1055 : Throwback Thursday (Episod 6) - September 2026

Pusat Pembedahan Harian, Pusat Perubatan Universiti Malaya

20 Julai 2026 yang lepas sepatutnya aku menjalani satu pembedahan kecil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Temujanji untuk pembedahan ini telah diberikan setelah aku dirujuk oleh Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya. Aku boleh saja ke mana-mana hospital kerajaan terutamanya ke Hospital Putrajaya kerana berhampiran dengan kediaman aku, tetapi aku memilih untuk berjumpa pakar di PPUM memandangkan ia lebih hampir dengan tempat kerja aku, kemudahan pakar yang lebih baik dan mudah untuk aku berurusan. Setelah 2 kali konsultasi dengan pakar di PPUM, tarikh pembedahan telah ditetapkan pada 20 Julai 2026. 

Pada hari kejadian, aku dengan bantuan seorang sahabat telah ke PPUM untuk temujanji pembedahan itu pada pukul 8.00 pagi. Malangnya, aku telah gagal saringan awal apabila Jururawat bertugas telah mengesan jangkitan kulit di pangkal hidung di antara kedua-dua mata aku. Setelah berbincang dengan  Pegawai Perubatan bertugas, banyak risiko boleh terjadi jika pembedahan diteruskan. Oleh itu, beliau telah menunda pembedahan aku ke tarikh yang belum ditentukan bergantung kepada pengesahan 2 pakar yang lain yang aku akan temui pada bulan Oktober 2026 dan November 2026 akan datang. Aku juga telah diberi temujanji yang lain untuk bertemu Pegawai Perubatan di Bahagian Rawatan Utama, PPUM pada keesokan harinya. 

Sejujurnya aku terasa sedikit kecewa kerana pembedahan ini ditangguhkan. Aku juga berasa sakit ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian dan tugas-tugas aku di pejabat. Sehingga ke tarikh itu, aku terpaksa membiasakan diri dengan keadaan ini. Insyaallah, semuanya akan dipermudahkan. Amiinn...

You Might Also Like

16 comments

  1. Kalau saya pun kecewa jugalah sebab kita dah ready semua kan. Bila drag masa ni secara tak lansung kita kena sambung adapt dengan sakit tu lagi.
    Tapi pasti ada hikmahnya juga ditangguhkan. Yang penting keselamatan tu daripada kena tanggung risikonya. Semoga terus kuat dan sabar. Semoga Allah permudah segala urusan awak Afeezz dan baik-baik je. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu rasa mcm kecewa, sebab dah ready untuk pembedahan yang menakutkan tu, dah tak sabar juga nak mc panjang... hahaha. Bila tak jadi tu terpaksa la menunggu lagi ntah cepat atau lambat next appointment. Kita doakan yang terbaik sahaja untuk masa depan. InsyaAllah, amiinn

      Delete
  2. I feel you... kita dah siap siaga... kena tunda pulak...
    Moga bersabar boss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, dah siap siaga nak MC, tgk2 tak dapat MC... hehehe

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan rawatannya. Ada tu, hikmahnya, pembedahan ditangguhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, semoga dipermudahkan urusan saya dan insyaAllah ada hikmatnya nanti

      Delete
  4. semoga janjitemu yg seterusnya akan membuahkan hasil yg positif. InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum dapat tarikh lg untuk operation tuh. mungkin lepas bulan november nnt

      Delete
  5. Ada hikmah yang kita tak sedar mungkin.. apa pun moga dipercepatkan urusan dan dipermudahkan segalanya.. dan diberi kesembuhan amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, insyaAllah ad hikmat dan dipermudhkan urusannya..

      Delete
  6. semoga sentiasa sihat abg afeezz sentiasa kuat okay,

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudah urusan pembedahan dan perawatannya.

    ReplyDelete
  8. abg afeez masih guna no yg sama? boleh bg email x

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tukar no lagi, so sama je lah. kalau nak emel bole la emel ke afeezz@yahoo.com

      Delete