753 : Catatan Perjalanan - Siem Reap, Cambodia (Episod 1) - Welcome To Cambodia, Kingdom of Wonder
8 September 2015 (Selasa)
Seawal pukul 3.00 pagi kami bertiga terpaksa bangkit dari tidur yang lena. Bersiap-siap seadanya, memastikan tiada apa yang ketinggalan dan meninggalkan rumah lebih kurang pukul 4.00 pagi menuju ke Stesen Putrajaya & Cyberjaya. Mengambil KLIA Transit lebih kurang pukul 4.50 pagi menuju ke KLIA2. Tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 5.15 pagi. Tidak perlu terkejar-kejar kerana kami telahpon membuat web check-in dan tiada bagasi yang perlu didaftarkan. Kami bersarapan pagi di McD terlebih dahulu sebelum masuk ke balai berlepas. Flight kami dijadualkan pada pukul 6.50 pagi.
Balai berlepas Q13 terasa jauhnya, macam berjogging plak di dalam KLIA2 pagi-pagi buta tu. Entah macam mana, kami bertiga merupakan penumpang terakhir yang menaiki pesawat AK542 itu. Pesawat meninggalkan KLIA2 tepat mengikut jadual. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dan kami dijadualkan tiba lebih kurang pukul 7.50 pagi waktu tempatan, 1 jam lewat dari waktu di Malaya.
Kami tiba di Siem Reap, Kemboja mengikut jadual. Pukul 7.50 pagi di Siem Reap sudah terang benderang. First impression, Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap sangat cantik dengan senibina rumah masyarakat tempatan. Kehadiran kami di lapangan terbang itu disambut dengan senyuman Buddha di dalam balai ketibaan. Semua urusan imigresen berjalan lancar kecuali, ade sorang pegawai imigresen tu mintak tip plak. Aku pon macam WTF, kawan aku bagi USD1 tp aku, aku cakap yang aku takde small change (memang aku takde small change pon, takkan nak bagi dia USD10 plak).
Siem Reap International Airport
Keluar dari lapangan terbang itu, kami menunggu pemandu tuk-tuk yang sepatutnya mengambil kami untuk terus ke hotel. Nampaknya, macam takde plak orang yang memegang kad bernama aku. Risau plak aku kalau pihak hotel tu terlupa pasal kami. Beberapa orang pemandu tuk-tuk lain menegur kami. Kami menolak dan masih menaruh harapan pemandu kami akan datang. Akhirnya datang jugak beliau dengan kad tertulis nama 'AFFAI'. Sib baek ade tulis nama hotel, kalau tak, haram aku tak tau itu nama aku.. Hehehe...
Menaiki tuk-tuk merupakan satu pengalaman baru bagi kami. Baru aku tau, seronok rupanya naik tuk-tuk ni. Taklah rasa panas seperti yang dijangkakan. Jalan dari lapangan terbang ke pusat bandar sangat baik. Meleset sungguh tanggapan aku yang menganggap Siem Reap ni merupakan sebuah bandar yang tidak maju. Dan bandarnya juga agak bersih. Sistem jalan raya di sini adalah pemanduan sebelah kiri. Jadi rasa kekok jugaklah pada mulanya walaupon bukan aku yang memandu tuk-tuk itu. Kenderaan atas jalan raya agak banyak tapi semua orang memandu dengan tenang jer, sabar dan saling hormat-menghormati. Tak macam pemandu-pemandu kat Malaysia yang kebanyakkannya macam piggy.
Tiba di hotel penginapan kami, Baphoun Villa kami terus dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik memandangkan tiada tetamu di dalam bilik itu. Villa ini merupakan sebuah rumah lama gaya kolonial, bersih dan lengkap dengan kemudahan asas. Nampak damai dan nyaman jer. Kami booking penginapan kami, deluxe two-bedroom suite, melalui booking.com dengan bayaran USD84 untuk 4 hari 3 malam. Kami berehat sementara sebelum keluar dan jelajah town Siem Reap.
Destinasi pertama kami pada hari pertama di Siem Reap adalah ke Old Market atau di dalam bahasa tempatannya Phsar Chas. Tujuan utama hanya untuk tengok-tengok dahulu apa yang ada di sini, kalau ada yang berkenan akan beli terus. Tapi mengikut perancangan kami, masa untuk membeli belah adalah pada hari terakhir. Hehehe... Seperti pasar-pasar yang lain, banyak barang yang diniagakan di sini dari baju-baju t-shirt, seluar, kain-kain, perhiasan, cenderahati, barang keperluan harian hinggalah ke barang-barang makanan kering dan basah. Kami melalui setiap lorong hinggalah ke pasar basah mereka (bau busuk kat sini, tak macam bau pasar kat Malaya kita). Kami singgah di beberapa kedai sekadar bertanya dan membuat perbandingan harga. Kepala ligat mencongak harga dalam RM. Akhirnya, kawan aku membeli sebuah beg berharga USD20 dan aku membeli 3 helai kroma skaf berharga USD7.
(1) Di atas tuk-tuk dari lapangan terbang ke villa penginapan
(2) - (4) Suasana di Old Market (wajib kunjung)
Destinasi kami seterusnya adalah ke Centre Market yang tidak jauh dari Old Market. Tetapi Centre Market tidaklah seperti yang kami jangkakan. Makanya, kami hanya duduk di sebuah kedai sambil minum air sahaja.
