15 February 2012

461 : Catatan Perjalanan - Kuching, Sarawak (Hari Kedua)

10 Februari 2012

Hari kedua kami di bumi Kuching. Seawal pukul 8.00 pagi kami telah memulakan perjalanan kami menuju ke tempat2 menarik di Kuching. Driver kami telah mambawa kami ke sebuah restoran bernama Coffee O Corner untuk bersarapan pagi. Pagi itu aku telah bersarapan Mee Kolok, salah satu makanan yang agak popular negeri Sarawak. Mesti kene try pasal kite dan berada kat Sarawak ni, takkan la nak makan nasi lemak or roti canai plak. Kalau nak makan yg tu kat KL pon melambak kan kan kan...


Coffee O Corner dan Mee Kolok

Destinasi pertama kani hari ini adalah ke Semenggoh Wildlife Centre untuk melihat orang utan liar di habitat semula jadi mereka. Bayaran sebanyak RM3 dikenakan untuk dewasa dan bayaran lebih murah untuk kanak2 dan warga emas. Perlu berjalan sedikit masuk ke dalam hutan untuk melihat orang2 utan ini. Tapi nasib kami agak malang pagi itu, kerana hanya dapat melihat seekor sahaja orang utan di atas pokok. Itu pon orang utan tu macam malu2, siap nyorok2 lagi, nak amik gambar pon tak dapat.


Gerbang ke Semenggoh Wildlife Centre

Aku dengan kawan aku berjalan sehinga ke lokasi tempat memberi makan kepada orang utan. Walaupon makanan telah diletakkan, tetapi tiada orang utan yang datang memakannya. Erm.. kecewa sungguh. Tengok pokok2 hutan je lah.

Destinasi kedua kami adalah ke Jong's Crocodile Farm yang tidak jauh dari Semenggoh. Bayaran sebanyak RM16 dikenakan untuk dewasa. Memandangkan bayaran masuk yang agak mahal dikenakan, dan rasanya seperti tidak berbaloi, aku hanya menunggu di luar sementara ada kawan2 laen yang masuk. Di dalam khabarnya ada jugak haiwan laen seperti landak, burung merak, beruang, ikan yang besar dan sebagainya. Ada juga aktiviti memberi makan kepada buaya pada pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang. Kepada sesiapa yang nak 'makan buaya' (seperti yang dimaklumkan melalui loud speaker) sila ke kolam utama.


Jong's Crocodile Farm

Destinasi seterusnya adalah ke kilang dan kedai pasu Sarawak, Yong Huat Heng Earthenware Factory. Di sini kita boleh melihat proses membuat pasu dan tembikar Sarawak dan seterusnya membeli sekiranya berkenan. Semasa kehadiran kami, diskaun sebanyak 10% diberikan untuk pasu2 terpilih.


Kilang dan kedai membuat dan menjual pasu2 Sarawak

Hari telah masuk tengahari, matahari tegak di atas kepala. Panas sungguh hari ini. Driver kami telah membawa kami ke sebuah restoran, RNR Food Corner untuk makan tengahari. Makan tengahari aku untuk hari itu adalah nasi ayam special. Aper yg spesialnyer nasi ayam ni? Takde yang spesial pon walaupon nama dia nasi ayam spesial, cume diletakkan telur mata jer. Salad pon takde pasal kalau nak daun salad tu, kene order nasi ayam salad. Hehehe... Tapi, walaupon ayam dia sedap, nasi dia agak kureng dan keras. Sedap lagi nasi beriyani yang dimakan oleh kawan aku. Aper2 pon, perut kenyang untuk tengahari itu. Alhamdulillah

Selesai menjamu selera, kami bergegas ke destinasi seterusnya, Kampung Budaya Sarawak, destinasi yang harus pergi jika ke Bandaraya Kuching. Bayaran sebanyak RM60 dikenakan kepada orang dewasa. Memandangkan kami staf Universiti Malaya dan kami membawa kad pekerja masing2, kami mendapat harga istimewa sebanyak RM15 sahaja (dia ingat kiteorang ni student kot). Tapi aku dikenekan bayaran sebanyak RM48 sebab tak bawak kad pekerja (taktau lah camner bole dapat RM48 tuh).


Selamat Datang Ke Kampung Budaya Sarawak

Di Kampung Budaya, kami melawat dan masuk ke semua rumah yang ada. Mula2 ke rumah Bidayuh, kemudian ke rumah Iban, Penan, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan Cina. Kita dalam melihat senibina rumah2 tersebut dan dekorasi dalaman disamping mempelajari sedikit sebanyak cara hidup masyarakat Sarawak. Dalam banyak2 rumah tu, aku paling suka rumah Melanau, besar dan tinggi, nampak gagah saje. Tetapi kemudian, aku mendapat tahu, rumah itu lah yang paling 'keras'. Patut la ade seorang kakitangan Kampung Budaya di rumah tu bertanya pada aku, 'Ada nampak anak dara tak tak atas tu? Kalau nampak jangan tegur, jangan pandang belakang'. Alhamdulillah, tak terjadi ape2 yang tak diingini.


Permandangan dalam Kampung Budaya Sarawak

Di Kampung Budaya, kita akan diberi satu passport semasa masuk, dan jangan lupa untuk mengambil cop rumah yang korang lawati sebagai kenang2an. Mostly dari kami, masuk ke rumah2 itu, sekadar nak memenuhkan cop saje... hehehe...

Kami seterusnya bergegas ke bangunan Teater untuk menonton pertunjukkan kebudayaan pada pukul 4.00 petang. Seronok dan layan persembahan yang ditayangkan. Kene pergi dan tonton sendiri untuk rasa keseronokannya.



Pertunjukan Kebudayaan

Kami meninggalkan Kampung Budaya dengan seribu kenangan manis lebih kurang pukul 5.00 petang, memandangkan Kampung Budaya telahpon ditutup pada pukul 4.30 petang. Kami membuang masa dengan melepak2 di pantai berhadapan dengan Kampung Budaya sekadar untuk menghirup udara nyaman pantai.

Driver kamudiannya melencong membawa kami memasuki kampung2 berdekatan untuk melihat suasana kehidupan kampung di Sarawak. Berhenti di sebuah masjid untuk solat jamak dan berehat. Perjalanan diteruskan ke Kubah Ria untuk membeli makan malam dan seterusnya kami balik ke penginapan kami.


... bersambung

7 comments:

  1. assalamualaikum bro..

    aweks yang ko jumpe kat kuching yg telah menambat hati ko tue ada ke gambarnya dlm entri nie? hihihhhhh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sahrom : hahaha... takde, tp dalam fb ade...

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya
    Nampaknya akan ada cerita yg lebih menyeronokkan tahun ni...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mama ju : aper cerita yang lebih menyeronokkan tahun ni tu mama? ceciter sket...

    ReplyDelete
  5. salam...ada jumpa gadis sarawak yg comel2 ke? alah, mcm tajuk lagu hasnol rahmat tu!

    ReplyDelete
  6. Salam afeez
    x tau ler bila az akan sampai di sarawak

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam daddy : ade gak jumpe hehehe... sorang penari kat Kampung Budaya.. comel sgt...

    waalaikumsalam AZ : hehehe.. bukan jauh sgt AZ, 1 jam 45 minit penerbangan jer. Air Asia kan ade...

    ReplyDelete