30 October 2019

895 : Catatan Perjalanan - Seoul, Korea Selatan (Episod 3) : Dari Haneul Park ke Myongdong


4 Oktober 2019 (Jumaat)

Hari kedua kami di bumi Seoul. Pagi tu cuaca sangat baik. Matahari cerah, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Aku memakai sepasang t-shirt baru yang dibeli khas untuk trip ke Korea ni. Walau bagaimanapun, pakaian sejuk tetap di bawa sebagai persediaan kalau-kalau suhu jatuh pada malam hari. Sebelum kami memula perjalanan untuk hari itu, kami bersarapan dahulu di rumah dengan hidangan nasi goreng bodoh tapi sedap. Dimasak dengan penuh kasih dan sayang oleh anggota wanita kumpulan kami, pasal tu la sedap walaupon bodoh.

Kami menggunakan perkhidmatan Seoul Metro dari Stesen Sookmyung Women's University ke destinasi kami yang pertama untuk hari itu ke Stesen World Cup Stadium. Dari Stesen World Cup Stadium kami akan berjalan kaki pula ke Haneul Park. Disebabkan oleh Google Map yang langsung tidak memberikan kerjasama (asik suruh naek bas jer walaupon dekat), kami agak hilang arah pagi itu di World Cup Stadium. Merujuk kepada peta di Google Map itu, akhirnya kami berjaya juga sampai di Haneul Park, lebih kurang 20 minit berjalan kaki dari World Cup Stadium.

Keluar saje dari World Cup Stadium Station, 
tersergam World Cup Stadium Seoul

 Permandangan sekitar World Cup Stadium, Seoul


 Permandangan Haneul Park dari kejauhan. 
Daun-daun masih belum lagi menguning

Dari kawasan meletak kenderaan di situ kami menaiki bas buggy untuk ke atas. Boleh sahaja kalau nak berjalan kaki, kalau larat. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak KRW3,000 seorang untuk perjalanan pergi balik dan perjalanan ke atas lebih kurang 5 minit sahaja. Nasib baiklah kami naik buggy tu, kalau tak, esok baru sampai atas agaknye, ahaks. Dari atas, kita boleh tengok permandangan sebahagian Bandar Seoul. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk taman ini.

Perkhidmatan buggy untuk ke Haneul Park




Bunga-bungaan sekitar Haneul Park


 Permandangan sebahagian bandaraya Seoul dari Haneul Park 

Kemudian kami bergerak ke bahagian lain taman itu dan membawa kami ke kawasan Silver Grass. Tak tahu nak discribe macam mana, tengok gambar jer lah. Katanya, masa ini bunga grass itu belum kembang sepenuhnya. Kalau sudah kembang sepenuhnya, kawasan itu nampak seperti warna silver.





Permandangan sekitar kawasan Silver Grass. Kalau bunga rumput ni 
dah mengembang, mesti lagi cantik kawasan ni.

Kemudian kami berjalan lagi sehinggalah kami sampai ke kawasan Pink Muhly Grass pula. Layan gambar untuk tahu ape itu Pink Muhly Grass. Semasa kami di sini, pekerja-pekerja taman sedang memasang penghadang kerana terdapat beberapa bahagian Muhly Grass itu yang telah dirosakkan pengunjung.


Taman Pink Muhly Grass dari kejauhan



Cantik kawasan ni. Fefeeling romentik gitu


Sebuah lagi taman. Tak yau pulak taman ape ni.

Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami menaiki buggy semula untuk turun ke bawah. Destinasi kami seterusnya adalah ke Itaewon. Mengikut plan asalnya, kami akan menaiki metro dari Stesen World Cup Stadium ke Stesen Itaewon. Memandangkan semua malas nak berjalan kaki ke Stesen World Cup Stadium itu semula, kami decided untuk menaiki bas sahaja. Kami naik bas berhampiran kawasan pakir Haneul Park itu sehingga ke Itaewon, lebih kurang 1 jam perjalanan.

Di dalam bas menuju ke Itaewon. Sistem pengangkutan 
bas di sini sangat efisyen. Jalan pon tak jem walaupon waktu puncak

Sampai di sebuah bus stop di kawasan Itaewon itu yang aku lupa namanya, kami turun dan mencari-cari arah ke Seoul Central Mosque untuk bersembahyang Jumaat. Teringin pulak nak merasa solat Jumaat di Korea. Setelah hilang arah di kawasan yang dipenuhi dengan pub-pub dan gay bar, kami bertanyakan arah dari sekumpulan gadis (gadis Melayu kite kalau tak silap pandang) dan kami dihalakan ke arah yang benar. Dari kejauhan kedengaran ayat-ayat suci Al-Quran sedang dibacakan dan masyarakat Muslim sedang berbondong-bondong menuju ke masjid itu. Kami yang Muslimin akan mengerjakan Solat Jumaat dan yang Muslimah pula menjalankan aktiviti bebas di kawasan berhampiran.

