20 November 2013

663 : Walimatulurus (Episod 2)

16 November 2013 aku ke Kulim, Kedah untuk memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan seorang teman sepejabat. Kami pergi beramai-ramai menyewa sebuah bas. Kami bertolak dari UM lebih kurang pukul 8.00 pagi dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 2.30 petang. Terasa begitu jauh perjalanan kami hari itu. Sesampai saja di majlis, sang mempelai sedang menikmati hidangan. Kami dijemput masuk dahulu ke dalam rumah untuk menunggu si pengantin. Selesai pengantin bersantap, kami pon 'beramas mesra' dengan kedua mempelai. Setelah bersalaman serba sedikit, kami pon terus ke khemah jamuan. Dah pukul 2.30 petang, perut pon sudah berasa lapar yang amat. Alhamdulillah, sedap nasi dan lauk pengantin. 

Kepada kawan aku dan suaminya, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhirnya dan terus ke Jannah. InsyaAllah.


Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami meminta diri dan menuju ke sebuah homestay yang disewa khas untuk kami. Kami berehat sebentar dan menunaikan solat, ada juga yang menukar pakaian. Selesai semuanya kami bergerak pulang. 

Persinggahan seterusnya alang-alang dah terlanjur ke sini adalah untuk menikmati mee udang di Kuala Sepetang. Memandangkan aku ada pengalaman buruk dengan Mee Udang Mak Teh, maka aku mencadangkan kita cube try test Mee Udang Mak Jah plak. Kami tiba di Restoran Mee Udang Mak Jah lebih kurang pukul 8.00 malam. Servis dia sangat pantas. Tak sempat duduk lagi, waitress dah sampai bagi dan terus ambil menu. Menu dia juga ada pelbagai, pilih saja yang mana berkenan. Aku order Mee Udang Biasa saja memadangkan aku sudah banyak makan hari itu dan perut pon sudah rasa tak sedap. Mee dia ok je lah tapi servis bagus dan tandas boleh lah dikatakan bersih. 

Lebih kurang pukul 9.30 malam, kami bergerak pulang ke KL. Sampai di UM lebih kurang pukul 1.30 pagi. Perghh.. jauh perjalanan, penat badan.


~Salam Sayang~

No comments:

Post a Comment