempunyai bapa, bersyukurlah.. hargai dan sayangilah bapa anda selagi hayat beliau dikandung badan, selagi beliau masih boleh memberikan kasih sayangnya kepada anda. Kepada yang telah ketiadaan bapa, sedekahkan Al-Fathihah kepada mereka, doakan mereka agar ditempatkan bersama2 orang yang beriman.

Bagi aku, hari bapa tak membawa apa2 makna. Bukan aku tidak menghargai bapa aku, bukan aku tak menyayangi beliau, bagi aku, setiap hari aku menyayangi beliau, setiap hari aku doakan kebahagian beliau, cuma aku rasa tak perlulah aku menunjuk2 yang aku menyayangi beliau. Tak perlu bagi aku satu hari yang khas untuk itu semua. Sesungguhnya aku menyanjungi bapa ku setinggi langit, menghargai pengorbanan beliau membesarkan dan mendidik kami hingga menjadi kami pada hari ini. Setiap keringat yang keluar bagaikan permata yang digadaikan demi kebahagian kami.

Dah jadi tradisi keluarga aku, hari2 macam ni tak disambut. Mungkin dari kecil kami dah dididik macam ni. Hatta, hari lahir adik beradik pon amat jarang disambut dengan birthday party, dengan present. Dan kami adik beradik pulak, bukan jenis yang nak meminta2 untuk diadakan party yg besar dan hadiah yang mahal2.

Selamat Hari Bapa... AYAH..


Love,

2 comments:

  1. selamat hari bapa.
    ko bila nak jadi bapa?
    perh.
    mesti anak ko cute cam ko..

    ReplyDelete
  2. selamat hari bapa pada ko gak. Tunggulah.... 2-3 thn lagi aku akan jadi seorang bapa... anak aku mestilah cute macam mak ngan bapak nyer... hahah

    ReplyDelete