Masjid Besar Seoul

Sembahyang di luar sahaja. Nak masuk ke dalam, 
dah penuh dengan jemaah 

Masjid itu terletak di kawasan yang agak tinggi dan sukar dilihat dari arah kami datang. Setibanya kami, jemaah telah ramai dan kami mendapat tempat untuk solat di pintu masuk hadapan bahagian luar. Nasib baiklah cuaca agak sejuk, makanya tidaklah berpeluh duduk diluar itu. Khutbah berbahasa Inggeris dibacakan dan doa berbahasa Korea (tapi slang Arab) diaminkan. Selesai solat, bertebaranlah kamu di muka bumi ini mecari rezeki.

Setelah kaum Muslimin disatukan kembali dengan kaum Muslimah, kami decided untuk makan tengahari di kawasan itu juga. Kami telah singgah di sebuah restoran Arab/India tetapi ada menyediakan masakan Korea, Zafran Restaurant. Banyak lagi restoran makanan Halal di kawasan ini, kalau mahu boleh lah cuba semuanya. Kaum Muslimah telah memilih masakan Korea manakala kaum Muslimin pula memilih masakan India, makan roti nan bersama dengan ayam tika masala dan kari ayam. Ayam tika masala dan kari ayamnya datang bersama dengan  semangkuk nasi, maka tak perlulah roti nan itu sebenarnya. Ayam tika masala nye memang pure rempah dari India, sedap bagi aku yang memang sukakan kari dan yang seumpama dengannya. Masakan Koreanya pula dilaporkan tidak berapa nak authentic, mungkin kerana di masak oleh orang Arab atau India, macam tiada keKoreaannya. Walaupon makan makanan Arab, kimchi tetap dihidangkan bersama. Pandai-pandailah makan roti naan dengan kimchi ye. Tak berapa nak ingat harganya berapa, dua roti naan bersama dengan kari-karinya lebih kurang KRW25,000 dan dua hidangan Korea pon lebih kurang begitulah harganya.

Makan tengahari kami pada hari itu di Zafran Restaurant, Itaewon

Walaupon makan di kedai Arab, kimchi tetap dihidangkan. 
Maaf, saya tak gemar kimchi.

Selesai makan kami bergegas untuk ke destinasi berikutnya iaitu ke NSeoul Tower atau Namsan Seoul Tower. Dari sebuah bus stop di kawasan Itaewon yang aku tak ingat namanya, kami telah menaiki bas bernombor 03 dan bas ini akan terus ke NSeoul Tower. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dan kita akan sampai betul-betul di kaki NSeoul Tower. Kemudian kene mendaki sedikit sebelum sampai ke pintu masuknya. Tiket masuk ke NSeoul Tower telah kami beli melalui klook di Malaysia berharga RM38.00. Sebelum naik ke Observation Deck, kami masuk dahulu ke Hello Kitty Island kerana tiket masuk kami termasuk juga dengan tiket masuk ke Hello Kitty Island ini. Boleh sahaja kalau tak nak masuk ke Hello KItty Island tu, tiket untuk ke Observation Deck sahaja berharga RM20.00 di klook.

Laluan ke Namsan Tower yang kami lalui. Bukan laluan orang seperti kami rupanya. 
Hehehe... maaf ye, tak perasan plak.


Permandangan di sekitar kaki Namsan Tower 

Namsan Tower atau NSeoul Tower

Hello Kitty Island ni macam rumah Hello Kitty lah, siap dengan dapur Hello Kitty, Dining Room Hello Kitty, Living Room Hello Kitty dan juga Bedroon Hello Kitty. Semuanya berasaskan Hello Kitty. Dan baru aku tahu rupe-rupenye nama Hello Kitty ni adalah KItty White. Siap ada bapa Kitty, mak Kitty dan adik beradiknya sekali. Sungguh informative, wajib singgah ye. Selesai belajar mengenai Hello Kitty itu, kami singgah sebentar di souvenir shop Hello Kitty. Di sini aku terbeli set 5 batang pensel Hello Kitty berharga KRW7,000. Sebab aku ni peminat pensil, maka aku belilah satu untuk aku.

Keluarga Hello Kitty. Baru aku tau Kitty ni ade family.. hehehe




Permandangan di dalam  Hello Kitty Island


Meninggalkan kenangan di Hello Kitty Island. Sila cari ye, 
kalau jumpa sila claim hadiah dari saya. Heheheh....

Cenderahati yang di beli di Hello Kitty Island untuk diri sendiri

Selepas menghabiskan beberapa KRW di souvenir shop itu, kami terus ke observation deck NSeoul Tower. Sebelum sampai ke lift menuju tingkat 5F menara itu, kita terpaksa untuk melalui kawasan Inside Seoul. Inside Seoul is the immersive media art exhibition, centred around the NSeoul Tower structure, over 40 laser projectors present surreal reinterpretation of Seoul via 5-dimensional mapping (copied from NSeoul Tower website, tak pandai nak translate). Di dalam lift pon ada media art presentation yang agak menarik. Untuk sampai ke atas, aku rasa adalah dalam 30 saat sahaja.


