05 November 2019

896 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 4) : Pengalaman Memakai Hanbok di Gyeongbokgung Sambil Makan Bulgogi

Episod sebelumnya (Episod 3)

5 Oktober 2019 (Sabtu)

Hari ketiga kami di bumi Seoul. Hari ini pengembaraan kami diteruskan di sekitar Seoul. Cuaca pagi itu baik, matahari bersinar tetapi tidak panas seperti di Malaysia. Walaupon sekarang ni dah masuk musim luruh, tetapi pokok-pokoknya masih hijau. Cuma sedikit sahaja yang nampaknya sudah mula menguning. Tak dapat nak fefeeling Autumn in My Heart.

Pokok-pokok yang masih belum menguning sepenuhnya. 
Kalau datang dua minggu lagi, katanya dedaunan sudah mula gugur.

Kami menaiki Seoul Metro dari Sookmyung Women's University Station ke Gyeongbokgung Station. Hari ini kami akan melawat istana-istana di Seoul dan Istana Gyeongbokgung adalah yang paling terkenal. Dari Gyeongbokgung Station, sila ikut Exit 5 dan exit ini akan terus membawa kita ke istana tersebut. Bayaran masuk ke kompleks istana tersebut adalah sebanyak KRW3,000 seorang. Katanya, kalau pakai hanbok atau pakaian tradisi masyarakan Korea, tiada bayaran masuk yang dikenakan. Tapi tak pasti pulak, sebab kami tak pakai hanbok. Segan plak kite nak pakai hanbok itu. Tapi ramai jer orang yang pakai, takde la nak segan kalau kite pon pakai. Lagi pon, tak pakai pon aku dah Korean look. Ehemm...

Di Exit 5, Gyeongbokgung Station. Di sini pon dah 
macam sebuah galeri. Cantik stesen ni.

Sebahagian daripada geng hanbook di Gyeongbokgung Palace. 
Kalau pakai hanbok, dapat masuk secara percuma, 
tapi hanbok tu kene sewa la yer, bukan free.

Mengambil peluang bergambar dengan geng hanbok. 
Sib baek geng hanbok semua sporting.

Kompleks Istana Gyeongbokgung ini sangat besar dan banyak kawasan-kawasan yang boleh di lawati. Kami pon rasa tak dapat melawat semuanya kerana ada agenda dan tempat-tempat lain yang ingin dilawati. Tak tau apa nak cerita, biar gambar yang berbicara.


Pintu gerbang istana

Tiket masuk ke Gyeongbokgung Palace, KRW3,000 seorang tak kira orang tempatan 
atau pelancong asing. Boleh beli secara manual di kaunter atau di mesin layan diri. Kami beli
di kaunter manual, pasal barisannya lebih cepat.


Pengawal-pengawal istana. Hensem misai diaorg.

Ambil peluang bergambar dengan pengawal istana.
Besar dan tegap badan diaorang. Aku yang besar ni pon, lebih kecil dari mereka.

Pintu masuk ke istana utama

Istana utama yang menempatkan balai rong seri. 
Rakyat bole mengadap raja di sini. Tapi raja cuti plak hari tu.


Balai Rong Seri istana


 
 Sebahagian dari binaan yang terdapat di dalam kompleks istana ni. 
Tak pastu plak apa nama dan fungsinye.





Aktiviti bergambar di sekitar kawasan istana. 
Banyak tempat yang cantik untuk mengambil gambar. 
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar yer..
(waktu orang nak amik gambar, waktu tu la dia nak tolak stroller itu)

Waktu orang nak amik gambar waktu tu la 
diaorg ni nak lalu...

Berteduh dari hujan petang itu. Nasib baik tak lebat dan tak lama.

Cenderahati yang dibeli di sebuah souvenir shop di Gyeongbokgung.
Muzik box berbentuk rumah hanok itu untuk diri sendiri dan pensel
dengan tulisan hangul tu untuk orang yang tersayang di Tanah Melayu

Kami berhenti rehat di National Folk Museum of Korea. Perut sudah merasa lapar kerana sedari tengahari tidak makan apa-apa. Di dalam kawasan istana ni hanya ada cafe-cafe kecil sahaja. Makanya, kami masuk ke dalam sebuah cafe di muzium itu dan membeli air kosong panas. Bila nak bayar, pekerja tu cakap, tak perlu bayar. Wah... terima kasih kepada pekerja itu. Kami duduk di bangku yang disediakan di bawah pokok, buka beg dan keluarkan bubur ayam segera Knorr's. Bancuh dengan air panas tadi dan makan bersama-sama. Cukuplah untuk alas perut sementara menunggu malam nanti. Tapi, makan apa malam nanti?

