29 September 2014

708 : Cinta Pantai Merdeka (Episod 2) - Jauh Pandangan Permai, Di Situ Tanjung Dawai

... sambungnnya

Seawal pukul 6.30 pagi, kebanyakkan dari kami telah bangkit dari tidor. Sejuk terasa malam semalam kerana hujan turun sepanjang malam. Semua yang bangkit awal itu semata-mata untuk melihat permandangan pagi di Pantai Merdeka. Memang cantik permandangan matahari terbit yang dihidangkan betul-betul di muka pintu homestay kami. 

Permandanan pagi di Pantai Merdeka dari muka pintu homestay

Pagi itu sebahagian dari kami telah pergi ke pasar pagi berdekatan untuk mencari sarapan pagi dan sekadar berjalan-jalan melihat tempat orang. Pagi itu kami telah bersarapan roti canai sahaja memandangkan itu saja yang didapat di kawasan pasar itu. Mungkin itu kawasan kampung maka tidak banyak jenis sarapan yang dijual. Orang kampung buat sarapan sendiri di rumah, tak beli di gerai kot.

Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami check-out dan menuju ke Pantai Merdeka untuk menaiki bot ke Tanjung Dawai. Itu adalah mod transpotasi paling cepat untuk ke Tanjung Dawai dan dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka. Bayaran RM2 seorang dikenakan untuk perkhidmatan ini. Perjalanan tidak sampai 5 minit pon dengan bot laju. Keadaan laut yang bergelora membuatkan kami teruja menaiki bot tersebut.

Permandangan Pantai Merdeka

Tanjung Dawai adalah sebuah pekan kecil yang terkenal dengan hasil lautnya seperti ikan masin, sotong kering, keropok dan sebagainya. Kami telah makan tengahari di sebuah kedai makan di sana. Agak popular kedai itu memandangkan semasa kami datang ia penuh dengan pengunjung sampai kami terpaksa menunggu untuk mendapatkan meja. Menu utama di sini adalah ikan bakar. Ada juga nampak udang bakar dan belangkas. Kami cuma amik ikan bakar - siakap, kembung dan pari dan beberapa lauk kampung yang lain. Udang semasa itu telah kehabisan stok. Sob.. sob.. sob

Permandangan Tanjung Dawai

Selesai menjamu selera makan tengahari, kami terus ke tempat kedai-kedai yang menjual hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis, sotong kering dan semua yang kering-kering. Aku sekadar membeli-belah tingkap sahaja, tak berhasrat untuk beli ape-ape, sebab kalau beli pon takde saper nak masak dan nak memakannya nanti. Dalam pukul 4.00 petang kami menaiki bot semula balik ke Pantai Merdeka.

Kami menghabiskan masa petang itu dengan bersantai di tepi pantai. Ada yang memancing dan ada yang sekadar melepak-lepak. Masa terasa lambat bergerak di sini, dah terasa lama duduk di sana tetapi jam masih menunjukkan baru pukul 5.00 petang. Bila tekak terasa kering, kami singgah di sebuah gerai penjaja di situ dan pekena ABC dan Laksa Kedah.

ABC Special Kedai Ali Manap, Pantai Merdeka

... bersambung

2 comments:

  1. Lama sungguh dah tak ke Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seumur hidup saya, ni kali kedua ke Tanjung Dawai kali pertama ke Pantai Merdeka... huhu

      Delete