14 September 2013

647: Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Mencari Damai Di Hati (Hari Keempat)

... sambungan

Hari keempat kami di Kota Bandung, Indonesia. Perjalanan kami pada hari keempat ini agak jauh. Kami ke Ciwidey, sebuah kecamatan di Kabupaten Bandung (what ever that mean). Kata supir baru kami, kami agak kesiangan untuk ke sana, sebaiknya kami perlu keluar lebih awal. Perjalanan kami memakan masa lebih 2 jam. Perjalanan panjang itu amat berbaloi apabila kami disajikan dengan keindahan Kawah Putih. Kawah Putih adalah sebuah kawah yang terhasil akibat letusan gunung berapi ratusan tahun yang lampau. Ia terletak lebih kurang 2,100 meter dari aras laut dan ianya lebih tinggi dari Tangkuban Perahu.

Selamat Datang ke Kawah Putih 

Untuk ke Kawah Putih kenderaan awam ini disediakan untuk membawa pengunjung. Bayaran masuk sebanyak Rp30,000 seorang dikenakan dan tambang kenderaan ini juga akan dikenakan. Tapi kene tunggu dan berkongsi dengan penumpang lain, bila dan penuh baru kenderaan ini jalan. Oleh kerana kami telah kesiangan, maka tiada pengunjung lain dan kami kene tunggu lama untuk naik ke atas. Oleh kerana itu, kami bawa kenderaan persendirian ke atas dengan bayaran Rp150,000 sebuah.

 
  

 Permandangan dan keindahan Kawah Putih 

Setelah puas menikmati keindahan Kawah Putih dan setelah tidak tahan lagi sakit hidung akibat bau sulfur yang kuat, kami pon bergerak meninggalkan Kawah Putih lebih kurang pukul 2.00 petang. Destinasi kami seterusnya adalah ke Situ Patenggang, sebuah tasik tidak jauh dari Kawah Putih. Situ Patenggang adalah sebuah tasik dan di tengah tasik ini ada sebuah pulau. Di pulau ini ada sebuah batu yang digelar 'Love Stone'. Katanya, jika kita ke pulau itu dan menyentuh 'Love Stone' itu, kita akan mendapat cinta yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, katanya lah. Dengar boleh, percaya jangan.

Permandangan sepanjang perjalanan dari Kawah Putih ke Situ Patenggang.
Terasa macam kat Cameron Highland plak, tapi sini lebih cantik dan lebih sejuk 

Permandangan tasik. Cuaca sejuk di sini. 

Terdapat banyak gerai menjual pelbagai jenis cenderahati sepanjang jalan ke tasik

Makan tengahari kami hari itu, pisang dan keledek goreng. 
Satu cume Rp1,000, tapi BESAR!

 Mitos Situ Patenggang


Permandangan dan kedamaian tasik. 
Sesuwai untuk mereka yang sedang frust menonggeng.

 Aku dan Situ Patenggang

Kami meninggalkan keindahan Situ Patenggang lebih kurang pukul 4.00 petang dan kembali ke Kota Bandung. Kami terpaksa menempuh kesesakan jalan raya Bandung buat pertama kalinya. Kata supir kami, waktu itu waktu orang ramai pulang kantor, orang balik kerja lah tuh. 

Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di BIP sekali lagi. Masih ada barang yang perlu dicari dan kami makan malam juga di BIP malam itu.


... bersambung 

4 comments:

  1. AsSalam afeezz,
    Bila akak tengok gambar-gambar ni terasa sekarang juga nak terbang semula ke Kota Kembang. Dulu dekat Situ Patenggang tu ada kebun kubis, (di sana sipanggil kubis bunga). Entah masih ada lagi atau tidak. Luas juga kawasan tanamannya waktu tu. Berbaloi kan kalau trip ke sana..
    (*boleh panggil akak atau phee ti sebab dalam bahasa siam PHEE tu maksudnya kakak dan Ti adalah singkatan nama akak. TQ)

    ReplyDelete
  2. Wah ada kakak barulah....
    Cantiknya, tak pernah lagi tgk signboard Kawah putih tu. Cantik semua gambar2. Indahnya kebesaran Allah.
    Tak habis beli barang lagi?, hai beli barang apa ni...

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam Phee Ti

    banyak jer kebun2 orang sepanjang perjalanan ke kawah putih ngan situ patenggang tu. yang nampak macam stroberi, kobis ngan bawang kot. yang laen2 tu tak dikenalpasti plak aper yg diaorg tanam... hehehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mama ju

    tak pernah tgk ke? baru kot signboard tuh... hehehe...

    bukan saya yang tak habis lg mencari brg tu, kawan yg tak habis, saya tumpang2 jer...

    ReplyDelete