1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 3) : The Mother of Georgia
... Episod sebelumnya (Episod 2)
Hari kedua kami di bumi Georgia. Pagi itu kami bersarapan di hotel. Penginapan di hotel ini datang beserta dengan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, menu sarapan di hotel ini tidaklah semewah menu sarapan pagi di hotel-hotel Malaysia. Takda nasi lemak, takde bihun atau mee goreng apetah lagi roti canai. Menu yang disediakan cuma menu-menu yang standard untuk orang-orang putih yang ada di antaranya yang tidak halal. Maka setiap hari kami cuma bersarapan pagi dengan roti, cereal, telur rebus atau buah-buahan. Sampai jemu juga la sehingga ke akhirnya.
Pelan aktiviti kami pagi itu adalah ke monumen Mother of Georgia. Kami telah berjalan kaki menyusuri tebing Sungai Kura hingga ke Vakhtang Gorgasali Square, melintasi Metekhi Bridge dan menuju ke Rike Park. Dari Rike Park kami akan menaiki Mother of Georgia Tramway untuk ke puncak Sololaki Hill. Ini adalah cara mudah untuk ke monumen Mother of Georgia yang terletak di puncak Sololaki Hill. Bayaran untuk Tramway adalah sebanyak GEL12 pergi balik untuk 2 orang. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit dari Lower Station ke Upper Station.
Dari puncak kita akan dapat menyaksikan permandangan bandar Tbilisi yang dibatasi pergunungan. Ramai pengunjung pagi tu, mungkin kerana cuti hujung minggu. Kehadiran kami disambut oleh seorang pemuzik jalanan yang mendendangkan lagu Negaraku dengan menggunakan arkodion setelah mengetahui kami dari Malaysia. Agak bangga jugalah bila mana lagu Negaraku berkumandang di bumi Georgia. Kami menderma seikhlas hati kepada pemuzik itu sebagai tanda penghargaan. Kami menyusuri jalan berliku yang dipenuhi dengan gerai-gerai pedagang tempatan menjual cenderahati, pakaian dan makanan menuju ke monumen Mother of Georgia. Sangat meriah di sini dengan pengunjung dan aktiviti menjual beli. Barangan cenderahati di sini juga amat menaik dan cantik tetapi kami tidak membeli apa-apa, sekadar membeli belah tingkap sahaja.
Mother of Georgia atau Mother of Kartii adalah simbol bagi bandar Tbilisi yang dibina pada tahun 1958 sempena sambutan ke 1,500 tahun bandar itu. Monumen ini adalah seorang wanita yang secang memegang gelas berisi wine di tangan kirinya. Dikatakan wine ini adalah untuk tetamu dan sahabat yang datang dengan niat baik manakala di tangan kanannya memegang sebilah pedang untuk melawan musuh atau sesiapa sahaja yang datang dengan niat tidak baik. Monumen ini setinggi 20 meter dan diperbuat daripada aluminium dan berwarna perak..
Disamping monumen Mother of Georgia di atas bukit ini juga terdapat sebuah Botanical Garden. Kalau tak silap ada bayaran lain yang dikenekan untuk memasuki Botanical Garden ini. Dari sini juga kita boleh menuju ke Narikala Fortress. Menurut lagenda, kubu ini telah dibina oleh King Vakhtang I Gosgasali dari Kingdom of Iberia sekitar abad ke 4. Kubu ini telah ditakluk oleh beberapa kerajaan sepanjang kewujudannya termasuk Kerajaan Persia, Mongol dan Umayyah. Malangnya semasa kami di sana, kubu Narikala ini ditutup untuk kerja-kerja renovasi.
Selepas penat berjalan, kami lepak dan berehat sebentar di sebuah gerai menjual jus delima dan snack tempatan. Kawan-kawan lain sudah hilang entah ke mana, maka kami berdua ambil keputusan untuk lepak di sini sambil memerhatikan pengunjung yang lalu lalang. Harga segelas kecil jus delima yang baru diperah agal lumayan mahal iaitu sebanyak GEL20 dan segelas buah-buahan seperti strawberri dan anggur juga berharga GEL20.





















14 comments
Pengembaraan yang jauh..kelihatan panorama indah..unik. Jauh berjalan luas pandangan bayak pengalaman tuan ya
ReplyDeletepengalaman tu takde la banyak mane. ada peluang ni kite tengok2 lah negara orang
Deleteseronoknya jalan2 ke negara orang. pasti banyak ole2 yg dibeli spt fridge magnet kan?
ReplyDeleteFridge magnet adalah ole2 paling murah, banyak Dan murah didapati kalau pi travel..
DeleteKalau jalan-jalan kawasan ni, kena guna pengangkutan air ke?
ReplyDeleteeh.. tak lah. sini pengangkutan utama dia bas. perkhidmatan Bolt pon senang nak dpt. Metro pon ade tak tak meluas.
DeleteBetul juga tu kalau dah 8 hari duduk situ dan sarapan benda yang sama sahaja mmg jemu jadinya :D
ReplyDeleteAduhaiiii macam mana tak minat cheese tuu... Mesti kat sana cheese pure... kena berlatih makan di Malaysia tu..
menu sarapan pagi kat hotel tu tak banyak pilihan, setiap hari sama je. nak makan kat luar pon mcm x banyak pilihan. street vendor pon mcm takde. saya ni jarang makan cheese tu yg tak berapa minat cheese. mmg rugi sebab banyak pilihan cheese, cheese tempatan pon banyak
DeleteBerbaloi sungguh naik tramway tu dapat tgk Tbilisi dari atas dan jelas.. Harga pun tak la mahal sangat..
ReplyDeleteCantik sungguh view dari Sololaki Hills tu.. Alaa syg tak dpt masuk kubu tu...
Tramway tu dekat sgt, tak smpi 5 minti dah sampai. tak puas duduk dalam tu. Ye lah, sayang tak dpt masuk kubu tu... lama proses renovation khabarnye
DeleteBalik tanahair, tak jumpa dah jus delima segar. Eh, sama pula peel kita, seludup buah waktu sarapan kihkihkih!
ReplyDeleteorg Georgia kata jus delima sana masam, tp mmg masam gile yg saya minum tu. dah la mahal...
Deletelast day kami sarapan kat sana, ade kawan nak seludup keluar sebiji labu... sib baek kawan2 laen halang...
LGS haus saya melihat buah2nya 😍😍. Nampak fresh sangat ya bang.
ReplyDeleteMakanan Georgia ini saya pun biasa saja. Suka, tp bukan yg wow sangat. Masih lebih sedap kuliner di Belarus dan Azerbaijan soalnya. Tp okelaah untuk raso raso kan 😄.
Wine tuh memang dah macam air putih kalau di sana. Tiap kemanapun kami, pasti ditawari wine. Sampai letih saya bilang, kami muslim, tp teman saya 1 orang memang christian. JD cuma dia saja yg menerima wine dan minum. Malah kadang, wine yg tadinya diksh ke saya dan teman saya, dia ambil juga 🤣🤣.
Menarik tp sejarah wine di negara ini. Kami sampai DTG ke pabrik wine nya di Kakheti.
Masa ke Mtskheta banyak juga yang promosi wine tasting, tapi kami hanya senyum2 dan menolak dengan sopan. Lepas tu ade satu kedai ni promosi plak halal wine, terkejut plak mendengarnya, ade ke wine halal. Member kata mungkin air yg dia peram tu belum menjadi wine 100%, tu yg namanya halal wine. takut plak nak mencube, mane la tau, tibe2 mabuk plak...
Delete