497 : My Signature Dish



Haha.. Untuk entry kali ini, aku nak memperkenalkan 'Signature Dish' aku yang tidak terkenal. Walaupon terdapat banyak versi cara menyedia dan menghidangkannya, tapi aku suka dengan cara aku dan ada sahabat yang turut suka dengan cara aku menyediakannya. Dia cakap sedap... hehehe... Malah ada jua beberapa orang sahabat laen yang beria2 nak merasa hidangan aku tuh. Harap bersabar ye kawan2, InsyaAllah aku akan buat untuk semua.

Memperkenalkan....


Meggi Kari Dengan Telur

Hidangan yang humble and simple. Sesuai dimakan oleh semua orang tak kira darjat dan keturunan. Di sini saya sertakan resepi untuk Meggi Kari Dengan Telur


Bahan-bahan

2 bungkus Meggi Kari
1 biji telur ayam
air secukupnya


Cara penyediaannya
  1. Jerang air secukupnya. Kalau berlebihan pon tidak mengapa.
  2. Setelah air jerangan mendidih, masukkan maggi. Masukkan maggi sahaja, jangan dimasukkan plastiknya sekali.
  3. Kacaukan maggi itu sehingga kembang dan lembut. Kacau dengan sudu atau garfu. Chopstik pon ok kepada yang pandai guna chopstik. Jangan guna tangan.
  4. Setelah meggi kembang dan lembut, keluarkan sedikit air dari bekas jerangan itu. Ini untuk memastikan hidangan yang telah siap kelak tidak terlalu berkuah dan tidak terlalu kering. Air jerangan yang telah dikeluarkan itu, jangan terus dibuang, boleh dimasukkan semula jika meggi terlalu kering.
  5. Masukkan perencah meggi kemudiannya. Masukkan perencah sahaja, jangan masuk dengan plastik2 nya sekali. Kacau sehingga sebati.
  6. Pecahkan sebiji telur ke atas meggi itu.
  7. Tutupkan bekas jerangan dengan penutupnya. Kalau saya, saya gunakan pinggan sahaja kerana periuk jerangan saya tak ade penutup.
  8. Tutupkan api dapur dan biarkan hidangan itu selama lebih kurang 5 minit untuk memastikan telur masak secukupnya mengikut selera masing2.
  9. Hidangkan sesuka hati anda.

Selamat mencuba.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

9 comments

  1. Pergh.. LAPOOO.. baru lepas makan mee segera gak ni.. baru sampai dari kedah tadi lapo.. tak larat masak makan mee segera dulu.. uhu.. tapi manjer suka tumis dulu ngan bawang .. nyum nyum

    ReplyDelete
  2. Salam anakanda.
    Alhamdulillah, ada signture special. Tak sangka ada resepi lengkap pulak. Kalau anak dan suami tgk entri ni mesti diaorang suka. Pernah rasa jenama Ruski. sedap tau!

    Mula baca tajuk, suspen je.

    ReplyDelete
  3. lapar lapar ni terlior juga huhuhu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum manjer : saya masak simple jer. malas nak tumis2 bawang ke aper. meggi kosong ngan telor jer. janji kenyang perut...

    waalaikumsalam mama ju : hehehe... bg resepi tu utk mama cube. Mee ruski tak pernah plak rasa. skrg ni byk betul dah jenama mee segera dalam pasaran. pilih jer yang suke...

    waalaikumsalam AZ : hehehe... laper ker? cube lah resepi tuh...

    ReplyDelete
  5. salam piz.. dulu time manjer bujang, nak bangun sahur untuk puasa ganti, pernah gak sahur mee segera sebab tgk lauk makan malam mak masak dah abis.. Hee.. Kejap jerk nak ramadhan dah ek piz..

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam manjer : bulan depan jer dah puasa kan.... seronok rasanya

    ReplyDelete
  7. ermm kalo sy punya maggi versi kosong, masuk air, masuk rencah, mendidih, masuk telur then last baru mee, spy mee tak kembang dan telur masak sempurna tak pecah..slmt mcub versi sy k hehe

    ReplyDelete
  8. ermm kalo sy punya maggi versi kosong, masuk air, masuk rencah, mendidih, masuk telur then last baru mee, spy mee tak kembang dan telur masak sempurna tak pecah..slmt mcub versi sy k hehe

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum miss sinomosa : terima kasih atas resepi meggi awak... hehehe

    ReplyDelete