11 May 2012

489 : Program Beronok-Ronok Di Paka Terengganu Dan Kuantan Pahang 2012 - Hari Terakhir

Hujan turun pagi hari di Kuantan. Terasa sejuk dan nyaman jer suasana memang sesuai untuk sambung tidor hingga tengahari. Tetapi perut terasa lapar. Geng kami berpecah, 4 orang menuju ke Telok Cempedak dan selebihnya menuju ke Taman Gelora Kuantan. Aku bersama 3 yang lain telah bersarapan pagi di McD, Telok Cempedak. Sekadar nak melepak2 di sana. Aktiviti sarapan pagi kami di McD itu diteruskan sehingga tengahari dan terus saja lunch di sana.

Kami berkumpul semula di hotel penginapan dan telah check out lebih kurang pukul 1.30 petang. Kami telah menuju ke East Coast Mall sekadar untuk berjalan2. Kemudian kami menuju ke Terminal Bas Kuantan untuk berkarok di Wow Box Karaoke, hehehe.. Setelah puas berkarok selama 2 jam, kami menuju pula ke sebuah restoran, Selera Zuzanna untuk makan malam. Kemudian kami menuju ke pasar malam Taman Gelora, menghantar balik adik sahabat ke UIAM dan seterusnya beransur pulang ke Kuala Lumpur.

Kami tiba dengan selamat di Kuala Lumpur melepasi pukul 12.00 tengah malam.

Aku seronok dengan percutian kali ini walaupon tak banyak tempat yang kami pergi. Yang penting dapat meluangkan masa bersama teman2. InsyaAllah... next trip dalam perancangan.



~Salam Sayang~

2 comments:

  1. ~Salam sayanag kembalai~

    Wow...nampak macam seronok percutian bersama gang buaya tu ye..kalau nak jadi ahli mcm mana ye?

    Pemuda
    Bandar Baru Selayang.

    ReplyDelete
  2. hai pemuda bandar baru selayang : memamg seronok percutian kami, bukan percutian ni jer, percutian kami yg laen pon seronok-ronok belaka.

    nak jadi ahli ker? sila kemukakan borang permohonan. kemudian ahli2 akan bermesyuarat samada untuk menerima keahlian anda atau tidak

    ReplyDelete