13 February 2012

460 : Catatan Perjalanan - Kuching, Sarawak

Pada 9 Februari 2012 yang lalu maka lengkaplah penjelajahan aku ke setiap negeri di Malaysia. Ini bermakna aku telah sampai ke semua negeri yang terdapat di Malaysia, dari Perlis sampailah ke Sabah.


9 Februari 2012

AK5220 meluncur ke udara tepat pada pukul 1.50 petang menuju ke Bandaraya Kuching, Sarawak. Kami seramai 6 orang merupakan kumpulan kedua yang berlepas meninggalkan LCCT yang mana kumpulan pertama telah berlepas satu jam lebih awal. Perancangan untuk ke Kuching telah dibuat setahun lebih awal dan kami bernasib baek untuk mendapat tiket penerbangan murah. Untuk kami seramai 6 orang itu, bayaran yang dikenakan hanya sebanyak RM91.20 penerbangan pergi balik.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lebih kurang pukul 3.00 petang dan driver kami telah pon menunggu. Tempat pertama yang kami tujui pada petang itu adalah Kuching Waterfront. Kami dimaklumkan bahawa terdapat Sarawak River Cruise yang boleh membawa kami menyusuri Sungai Sarawak dengan bayaran RM60 seorang. Memandangkan bayaran yang dikenakan itu agak mahal bagi kami, maka kami mencari alternative river cruise yang lain. Dan kami telah dapat menyewa bot tambang yang mengenakan bayaran sebanyak RM40 satu bot yang boleh membawa kami menikmati permandangan Bandaraya Kuching dari Sungai Sarawak disamping dapat memberi pengalaman menaiki bot tambang. Kami dibawa menyusuri Sungai Sarawak dari tebing belah sini ke tebing belah sana selama lebih kurang 1 jam.


Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
berlatarbelakangkan pelangi petang



(1) Sarawak River Cruise
(2) Sarawak River Cruise yang kami naek..



Permandangan dari dalam river cruise

Selepas itu, kami telah diberi masa untuk berjalan2 sekitar kawasan waterfront itu. Kami telah masuk ke Kuching Waterfront Bazaar untuk survey2 aper yang dijual di situ. Kebanyakkannya merupakan barang2an hiasan dan cenderahati. Boleh beli di sini jika berminat, tapi terdapat banyak lagi kedai2 yang menjual barangan seumpamanya di seberang jalan sana. Pandai2 lah buat perbandingan harga.


Lepak2 di Kuching Waterfront waktu petang

Kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah lagi mercu tanda Bandaraya Kuching iaitu arca sekumpulan kucing yang aku pon tak tau aperkah namanya. Senang cerita macam gambar kat bawah ni lah. Setiap orang yang datang ke Kuching, pasti akan bergambar dengan kucing2 ni. Jadi, kami pon tak mahu melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Hehehe ...


Patung kucing mercu tanda Bandaraya Kuching

Memandangkan hari telah beransur gelap, driver kami telah membawa kami untuk makan malam di Kubah Ria. Di sini terdapat banyak kedai menjual makanan dan kita boleh pilih aper saje yang kite nak makan. Tidak banyak pilihan tempat makam malam di Kuching kerana rata2 perniagaan di sini akan ditutup pada pukul 6.00 petang. Kubah Ria adalah satu tempat makan yang dibuka pada waktu malam.


Kubah Ria

Malam itu aku ngan sorang kawan aku ni telah makan nasi ayam penyet. Berbeza sungguh nasi ayam penyet di sini ngan di KL sana, dan bagi aku nasi ayam penyet di KL lagi sedap dari segala segi. Hehehe. Ape2 pon makan jer lah sebab perut pon dah lapar. Seperkara lagi, bagi aku lah, harga minuman di sini sangat lah mahal, milo ais pon bole kene RM2 - RM2.20, sirap pon dia caj RM1.70 segelas. Last2 mintak ais kosong jer...

Selepas semuanya selesai makan malam, kami terus dibawa ke penginapan kami pada malam itu di sebuah homestay di Jalan Menggris. Penginapan kami merupakan sebuah banglo dua tingkat, 3 bilik. Semua kemudahan asas disediakan termasuk dapur untuk memasak, microwave, cerek letrik, peti sejuk, mesin basuh, tuala dan sabun mandi. Amat berpatutan dengan harga pekej yang ditawarkan.

Tiada aktiviti dilakukan pada malam itu, semuanya penat dan tidor awal...


... bersambung

12 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    Kubah Ria...tempat baru yerrrr

    berapa semalam homestay tu..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam atuk : baru kot kubah ria tuh, nampak macam baru pasal tak byk lagi kedai yg buka..

    ikot pakej semua sekali yg kene bayar rm3800. 2 buah rumah, 2 buah van, tour ke mana2 yg kite nak. ahli rombongan 20 orang untuk 4 hari...

    ReplyDelete
  3. Salam anakanda.
    Tahnihlah kerana dpt melengkapkan pengembaraan seluruh Msia.
    Taman negara dh pergi? mungkin afeez dh pergi, mama tak ikut tulsan ni awal2 dulu.Ma rasa tpt tu best sangat, rasa nak ke sana lagi...

    Seronoklah berjln dgn 20 ahli rombongan. Lepas ni ke mana? ke luar negara pulak? Ke spore dgn USS ke?

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam mama ju : taman negara tak sampai lagi, ade gak perancangan nak ke sana dulu, tapi tak jadi plak. InsyaAllah kalau ade kaki, nak gak ke sane.

    pas ni takde ape2 yg terancang dah. best gak tu kalau dapat ke USS tuh. jom mama... kite wat rombongan mama ju ke USS

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam CM : jom2... ramai2 kite pergi.. best

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum bro...

    pakai travel agent ke bawak tour tue...dgr pakej rm 3800 kira murah la agaknya kan utk 20 org..berbaloi sgt2...

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam sahrom : bukan travel agent, tp dapat pakej sekali ngan penginapan. pakej termasuk 2 buah rumah banglo 3 bilik, 2 buah van dengan pemandu selama 4 hari. lepas kira2 sorang kene bayar dalam rm233 jer

    ReplyDelete
  8. Nampaknya saudara tersalah tempat untuk mencari ayam penyet kerana kalau di Kubah Ria bukanlah kawasan terkenal dengan ayam penyetnya. Sebenarnya makanan di Kubah Ria itu hanyalah makanan biasa sahaja dan hanya beberapa kedai lama (penghuni asal Kubah Ria lama) yang masih mempunyai signature dishes mereka.

    Jikalau saudara ada datang ke Kuching lagi, jemputlah ke Kedai Raja Ayam Penyet/Raja Ayam Bakar atau banyak lagi kedai sekitar Jalan Haji Taha kerana kedai² tersebut memang meyajikan makanan ayam penyet.

    ReplyDelete
  9. hai anonymous : terima kasih atas maklumat itu. insyaAllah, jika ke Kuching sekali lagi, akan cube makanan di situ plak...

    ReplyDelete
  10. salam....ada contact number pakej tu x??...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Nazmi

      kalau berminat cubalah call

      RIZHAN 012-8848490(call/sms)
      myrizhan1977@gmail.com
      Homestay, VAN Transportation & TOUR Service

      WEBSITE : http//www.myrizhan.yolasite.com

      Delete