Permandangan di dalam Inside Seoul. Bole pening kepala kalau lama-lama dalam ni.

Dari tingkat 5F menara itu, kita dapat melihat permandangan 360 darjah bandaraya Seoul. Di Observation Deck ini juga terdapat kedai menjual cenderahati dan cafe. Di kedai cenderahati itu, aku sempat membeli sebuah fridge magnet berharga KRW6,000 (kalau tak silap akulah). Selepas beberapa ketika di atas sana, kami turun semula ke bawah, berehat sebentar dan meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya.



Permandangan bandaraya Seoul dari atas Namsan Tower. 
Cantik permandangannya

Masa kat Seoul, rindu pulak kat Malaysia


Tandas di Namsan Tower. Toilet with a view. 
Tandas perempuan aku tak tau la camne.


Permandangan di kawasan bawah Namsan Tower. 
Kami lepak-lepak di bawah ni sambil makan bekalan biskut yang 
dibawa dengan kopi Starbuck yang beli dari convenience shop berhampiran

Over ko makcik ni... Hahaha... Ape-ape pon, steady lah makcik

Dari hentian bas di kaki NSeoul Tower itu, kami menaiki bas bernombor 05 untuk ke Namsangol Hanok Village. Kami sepatutnya turun di bus stop Teogyero 3 ga-Hanok Village, tetapi kami pon tak tahu kami turun di bus stop mana, sebab macam banyak pulak bus stop bernama Teogyero itu. Walau bagaimanapun kami berjaya sampai ke Namsangol Hanok Village selepas mengalami sedikit kesesatan. Ketika kami sampai, hari sudah mulai gelap.


Pintu masuk ke Namsangol Hanok Village

Namsangol Hanok Village ini merupakan sebuah muzium terbuka yang mempamerkan rumah-rumah dan gaya hidup masyarakat Korea pada zaman-zaman dahulu. Tiada apa-apa aktiviti dijalankan semasa kami di sana, mungkin kerana hari sudah malam. Walau bagaimanapun, pengunjung tetap ramai. Kalau datang siang mungkin lebih meriah. Masuk adalah percuma.





Suasana di Namsangol Hanok Village malam itu. 

Setelah puas menerokai Namsangol Hanok Village itu, kami bersedia untuk ke destinasi kami yang terakhir kami pada hari itu iaitu ke Myongdong. Sebelum menaiki bas ke Myongdong, kami singgah di sebuah cafe untuk minum kopi dan berehat. Harga kopi di sini rata-rata berharga antara KRW4,000 hingga ke KRW5,000. Nasib baik ada orang nak belanja, hehehe. Terima kasih kepada yang sudi belanja pada malam itu.


Berehat sebentar sambil menikmati kopi di Caffe On The Plan.

Berpandukan Google Map, kami menaiki bas untuk ke Myongdong (walaupon stesen metro dekat jer, tak nampak plak). Selepas beberapa ketika, kami rasakan bahawa bas tersebut tidak melalui laluan untuk ke Myongdong, tersalah naik bas rupanya kami. Kami turun dan berpandukan Google Map kami menaiki bas lain. Rupa-rupanya kami naik bas yang betul cuma tersalah laluan, sepatutnya kami naik bas di bus stop seberang jalan sana. Hehehe... Akhirnya sampai juga kami di Myongdong.

Seperti yang didengari sebelum ini, Myongdong memang happening pada waktu malam. Orang jangan kata lah, memang ramai, orang tempatan mahupon orang asing. Geng wanita segera memasuki Nature Republic sebab ada Sales 50% ketika itu. Aku masuk juga, memandangkan aku ni seorang oppa yang tidak mementingkan kecantikan diri (pasal aku dah naturally hensem), dan tak tau pasal apa nak tengok dan beli, aku keluar dan lepak sahaja di luar untuk people watching.

Kemeriahan malam hari di Myongdong. Shopping heaven kepada 
yang suke shopping. Kedai-kedai kecantikan banyak kat sini. 
Street food pon banyak 

Selepas geng wanita keluar, kami menyusuri jalan dan masuk ke Innesfree pulak. Disebabkan aku takde mende nak cari kat Innesfree itu, aku jalan sorang-sorang dan masuk ke kedai-kedai yang aku rasa menarik. Berminat juga kepada beberapa barangan di situ, tapi tak beli lagi, esok lusa mesti akan datang ke sini lagi dan baru beli time itu.

Selepas geng wanita menghabiskan beberapa ribu KRW di Myongdong, kami berangkat pulang dengan harapan akan datang semula ke sana sebab banyak lagi kedai yang tak explore...