08 September 2013

644 : Catatan Perjalanan - Bandung, Indonesia : Kota Kembang (Hari Pertama)

Perancangan kira-kira setahun yang lepas akhirnya sampai pada waktunya. Perancangan untuk pergi berempat terpaksa ditukar menjadi bertiga pabila seorang sahabat tidak dapat turut serta. Kota Kembang, nantikan kehadiran kami.

Pada awalnya, flight kami akan berlepas ke Kota Kembang pada pukul 6.50 pagi, tetapi telah dijadualkan semula dan kami akan terbang pada pukul 6.20 pagi. Seawal pukul 2.00 pagi kami telah bersiap-siap untuk menuju ke LCCT. Lebih kurang pukul 3.00 pagi, kami meninggalkan rumah sahabat di Cheras dan tiba di LCCT lebih kurang satu jam kemudian. Semua urusan check-in berjalan lancar. Sebelum terbang kami bersarapan di Marry Brown LCCT. AK1328 berlepas mengikut jadual. Lebih separuh seat dalam flight ini kosong membolehkan kami menukar tempat duduk sesuka hati. Hehehe.. Mungkin kerana selepas berhari raya, sebab tu flight ini banyak seat yang kosong.

Permandangan matahari terbit dari dalam kapalterbang. 

 Sudah menghampiri destinasi

AK1328 mendarat di Bandara Hussein Sastranegara juga mengikut jadual lebih kurang pukul 7.30 pagi waktu Indonesia. Urusan imigrasi semuanya berjalan lancar. Happy sangat kami ketika itu. Masing-masing merupakan kali pertama menjejakkan kaki di Pulau Jawa. Sehinggalah kami melewati sebuah pintu yang membawa kami terus keluar, baru aku perasan yang bagasi kami tiada bersama kami. Kebingungan sekejap, kalau keluar ikut pintu depan tu maka akan terus keluar dari bangunan lapangan terbang. Di mana tempat mengambil bagasi? Pandang kiri, pandang kanan memang tak ada. Kemudian aku bertanya pada seorang brother yang kebetulan merupakan orang terakhir melewati kaunter imigrasi itu. Dia menunjukkan ke arah tempat mengambil bagasi yang terlindung dari pandangan aku. Nampaknye terpaksalah aku masuk semula melalui kawasan imigrasi itu untuk mengambil bagasi aku. Melihatkan  berlaku sedikit kekeliruan itu, seorang pegawai imigrasi segera bertanya, tetapi belum sempat aku menjawab, seorang pegawai lain pula berkata, "Ini bagasinya, mengapa tidak diambil?" (lebih kurang camtulah katanya). Sambil tersenyum sumbing, aku datang mengambil bagasi aku. Nampaknya ada 2 bagasi lain yang tidak diambil yang telah dibawa keluar oleh pihak imigrasi.

 Permandangan Kota Bandung dari Udara 

Kota Bandung yang sangat padat

Pak Yoyo, supir kami telah menunggu di luar sambil memegang kertas yang tertera nama aku. Kami dibawa ke kenderaan yang kami akan gunakan selama kami di sini. Memandangkan kami tiada jadual tertentu sepanjang kami di sini, Pak Yoyo mencadangkan kami ke Pasar Baru. Kami setuju dan Pak Yoyo terus membawa kami ke sana. Masih awal lagi ketika kami sampai dan banyak kedai masih belum dibuka. Kami lepak dahulu di food court bahagian atas sambil membuat perkiraan pertukaran wang asing. Apabila kebanyakkan kedai sudah di buka, kami memulakan misi kami. Memang betul orang kata, Bandung ni syurga membeli belah terutamanya di Pasar Baru ni. Aku yang kurang bershopping ni pon rasa macam semuanya aku nak beli. Macam-macam bole di beli dengan harga yang murah terutamanya kain ela, telekung, baju dan macam-macam lagi. Pada hari pertama ni, kami hanya membeli kain-kain ela saje. Next time kami akan datang lagi untuk shopping yang laen.

Aktiviti shopping di Pasar Baru 

 Macam-macam kain ade.. pilih saja mane yg berkenan 

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami keluar meninggalkan Pasar Baru. Untuk makan tengahari pada hari pertama ni, Pak Yoyo telah membawa kami untuk makan di sebuah rumah makan masakan Padang. Bagi aku yang dah tau style masakan Padang, takde la terkejut bila diaorang hantar semua lauk yang ada. Kami makan berhati-hati sebab takut terlebih bajet, maklumlah, kami ni pelancong bajet jer. Hehehe.. Ok-ok je lah masakan padang ni, yang penting kenyang. Tengahari tu, harga makan tengahari kami lebih kurang Rp160k. Kemudian kami meminta Pak Yoyo untuk menghantar kami ke hotel penginapan, Hotel Unik untuk check-in dan berehat. Bilik hotelnya basic sahaja, ade hot water, tv dan kemudahan wifi yang macam ada tak ada je. Jadi lah...

Makan tengahari menu Padang di Rumah Makan Padang Sederhana Mistra Pasteur

Lebih kurang pukul 6.00 petang yang mana sudah pon gelap, kami keluar semula. Kami di bawa ke sebuah restoran masakan Sunda untuk makan malam. Malam itu menu kami nasi putih, ayam raja, udang goreng telur masin, tempe penyet dan sup sayur. Memang sedap makanan kat sini terutama udang goreng telur masin tuh. Makan agak mewah dan bayarannya juga mewah. Semua sekali berjumlah lebih kurang Rp200k. Ape-ape pon yang penting, kenyang perut suka hati.

 Makan malam hari pertama kami di Kedai Belacan 

Menu santapan malam kami di Kedai Belacan 

Selepas selesai makan malam, kami dibawa ke Jalan Riau. Di sini terdapat banyak kedai-kedai factory outlet. Tetapi kami tidak masuk semuanya. Penat rasa badan kerana telah berjaga sejak pukul 2.00 pagi semalam. Sudah takde mood dan daya untuk berjalan-jalan lagi. Kami pulang saja ke hotel untuk berehat..


... bersambung

2 comments:

  1. DAH mula mengembara?

    Beli kain utk sapa tu?
    Oh kedai Belacan tu rupanya dari sana! ada cawangannya di sri kembangan.
    cerita lagi..

    ReplyDelete
  2. uish... ade cawangan Kedai Belacan ke kat sini? Kene carik la.. pasal udang goreng telur masin dia sedap sgt...

    ReplyDelete