16 May 2012

490 : Anak-Anak Ikan Ku

Sekarang ni aku dah ade hobi baru. Sebenarnya memang ade gak keinginan nak pelihara ikan, sebab ikan kan cantik dan kite bole hias akuarium kite cantik2. First time aku pelihara ikan, masa aku dapat hadiah ikan laga awal tahun lepas. Tapi tak lama bile ikan tu mati lepas tiga empat bulan aku pelihara dia. Tak tau sebab aper dia mati, mungkin kerana kesejukan. Sedih masa tu sebab ikan tu hadiah dari seseorang. Aku kebumikan ikan tu kat salah satu pasu bunga mak aku.

Baru2 ni entah macam mana keinginan membuak2 plak nak pelihara ikan. Sampai sanggup aku beli set akuarium yang sederhana besarnya siap dengan pam air dan lampu. Sebagai permulaan aku beli 10 ekor ikan gapi, pasal ikan ni kecik2 dan nampak cantik sgt. Harga pon takde la mahal sangat, RM2 seekor. Belum ape2 dah ade yang mati. Kecewa sangat masa tu. Pastu mati lagi sebab tersedut dalam pam air. Tinggal 5 ekor jer. Kemudian aku beli lagi 5 ekor ikan gapi dan 5 ekor ikan yg aku tak tau spesies nye.

Pada 10 Mei 2012 yang lepas, salah seekor ikan gapi berekor kuning berbintik hitam telah selamat melahirkan anak. Terkejut aku masa tu bile tengok ikan tu bersalin. Sebelum tu mak aku pon ade cakap, "ikan yang sekor tu perut dia besar sangat, macam mengandung, kalau ko bersihkan akuarium tu, tengok2 sket, manalah tau dia bertelur". Malam tu aku perhatikan ikan yang sekor tu, dia berkelakuan laen sket. Tak banyak bergerak dan asik menyorok dalam pokok2 yang ada dalam akuarium aku tu. Tibe2 ade beberapa ekor anak keluar dari tutt nye then terus disambar ikan laen. Terkejut aku.. beranak ke dia? Ingatkan bertelur. Aku tangkap ikan ibu tu dan asingkan, tapi dia macam tak selesa. Aku pindahkan balik masuk dalam akuarium. Terus keluar lagi anaknya. Aku cepat2 amik jaring dan cube ambil anak2 ikan tu dan pindahkan masuk dalam bekas laen sebelum disambar ikan yang laen. Jenuh aku menjadi bidan malam tu sampai lebih pukul 12 tengah malam. Aku berjaya mengasingkan lebih kurang 25 ekor anak ikan.

Sehingga hari ini, cume 5 ekor ikan gapi yang hidup dan 5 ekor ikan yg aku tak tahu spesiesnye itu masih hidup. 25 ekor anak ikan tu masih sihat tapi aku tak pasti samada semuanya hidup atau tidak. Ibu ikan yang bersalin tu telah pon mati semalam. Uhuks...


Akuarium aku


Anak-anak ikan gapi


~Salam Sayang~

5 comments:

  1. salam

    kata orang tengok ikan ni kita akan tenang,,,,baguss2 teruskan hobi tu,,cm pun nak bela anak ikan arrr,,tapi anak jer,,mak ker,bapak ker tak mau...

    ReplyDelete
  2. Salam dekk afezz

    syahdunya baca citer tentang ikan mu dekk tumpang sedey gak...huhuuh camner leh mati tu...

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam CM : mmg tenang, layan dan terhibur. tp kalau makan ikan goreng lagi layan... hehehe

    waalaikumsalam kak shami : tak tau lah kenapa mati. kene wat autopsi dulu baru bole tau cause of death.. heheheh

    ReplyDelete
  4. Salam Sayang...

    Seronok sekali dapat bela ikan....anak ikan...mak ikan...bapak ikan....tengok gelagat ikan ikan ni memg mencuit hati.....i loike...

    Pemuda BBS

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam pemuda bbs : tgk gelagat ikan dpt menenangkan fikiran. Mmmg layan.. Hilang tensen di kepala

    ReplyDelete