19 February 2012

463 : Catatan Perjalanan - Kuching, Sarawak (Hari Terakhir)

12 Februari 2012

Hari terakhir kami di Bumi Kenyalang. Seawal pukul 8.00 pagi kami telah dibawa untuk bersarapan di J&J Cafeteria. Pagi ni aku makan roti telur dan bawang dan milo ais. Kenyang perut untuk pagi itu, alhamdulillah.


Sarapan pagi fi J&J Cafeteria

Pagi tu, destinasi pagi kami adalah ke Matang Wildlife Centre yang lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching. Tujuan utama ke Matang Wildlife ini adalah untuk melihat orang utan setelah tak dapat nak tengok masa kat Semenggoh hari tuh. Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM10 seorang tetapi ada harga istimewa yang boleh diberikan.

Di Matang Wildlife, kite akan berjalan di denai hutan yang disediakan untuk ke kandang2 haiwan yang disediakan. Ade buaya, rusa, burung2, mamalia hutan kecil, landak dan highlight Matang Wildlife adalah orang utan. Tetapi, tidak sama dengan Semenggoh, orang utan di sini tidak bebas tetapi disediakan sangkar masing2. Di sini baru lah kami dapat melihat orang utan dengan puas. Hehehe.. Penat jugak lah berjalan lebih kurang 30 minit di dalam hutan Matang ni.


Suasana di Matang Wildlife Centre


Anak orang utan dan bapak orang utan

Setelah meluangkan masa di Matang Wildlife Centre, kami bergerak balik ke Kuching. Destinasi kami adalah India Street untuk last shopping, masih ade bende yang nak dicari oleh ahli2 rombongan yang laen. Tak tau lah aper lagi yang nak dicari oleh mereka. Bagi aku, tiada aper yang menarik di India Street, hanya kedai2 biasa yang kebanyakkanya menjual pakaian. Kami berjalan hingga ke hujung India Street dan terus ke Kuching Waterfront. Di Waterfront kami hanya melepak2 saje dan people watching sambil makan ais krim Cornetto yang sedap. Lama gak menunggu yang laen2 tu habis shopping. Banyak tol duit diaorg..


India Street


Kuching Waterfront

Tengahari itu kami dibawa makan ke sebuah restoran, tak igt plak aper nama restoran tuh. Malangnya, lauk semua dah habis plak. Terpaksa lah aku ngan kawan aku pi cari kedai laen. Akhirnya makan kat Pelita Nasi Kandar jer. Alhamdulillah, kenyang untuk tengahari tu.

Selesai menjamu selera, destinasi kami yang terakhir adalah ke sebuah kedai yang menjual tikar dan barangan kraftangan Sarawak. Ada plak kawan yang nak membeli tikar Sarawak. Eh.. camner nak bawak naek flight tikar tuh? Senang jer, kedai tu bole poskan tikar tu ke alamat kite kat KL ni, kite bayar jer kos penghantarannya. Hehehe...

Dalam pukul 3.00 petang kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Dah tak larat nak berjalan agaknya, semuanya dan penat belaka. Melepaklah kami di airport walaupon flight kami pukul 7.10 malam dan flight aku pada pukul 8.40 malam.


Masa untuk pulang ..

Flight kami berlepas meninggalkan Kuching tepat pada masanya. Kami tiba di LCCT lebih kurang pukul 10.30 malam. Nasib baeklah ade seorang kawan yang sudi menjemput kami di LCCT dan kami tiba di rumah lebih kurang pukul 11.30 malam.

Alhamdulillah, seronok percutian aku kali ni. Hati sudah mula rindu pada Kuching.. hehehe...


... Salam Sayang ...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    gumbira baca ayat yg akhir tu...he he

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : hehehe.. sy mana2 pergi pon mesti rindu...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    rindu erk pd kuching..apa lg koling2 la gadis kuching erk hihihihhh

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : maner dpt no telpon awek tu.. tak dan nak mintak...

    ReplyDelete