Kami seterusnya meneruskan agenda kami dan destinasi berikutnya adalah ke Cambodian Cultural Village. Bayaran masuk ke Cultural Village ini adalah sebanyk USD15 seorang. Cambodian Cultural Village ini sangat luas dan terbahagi kepada 15 bahagian yang boleh dilawati seperti Millionaire House, Cham Village, Kola Village, Kroeng Village, Floating Village dan macam-macam lagi. Pagi itu kami hanya berjalan-jalan di beberapa village, tak larat rasanya nak pusing satu taman memandangkan taman itu amat luas dan cuaca yang panas. Pagi itu juga hanya terdapat satu pertunjukan sahaja iaitu Khmer Wedding Ceremony di Millionaire House. Meriah nampaknya acara perkahwinan orang-orang Khmer ni, dari jauh dah dengar muziknya. Best sangat..
Cambodian Cultural Village
Memandangkan tiada show lain di masa terdekat dan perut pon sudah memainkan muzik tradisional Khmer, kami bercadang untuk keluar sebentar dari Cultural Village itu (boleh keluar dan masuk semula, hanya tunjuk tiket yang dah dibeli sahaja). Kami minta pemandu tuk-tuk kami untuk hantar kami untuk lunch di tempat makan yang halal, memandangkan sukar nak mencari makanan yang dijamin halal di Kemboja ini. Pemandu kami telah membawa kami ke Muslim Family Kitchen, sebuah restoran milik seorang Muslim Kemboja yang agak popular dikalangan pelancong Malaysia, yang menyediakan masakan tempatan dan antarabangsa. Tengahari itu, menu kami agak mewah, nasi putih berlaukkan Fish in Morning Glory Pond (sedap), telur dadar dan tom yam ayam ala kemboja. Sedap makanan dekat sini cuma kurang pedas jer, kalau ade rasa-rasa pedas mesti lagi sedap. Lunch kami tengahari itu menepati bajet kami, USD20. Sempat juga berbual dengan owner restoran itu Encik Mohd Nor yang sememangnya peramah.
Lunch - Fish in Morning Glory Pond
Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami bergegas balik ke Cambodian Cultural Village untuk show pukul 2.30 petang. Nasib baik sempat sampai ke Mini Theatre untuk show The Immortal Life of Khmer Soul walaupon show telah pun bermula. Dapat front seat lagi, huhu. Tak paham aper yang diceritakan pasal semuanya dalam bahasa Khmer. Salah satu tarian yang menarik perhatian aku adalah tarian Apsara iaitu tarian tradisional masyarkat sini yang telah ditarikan sejak zaman ketamadunan Angkor lagi. Sangat mempersonakan. Rugi kalau tak tengok show ni.
Khmer Wedding Ceremony I
The Immortal Life of Khmer Soul
Show ini berterusan sehingga 40 minit dan selepas tamat kami bergegas ke Millionaire House sekali lagi untuk pertunjukan Khmer Wedding Ceremony II. Pengunjung lain pon nampaknya berlari-lari untuk mendapatkan the best seat in the house. Show bermula lebih kurang pukul 3.30 petang dan majlis perkahwinan yang ditunjukkan agak berlainan dari majlis pagi tadi. Disebabkan semuanya dalam bahasa Khmer, aku menganggap bahawa majlis ini adalah dari suku kaum atau dari daerah yang lain. Pertunjukan ini berlarutan sehingga ke pukul 4.00 petang.
Khmer Wedding Ceremony II
Kemudian kami semua bergerak pula ke Chinese Village untuk menyaksikan persembahan Mixed Chinese Traditional Show. Oleh kerana masyarakat cina tidak asing di Malaysia, makanya persembahan ini biasa-biasa sahaja walaupon ade sedikit kelainan. Pertunjukan seterusnya adalah di Kola Village yang bertajuk Dreamy Prince's Daughter and Magic Peacock. Persembahan ni agak menarik kerana lebih kurang macam tarian dan musik Melayu kat Malaysia sini. Layan je lah.
Mixed Chinese Traditional Show
Dreamy Prince's Daughter and Magic Peacock
Setelah tamat persembahan di Kola Village kami terpaksa keluar memandangkan kami telah berjanji dengan pemandu kami pada pukul 4.30 petang walaupon ketika itu kami keluar pukul 5.30 petang. Terkilan juga tak dapat menyaksikan persembahan berikutnya di Kroeung Village dan Phnorng Village. Lebih kecewa bila tak dapat menyaksikan persembahan The Greatest King Jayavarman 7 yang hanya dipertontonkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Kami terus pulang ke villa selepas itu. Takde buat ape-ape pada malam itu memandangkan badan sudah penat setelah berjaga sejak pukul 3.00 pagi. Kami tidor awal malam itu.
Selamat malam...
... bersambung
4 comments
bestnyer cm x pernah lg sampai ke Kemboja ni,,,nmpknya en affez susun itinerary sendiri yer tak pakai pakej
ReplyDeletebest sgt cik CM. semua itinerary kami susun sendiri ikut suka kami. dapat lah pilih tmpt yang kite suke nak pegi dan dapat luang berapa banyak masa kat situ.
DeleteSetuju, hubby especially prefer pergi dan arrange sendiri. Tak terikat dgn jadual agent. Lebih puas hati. Tp bgantung pd destinasi in aspect of safety concern.
DeleteYeszza... setuju gak
Delete