Posts

Showing posts from October, 2008

36th ENTRY

Semalam ade majlis jamuan hari raya untuk opis aku. Dah habis syawal baru nak buat. Sebab semua orang sibuk semacam jer dalam bulan ni, so semalam baru ada kesempatan untuk jamu semua staf.

Majlis tu di buat di Kolej Kediaman Pertama. Ikutkan jadual asal, majlis bermula pukul 12.30 tengahari, tapi pagi tu boss bermurah hati plak bg pelepasan awal, kol 12.15 tengahari. Jadi, semua staf pegi dalam tiga group. Yang aku tak puas hatinya, sesampai jer kami di sana, orang yg sampai awal, semua dah makan dulu. Geram betul hati aku tengok, dah kebulur sangat kot smpi tak sabar-sabar nak tunggu biar semua orang sampai dulu. Tak pernah jumpe makanan ker?

Sepatutnya, bukan sepatutnya, semua orang kene tau la kan, dah nama pon jamuan raya, tunggu le biar semua orang berkumpul dulu, baru le mula makan dimulakan dengan doa ke aper ker. Ni tak.. semua yang sampai awal tu macam mangsa kebuluran, sampai-sampai terus makan dengan lahapnya. Mangsa kebuluran pon tak macam ni, tau gak mereka beratur.

So, jam…

35th ENTRY

Kalau tak silap aku, hari ni last day bulan Syawal, betul ker. Tapi masih ramai lagi orang-orang kite di luar sana yang masih berhari raya, rumah terbuka sane, rumah terbuka sini. Selagai Syawal tak habis, selagi tu lah kita masih dengar ade orang wat open house ni, ade lagi yang dok beraya sane dan sini. Lagu raya pon boleh dengar lagi kat radio, kat tv pon masih ade lagi siaran-siaran yang berbaur raya. Hahah... biaq pi lah, selagi ade jemputan ke rumah terbuka tu, pergi lah, rezeki jangan ditolak kata orang. Tetamu datang membawa berkat, betul tak?

Tahun ni tak banyak plak aku ke majlis rumah-rumah terbuka ni. Member-member opis pon tak ramai yang buat (tak buat ke tak jemput aku), member-member lain pon sama. Klu ade pon, aku tak pergi, ade hal plak yang menjadi aral. 18 Oktober hari tu, aku pi first jemputan rumah terbuka. rumah best friend aku kat Pantai Dalam. Tak ramai pon jemputan dia, sekadar yang rapat jer, but oklah... bak kata aku tadi, rezeki jangan ditolak. Pastu 25 Okto…

34th ENTRY

Arghh.. aper ni..RM3k jer. Cis!! Sia-sia jer terminate kad yang lama, dengan harapan kad baru boleh bagi lebih. Tengok-tengok dapat jumlah yang sama, baik tak payah bagi kalau macam ni. Sentap nyer pasal, malas aku nak activatekan kad tu. Biaq pi lah. Naik nyampah plak tengok, terus simpan dalam laci.

Kronologi cerita di atas.

Sebelum raya hari tu, aku ada apply kad kredit. Bukan nak guna pon, untuk suka-suka je. Seronok kalau ada kad ni. Tambahan lagi, aku nak terminatekan kad yang lama ni dari Bank X. Kad Bank X ni dah entah ape-ape ntah, dah le kene bayar annual fee, pastu ade insuran plak dengan AIA yg tiap-tiap bulan kene bayar sampai RM42. Ish.. malas dah nak bayar untuk sesuatu yang aku tak gunakan. Setakat insuran tu aku dah ada, so tak perlulah nak buat banyak insuran.

So.. aku applylah dari Bank XX. Nak dijadikan cerita, 3-4 hari selepas itu datang le pulak salesman dari Bank XXX, promote kad kredit dia. Sebab tak kene apa-apa bayaran, aku pon apply ler.

Lepas raya, aku dpt kad…

33rd ENTRY

Image
Inilah kamera kesayangan aku

Kamera kesayangan aku dah rosak. Waa... :( Tak serius, cuma penutup bateri dia jer dah tercabut. Sekarang ni, kamera kesayangan aku tu dan bertampal2 macam hape tah. Naek sogan plak aku nak menggunakannya dikhalayak ramai.