Lepak-lepak bawah pokok sambil menikmati bubur segera 
untuk makan tengahari kami petang itu


 Permandangan sekitar National Folk Museum of Korea. Nak masuk muzium ni
kene bayar. Sekitar kawasan luar muzium ni pon banyak tempat menarik.

Kami meninggalkan kawasan istana itu lebih kurang pukul 5.00 petang untuk ke destinasi seterusnya. Mengikut Google Map, dia suruh naik bas, dan kami pon naik la bas berwarna hijau itu. Tengok-tengok takde lah jauh mana pon. Jalan kaki pon bole sampai. Maka rugilah beberapa ratus KRW di situ. Dari sini juga kami agak hilang arah untuk ke Bukchon Hanok Village. Jalan-jalan tak sampai, jalan-jalan lagi sampai ke mane ntah. Walau bagaimanapun, di dalam kesesatan itu, kami sempat singgah di beberapa buah kedai menjual cenderahati dan menghabiskan beberapa ribu KRW di situ. Dan kawasan itu memang agak sesuai untuk berjalan-jalan walaupon kite tengah sesat.



Jalan-jalan mencari arah ke Bukchon Hanok Village. 
Walau pun sesat, tapi kami tetap enjoy


 Rasa-rasanya kami dah berada di jalan yang benar.

Pintu-pintu rumah di sekitar Bukchon Hanok Village semuanya macam ni

Akhirnya, entah macam mana, sampai juga kami ke tempat yang dituju. Bukchon Hanok Village ini adalah sebuah perkampungan berumah tradisioanl Korea di Seoul yang masih lagi berpenghuni. Oleh yang demikian, tidak digalakkan untuk membuat bising dan masuk ke rumah-rumah tersebut tanpa kebenaran. Kira macam Kampung Baru lah kalau kat KL ni, tapi di Kampung Baru tu, rumah-rumahnya tak tradisional. Takde apa lah sangat kat sini, cuma permandangan kampung dengan rumah-rumah tradisionalnye sahaja. Bahagian komersialnya kat bawah tu agak best jugak lah untuk membeli belah tingkap.


Dah sampai tempat yang dituju. Hari pon dah mula gelap.
Jangan buat bising ya di sini.

Bergambar depan rumah orang. Harap tuan rumah tak marah

Lokasi yang ikonik untuk bergambar di Bukchon. 
Kat sini pon ramai geng hanbook

Aku pon tak mahu ketinggalan untuk bergambar di tempat ini.
Datang jauh-jauh takkan taknak bergambar sebagai kenangan kan
Punyalah ramai depan aku tu sebenarnya, terasa macam model plak rasa

Kami mengGoogle Map tempat makan halal berhampiran dan Google Map mengarahkan kami ke Halal Kitchen, tidak jauh dari situ. Dan sekali lagi, si Google Map ni suruh naik bas (vongok). Menggunakan akal fikiran yang dikurniakan, kami berjaya juga ke Halal Kitchen tersebut tanpa kesesatan. Restoran kecil berkonsepkan rumah hanok (rumah tradisional Korea) nampak peaceful jer. Dari luar nampak macam penuh, maka kami tunggu lah di luar memandangkan tetamu di dalam sudahpun habis makan dan akan beredar. Kemudian kami dijemput untuk masuk ke bahagian belakang restoran yang rupa-rupanya ada lagi meja yang kosong.

Laluan menuju ke Halal KItchen, Seoul. 
Kene mendaki tangga ni dahulu sebelum sampai ke restoren.

Di hadapan Halal Kitchen Seoul. Tengah kebuluran ni.
Tak sabar nak makan. Sib baek ade nasik.

