845 : Menjelang Hari Raya, Berakhirnya Puasa
Assalamualaikum
Menjelang hari raya, berakhirnya puasa... Berakhirlah sudah Ramadan, sebulan tak puasa... Lagi dua hari kita akan menyambut Syawal dan meninggalkan Ramadan. Aku masih lagi di kantor menghitung hari. Orang lain dah mula bercuti dan ade juga yang dah balik ke kampung masing-masing. Bukannya aku nak tunggu hari raya, tapi nak tunggu cuti raya dan disambung pula cuti rehat selama tiga hari lagi, makanya dekat seminggu jugaklah aku akan bercuti, #bestnye. Walau pon jasad berada di kantor, tetapi mood nak keje dah lama ke laut, hanya nak menunggu hari pencen sahaja, yang kalau nak ikutkan perkiraannya ada lagi dekat-dekat 20 tahun #ahaks.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
Puasa
Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah puasa aku masih terpelihara walaupon pahalanya takdelah dapat 100%. Tahun ini, aku berpuasa di rumah baru aku. Seronok jugak rasanya, sekali sekala beralih angin. Makanya, aku akan bersahur seorang, dan berbuka seorang, kadang-kadang ada la jugak teman semasa berbuka. Sepanjang Ramadan ni, aku selalunya bersahur ala kadar sahaja. Makan apa yang ada di rumah. Yang selalunya makan kurma je, pastu ade jugak makan cornflakes ngan susu campur madu, dan yang paling mewah pon makan KFC Loaded Potato Bowl. Untuk berbuka aku beli sahaja di Bazar Ramadan. Bazar Ramadan Putrajaya menjadi bazar favourite aku. Menu berbuka pon takde la mewah. Selalunya aku beli nasi campur jer, kuih sikit dengan air. Untuk aku seorang je. Itu pon dah dekat RM20.
Baju Raya
Tahun ni aku tak shopping sangat pon. Makanya takde lah baju raya. Baju melayu akan direcycle baju melayu tahun-tahun lepas. Ada 4-5 pasang dalam almari tu, elok-elok lagi, itu pon kalau rasa nak pakai baju melayu di hari lebaran. Walau bagaimanapun, untuk raya tahun ni aku hanya membeli 2 pasang t-shirt murah dan sehelai baju melayu Johor. Ingat nak pakai baju melayu Johor je tahun ni dengan seluar jeans. Agak mahal jugak lah kalau nak dikirakan baju tu yang aku beli di IOI City Mall.
Baju raya 2018, #done
Kuih Raya
Tahun ni aku berazam nak wat kuih raya sendiri secara projek usahasama dengan sahabat aku. Alhamdulillah, projek kami berjalan lancar dan hasilnya kami berjaya membuat kuih samprit, cornflakes madu, kuih tart nenas, biskut suji dan biskut mazola. Aku juga telah mendapat sebalang biskut chocolate chips dari salah seorang teman wanita aku hasil usaha program tukar-tukar kuih raya antara kami. Aku juga ada mendapat sebalang kuih sepit juga dari program tukar-tukar kuih raya sesama jiran tetangga di kawasan perumahan aku. Disamping itu, aku juga telah membeli beberapa jenis lagi seperti kuih rempeyek kacang tanah, maruku dan kacang goreng sambal. Meriah lah raya tahun ni.
Kemuncak kepada projek usahasama aku dan sahabat, kami telah berjaya menghasilkan kek marble untuk hari raya. Ramai yang tak percaya sebab ramai yang kata susah untuk kek menjadi untuk percubaan kali pertama. Walaupon kek kami menjadi, tetapi aku rasa masih ada kekurangan yang masih boleh diperbaiki untuk mendapatkan kek yang lebih sedap dan gebu. InsyaAllah, malam ni kami akan usahakan kek oren pula. Harap-harap menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Kuih-kuih raya yang berjaya dibuat sendiri untuk raya tahun ni,
1. Kuih Samprit, 2. Biskut Mazola, 3. Kuih Tart Nenas, 4. Biskut Suji, 5. Cornflakes Madu
Kuih-kuih yang diberi,terima kasih kepada yang sudi memberi
1. Biskut Chocolate Chips, 2. Kuih Sepit
Kek Marble hasil air tangan sendiri
Balik Kampung
Buat julung-julung kalinya, tahun ini kami akan menyambut hari raya di rumah kakak aku di Puchong. Untuk pulang berhari raya di Johor masih belum mendapat kata putus dari semua pihak keluarga aku. Tengoklah macam mana nanti. Tetapi lama juga dah tak balik ke Johor sejak-sejak atuk dan nenek telah tiada.
Cuti Raya
Aku akan bercuti selepas raya, dari hari Isnin, 18 Jun 2018 hingga hari Rabu, 20 Jun 2018. Kalau boleh nak cuti lama lagi tapi kalau cuti lama-lama pon boring gak tak tau nak wat ape di rumah. Hehehe... cutilah seadanya.
Di kesempatan ini (takut tak sempat), saya beserta isteri dan anak-anak ingin mengucapkan ucapan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua yang mengenali diri ini.
0 comments