Kamera aku tu berjenama Sony. Memula dulu aku nak cari Canon Ixus, tetiba amoi kedai gambar tu promote kat aku Sony ni. Kamera biase jer, bukannya kamera profesional. So, aku pon amik jer sebab function dia banyak jugak daripada Canon Ixus tu. Kenapa aku sayang sangat kamera tu. Off koz le, aku beli mahal. Aku beli dengan harga RM1,700.00. Dan ramai yang puji gambar yang diambil dengan Sony ni cantik. Aku pon suka, sebab aku compare dengan beberapa gambar yang diambil dengan kamera laen (bukan kamera profesional), Sony aku lebih cantik, terang, clear dan sebagainya. Sebab tu aku sayang kat Sony aku ni. Tak sampai hati nak tukar even aku dah gune Sony ni lebih kurang 5 tahun dah. Dah sampai UK pon.

Tapi, penutup bateri yang patah tu bukan sa…

32nd ENTRY

Image
Cerita pasal raya lagi...

Raya Kedua
Hari raya kedua, kami satu famili akan pulang ke kampung di Pontian, Johor. Kami dari Selayang sebanyak dua buah kereta dan abang aku akan bertolak dari rumahnya di Jalan Duta. Aku hanya menumpang kereta kakak aku dan kami bertolak dahulu sebab nak menyingggah di rumah kawan abang ipar aku di Parit Jawa, Batu Pahat dan mak dan ayah aku akan bertolak sedikit lewat sebab menunggu adik aku dan suaminya yang dalam perjalanan pulang dari Kedah.

Perjalanan lancar sahaja, takde trafik jam pun, syukur alhamdulillah, cume jam-jam biasa jer di Senawang dan Seremban. Rumah kawan abang ipar aku tu punya lah jauh, siap sesat barat lagi. hahah... dalam pukul 4.00 petang baru kami tiba di sana. Kawan abang ipar aku tu boleh lah dikatakan petani moden yang berjaya, dan kunun-kununnya abang ipar aku ni nak bergurulah dengan dia. Dia bawak kami ke ladang serainya, dekat2 area situ gak. Luas saujana mata memandang, dari jauh nampak macam semak samun jer. Then dia ade le…

31st ENTRY

Image
Hari Raya pertama. Tahun ni macam tahun lepas, aku bersolat sunat Aidilfitri di Surau Al-Hidayah, Kampung Selayang Indah. Ramai jemaah pagi ni sampai ade yang terpaksa berdiri sahaja menyaksikan orang lain bersolat. Ni semua kes-kes datang lambatlah, sampai dah tak dapat tempat dalam saf. Sebelum solat, ade plak ler ucapan-ucapan dari ntah sapa-sapa ntah. Boring betul aku nak dengan ucapan-ucapan ni, takyah ucapan takleh ker, terus jer solat. haha..Solat sunat Aidilfitri dan khutbah raya tahun nu tamat dalam pukul 9.30 pagi. Lepas tu kami serumah semua mengambil gambar bersama-sama. Raya tahun ni raya kali pertama adik aku takda bersama, sebab dia pulang ke kampung suami dia. Lepas sesi mengambil gambar, kami semua bermaaf-maafan.Tetamu tahun ni tak berapa ramai sangat. Mungkin ramai yang balik kampung kot. Petang plak, famili abang aku datang beraya.Klik sini untuk gambar-gambar di hari raya pertama:
http://www.slide.com/r/DuKeWKn84z9PiGLUpzEhuwaQQF8AHMO7?previous_view=mscd_embedded_u…

30th ENTRY

Assalamualaikum. Baru nak update pasal carita raya. Tak sempat nak update ape-ape masa hari raya pertama, tak tau aper yang membusykan, sehingga tiada kesempatan nak update. Raya kedua plak balik ke kampung di Johor sampailah raya ke empat. Hari ni baru ada kesempatan.Hari sebelum Hari Raya, aku masih lagi bekerja. Opis pun masih ramai yang bertugas, so takde le rasa sunyi sangat. Semua dan malas buat ker, semua buat kerja masing, semua dah dalam mood raya. Patient pon tak ramai, sehingga pukul 11.00 pagi, baru ade dua orang, ini orang-orang yang tak reti nak balik kampung agaknya. Lambat sungguh nak menunggukan pukul 1.00 petang, hari ni dapat 1/2 day, seperti kebiasaan. Disebabkan sehingga pukul 12.00 tengahari, tiada patient lain yang datang, aku dengan sendirinya declared, semua kakitangan bole balik pukul 12.30 tangahari. Wah3.. semuanya happy semacam jer, kol 12.30 kiteorang semua balik.Kat rumah, semuanya dah selesai diuruskan. Memandangkan tahun ni dah ada tukang masak baru, i…