44th ENTRY

Kisah-kisah minggu lepas 1 - Makan Free

Minggu lepas rezeki aku murah betul. 2 hari dapat makan tengahari free. First, 2/12, ade drug company datang buat talk pasal 'lower back pain' and introduce ubat untuk masalah kesakitan belakang. Dah lama rasanya takde drug company yang datang buat talk. Macam biasa lah, kalau ade talk macam ni, akan ade makan free sumbangan drug company tuh disamping dapat lain-lain free gifts. Kali ni dapat beg untuk isi toileteris. Makan plak, nasi beriani, kari kambing, ayam goreng berempah, dalca dan acar rampai. Wah2... sedap2..

Makan free kali kedua plak, 4/12, ade orang belanja KFC sempena birthday mereka. Terima kasih semua kerana membelanja kami.


Kisah-kisah minggu lepas 2 - Ape Punye Boss

Hari jumaat lepas ade perjumpaan VC baru dengan kakitangan kumpulan sokongan. Si 'Boss' ni sibuk suruh semua kakitangan pergi. Pagi khamis tu dia datang jumpa aku, dia bagitau semua kakitangan boleh pergi, opis tak perlu tutup.

Aku tanya dia, klu opis tak tutup saper nak handle patients?

Dia jawab, doktor boleh handle patients, opis tak perlu tutup sebab nanti student akan complaint.

Aku tanya lagi, siapa nak registerkan patients?

Si 'Boss' ni jawab, dia akan duduk kaunter pendaftaran, suruh patient isi borang dan kepilkan sahaja dengan kertas klinikal, tak perlu cari fail dan tak perlu registerkan dalam system.

Aku yang confuse ni terus bertanya, farmasi siapa nak bagi ubat?

Si 'Boss' menjawab, let the patients sit there, bila dah takde patient lain I akan pergi ke farmasi dan bagi ubat.

Aku tak puas hati, aku terus bagi tahu dia, kalau u buat macam ni pon student boleh complaint. Better close the office and ask patients to go to PPUM. Kalau student complaint, kita boleh jawab yang pagi tu semua kakitangan pergi ke perjumpaan dengan VC.

Si 'Boss' bingung. Bersungguh dia nak semua pergi tapi opis tak tutup, still nak entertain patients.

Then aku offer dia satu lagi cadangan, sebahagian staf saje yang pergi, sebahagian lagi stay dan bertugas di ofis.

Si 'Boss' still bingung. Tapi nanti bila VC nampak tak ramai yang pergi, VC akan complaint.

Aku yg dah sakit hati masa tu terus cakap, we can said that, we are a critical services, we cannot close the service.

Si 'Boss' bertambah bingung dan terus blah.

Tak paham sungguh aku dengan 'Boss' ni. Bagi aku ini perkara kecil jer, tapi dia yang buat bende ni macam masalah besar. Aper yang dia takut sangat dengan komplen student. Biarlah dia nak komplen, kalau kita alasan yang kukuh, buat aper nak takut dengan komplen. Klu ade komplen pon bukan ko yang handle... aku jugak... semua aku, yang ko tau, En. Hafiz, sila urus...

Benda ni masih tak settle. Aku terus jumpa dengan Sister, aku cerita kat dia. Aku tak tau aper yg dia buat, 5 minit lepas tuh, dia datang jumpe aku, haa... hafiz, u nak kasi siapa pergi esok?

You Might Also Like

0 comments