
Jangan korang buat aku jadi macam ni
Yang Sedang Bengang...
Mangsa pertama
Mangsa kedua
Salam Sayang ...
Setelah membaca entry kekanda Mas yang ku sayangi itu, timbul plak idea aku nak menceritakan cerita2 berkisar peperiksaan yang pernah aku tempuhi. Aku ni tidak boleh lah nak dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdik pandai, cume di tahap sederhana sahaja. Tapi aku bersyukur, aku berpeluang menikmati alam persekolahan dari darjah satu hingga ke menara gading. Aku malas, cukup malas kalau nak disuruh mengulangkaji pelajaran. Aku akui perkara itu. Sehingga semasa keputusan SRP keluar, mak dan ayah aku langsung tak menaruh harapan tinggi kepada aku. Bila aku suruh mereka teka aku dapat berapa untuk SRP, dengan confident nyer mereka menjawab, 'FAIL'. Kecik hati aku... Tapi aku memberi tamparan hebat pada mereka (bukan berlaku derhaka tau), aku memperolehi 13 aggreget. Cukup untuk mengembangkan hidung ku. Dan pada malam itu jugalah, mak ngan ayah aku keluar membelikan baju sekolah aku. Hik..hik..hik..Gambar semasa presentation projek kumpulan kursus Enterpreneurship (ETR300). Ini adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah Dune Enterprise. Barisan belakang dari kiri, En. Jalaluddin - Pengarah Pentadbiran dan Sumber Manusia. En. Mior Mohammad Faizal - Pengarah Kewangan. Barisan depan dari kiri, En. Mohd Zahari - Pengarah Operasi, En. Hairolanuar - Pengarah Pemasaran dan aku sendiri - Pengarah Urusan Dune Enterprise. Dalam kursus ETR300 ni, kami dikehendaki menyiapkan satu kertas kerja penubuhan sebuah syarikat perniagaan di mana projek ini memberikan 80% markah. Kami telah menubuhkan syarikat bernama Dune Enterprise yang beroperasi di Sungai Petani, Kedah dan kami adalah sebuah syarikat pengeluaran barangan berasaskan batu seperti tiang roman, tiang larek, meja dan kerusi dan lain-lain secara komersial.
Banyak betul kenangan manis semasa melakukan projek ni. Kami telah keluar melakukan survey ke Kuala Perlis, Alor Setar dan Sungai Petani. Kami telah pergi ke beberapa syarikat seumpamanya di sekitar Kedah dan Perlis untuk mendapatkan maklumat tentang produk yang dikeluarkan. Dalam menjalankan survey itu, sempat jugak kami berjalan-jalan ke beberapa tempat menarik seperti Air Terjun Seri Perigi di Yan Kedah dan Lembah Bujang.
Aku ingat lagi bagaimana kami terpaksa berjaga sehingga pukul 5.00 pagi untuk menyiapkan bahagian kewangan yang akan dibentangkan keesokan pagi nya. Dan akhirnya kami dapat juga menyiapkan projek itu. Proses pembentangan juga dapat kami lalui dengan jayanya. Untuk kursus ni aku hanya memperolehi markah B.

Mesra betul kami ketika itu ...
Ini gambar masa jamuan raya kelas. Kalau dilihat pada tarikhnya, aku rasa masa tuh aku dalam Semester 4. Semua bawak kuih raya masing-masing. Kami buat di Tasik Elham, tasik yang tersohor di ITM Perlis. Kelas aku adalah DIB4C (Kelas C).
Salam Kerinduan ...
Tak tau lah aper perasaan kite bila berada dalam keadaan ini. Rasanya jantung macam nak terkeluar dari badan, peluh melimpah, jangan cakap ler, klu kite pegang batu pon bisa pecah. Tak sempat nak bertaubat dah rasanya. Alhamdulillah, selama aku naik kapalterbang ni, belum pernah berlaku perkara2 yang tidak diingini. Cuma bergegar2 kat atas sane tu perkara biasa, klu dalam bahasa FA, langgar batu.
Oklah, yang mana satu idaman kalbu. Memula dulu aku minat sgt pada ....
PROTON PESONA
Pastu cinta ku mula beralih arah, aku mula menjeling-jeling pada ....TOYOTA VIOS
HONDA CITY
Jadi, yang mana satu idaman hati???
Salam Sayang ...
(1) Aku dan teman-teman sepejabat
(2) Sebelum amik makanan sempat nak berposing ngan mangkuk polisterin
(1) Kak Ruby, "Jemput makan semua, akak tengah diet ni sebenarnya"
(2) Kak SO, "Nah2.. tambah nasik, tak payah le korang diet hari ni.."
(1) Kak Pora, "Rosak diet aku hari ni, aper le korang order makanan yg sedap2 ni"
(2) Kak SO, "Pulun jer.. aku bukannya diet pon, depa yg diet.."
Sebahagian kakitangan sedang menjamu selera
Sebahagian lagi kakitangan sedang menjamu selera
(1) Aku tak makan aper2 pon hari tu, tak selera lah...
(2) Kakak2 ni klu bab makan memang selera jer..
Lepas habis makan, kite lepak2 dulu, kasi makanan turun, pastu kite makan lagi...
Alhamdulillah, hari ini kami menanti kehadiran seorang ahli baru keluarga kami. Seorang bayi perempuan menambah seorang lagi warga wanita dalam keluarga kami. Sekarang ni, aku dah ada 5 orang anak buah perempuan, tambah seorang lagi jadi 6 orang. Yang lelaki plak hanya 2 orang jer. Ape2 pun, kite bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Semoga ibu dan anak yang bakal dilahirkan diberkati Allah swt.Salam Sayang ...