Menu Halal Kitchen

Tuan punya restoran memperkenalkan diri sebagai Encik Hassan. Rupa-rupanyanya Encik Hassan ni merupakan seorang oppa yang fofular dikalangan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Seoul ni dan restorannya juga menjadi kunjungan utama rakyat marhein Malaysia untuk merasa masakan Korea. Untuk malam itu kami telah memilih set makan malam berupa Bulgogi dan Samyetang. Sebelum ke Korea ni, aku tak tahu pon rupe Bulgogi dan Samyetang ni, makan pon tak pernah (pernah la beberapa kali makan di restoran Korea di Malaysia, tapi aku tak tau apa yang aku makan). Kat sini adalah kali pertama aku merasa kedua-dua makanan Korea ni. Bulgogi dan Samyetang ini disediakan fresh di hadapan kami oleh tuan punya restoran sendiri. Sambil menyediakan juadah-juadah itu, beliau turut memberi penerangan mengenai juadah-juadah itu. Dan Bulgogi dan Samyetang ini sangat sedap. The best Bulgogi and Samyetang I ever taste (memang le pasal first time rasa). Definitely akan kembali ke restoran ini jika ada rezeki ke Seoul lagi, InsyaAllah. Set menu makan malam kami malam itu berharga KRW77,000 kalau ditukarkan kepada RM, ia menjadi hampir RM300.00. Boleh dimakan sehingga enam orang, tapi kami makan seramai empat orang sahaja sampai licin tanpa dapat dikesan ape yang dimakan. Sib baek tulang ayam tak bole makan, kalau tak sure licin gak.

Bulgogi. Siap ada bahan-bahan tambah lagi tu. 
Licin semua dimakan oleh kami yang sememangnye sedang kebuluran

Bulgogi. Sedap giler... Nak lagi jer rasanya, 
tak cukup makan malam tu. Hehehe

Samyetang. Seksi ayam dia... hehehe.. Ada sebatang Korean Ginseng
yang berumur 4 tahun  di dalamnya menurut tuan punya kedai,
Aku gigit sikit ginseng tu, tapi tak tertelan, Geng lain selamba je makan.
Ada buah kurma Korea juga di dalamnya.

Bulgogi itu juga turut mengingatkan aku kepada Beef Climbing Mountain yang pernah aku rasa semasa di Siem Reap tempoh hari. Sama-sama sedap...

Seoul's Bulgogi vs. Siem Reap's Beef Climbing Mountain

Kami meninggalkan Halal Kitchen dengan seribu satu pujian. Malam semakin sejuk. Aku yang sedari pagi tadi hanya memakai t-shirt, terpaksa mengeluarkan jacket untuk melindungi diri dari suhu sejuk. Memula aku berlagak kuat, tak nak pakai jacket, tapi akhirnya aku tewas juga dengan kesejukan itu. Geng lain siap gelakkan aku.

Sejuk sangat dah malam tu. 
Sib baek ada bawak baju sejuk.

Tujuan kami seterusnya adalah untuk ke Namdaemun Market. Kami menaiki bas berwarna hijau itu lagi untuk ke Seoul Station. Kami turun di sebuah bus stop di tepi jalan dan tercari-cari arah ke Namdaemun Market. Seperti biasa, Google Map tidak memberikan kerjasama seperti yang diharapkan. Dengan susah payah, berpandukan peta di Google Map itu, kami mencari jalan untuk ke Namdaemun Market itu. Sesampai sahaja di tempat yang dituju, kawasan itu tidak seperti yang diharapkan, happening dengan aktiviti jual beli, tetapi senyap sunyi seperti dilanggar geroda. Kami pon husnuzon sahaja mengatakan hari itu market itu tutup. 

Kecewa kerana Namdaenum Market tutup, kami pon menuju ke Myongdong untuk aktiviti shopping lagi. Habis beberapa puluh ribu KRW. Huh...


10 comments:

  1. semoga ada rezeki nak ke korea selatan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukur masa berkualiti bersama keluarga, jalan2 cari makan luar negara ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setahun sekali je dpt pi jalan2 mcm ni

      Delete
  3. Wah! dah sampai kat istana Gyeongbokgung dah.
    Tumpang excited tengok kengkawan blogger pi bercuti.
    Mrs. A tengok dalam drama Korea jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. mane puas tengok jer, kene pi la cari pengalaman sekali sekala

      Delete
  4. bestnya dapat jalan korea. wishlist ni. mungkin boleh dijadikan rujukan blog ni nanti. nice pose bergambar hehe

    ReplyDelete
  5. Dah lama teringin nak pergi sini tapi tulah, entah bila akan tercapai impian tu hehe. Nice sharing nanti boleh la rujuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkah pertama kene booking tiket dulu bro, lepas tu mesti kite akan berusaha utk memastikan kita pergi.. klu tak rugi jer tiket tu...

      Delete