Posting No. 184 : Kisah Boss Tak Boleh Pakai
Mari2... aku ada gosip menarik mengenai boss aku. Mau dengar kah? Klu tak mau, sila tinggalkan blog aku ni. Tapi aku nak cerita gak, pedulik aper aku. Biar satu dunia tau pasal dia. Mari dekat sama aku.
Kisah ni terjadi semalam petang. Nak dimulakan cerita, pada petang yang maha bosan itu, kerana dek bosan mengadap FB dari pagi smpi petang, aku pergi ke bilik fail, sekadar nak berborak dengan budak2 yang keja kat dalam bilik tuh. Tengok2 mereka tengah syok menonton satufilem lucah dokumentari mengenai kekejaman manusia yang didownload dr internet. Aku pon layan lah dokumentari tu, since ia sangat menarik. Sampai habislah aku tengok filem tuh, ade le dalam 15 minit. Kemudian, aku pon keluar dari bilik fail tu untuk balik ke tempat aku.
Kisah ni terjadi semalam petang. Nak dimulakan cerita, pada petang yang maha bosan itu, kerana dek bosan mengadap FB dari pagi smpi petang, aku pergi ke bilik fail, sekadar nak berborak dengan budak2 yang keja kat dalam bilik tuh. Tengok2 mereka tengah syok menonton satu
Buka2 jer pintu bilik fail tu, boss aku dah pon tercegat kat luar situ. Aku tak tau le aper tujuan dia berdiri kat situ. Aku pon buat selamba jer dan terus berlalu. Kemudian dia menahan aku lalu berkata...
"U tau kan yang itu dua office staff ade apply kursus?"
"Tau. Kenapa Dr.?"
"Saya suda tidak luluskan itu permohonan. Ini lah masalah nya, semua orang mahu apply kursus. Itu staff suda banyak kali apply kemudian pergi kursus. Ini lagi dia mau pergi. Asyik pergi kursus nanti kerja di sini tak buat, betul tak?"
Aku hanya menganggukkan kepala. Malas aku nak membantah, since bagi aku alasan dia tu ade betulnya. Keperluan kursus staf yang dikatakan itu telahpon mencukupi, sepatutnya dia tak perlu apply lagi.
"Apa2 pon, u jangan beritahu itu dua orang staff. Kalau dia tanya, kita cakap, kita sudah hantar ke BSM."
Aku menganggukkan kepala lagi, dan berlalu dari situ untuk masuk semula ke pejabat. Aku menuju ke tempat aku, staf yang dimaksudkan tadi, Kak S ade kat tempat aku melakukan sesuatu. Aku kemudian duduk di sebuah kerusi yang kosong berhampiran meja aku.
Tiba2 seorang staf yang dimaksudkan tadi, Kak D bersuara...
"Kak S ade check email tak?"
"Takde... kenapa?" balas Kak S ringkas...
"Dr. B tak luluskan kursus kita lah..."
Erk... aku mula tersenyum, since aku tau cerita sebenarnya.
"Kak S nyer dia luluskan tak?"
"Tak tau, saya punya tak lulus, dah dapat email ni, Kak S pi le check email.."
"Kak S pon tak dapat, Dr. B dah bgtau saya tadi, dia tak luluskan.." Aku pon bersuara dan menceritakan kisah sebenarnya. Kak S dan Kak D tak berpuas hati kenapa Dr. B tak luluskan permohonan mereka. Kemuadian, kami pon meracun Kak S agar dia pergi tanya Dr. B kenapa dia tak luluskan permohonan kursus mereka.
"Takpe... nnt aku pegi tanya dia..." jawap Kak S
Kisah ni terhenti di situ. Kak S telah tiada di mejanya. Mungkin dia pergi bilik Dr. B kot.
.............
Kemudian Kak S masuk semula ke pejabat.
"Piz... sekejap2, ade cerita menarik ni." Kak S kembali ke mejanya meletakkan sesuatu kemudian datang ke meja aku.
"Piz.. ko nak tau, tadi Kak S tanya le Dr. B, kenapa Dr. tak luluskan kursus saya. Ko nak tau dia jawab aper? Dia cakap apiz yang tak luluskan.."
Hahahaha... aku tergelak besar, aku dah agak dah yang dia akan cakap macam tu...
"Hahah... aper le dia tuh, macam mana plak saya bole tidak meluluskan permohonan tuh. Saya ni yang email sokongan tu pon saya belum jawab. Tak boleh pakai betullah B ni"
"Tu lah piz, dia bersungguh2 kata apiz yg tak luluskan."
Erm... aku jugak yang disalahkan. Aku tak tahu lah sampai bila aku nak kerja bawah dia ni. Kalau berlaku ape2, mesti dia akan salahkan orang lain, mesti dia akan menuding jari ke arah orang lain. Apa2 keputusan, dia sendiri yang buat, kadang2 aku dan kakitangan lain pon tak tau. Dia lebih suka membuat keputusan secara berseorang daripada meminta pandangan dari kakitangan lain. Dia lebih suka bercerita dengan orang lain daripada bercerita kepada orang yang sepatutnya. Dia lebih suka mengumpat pasal kesalahan orang lain daripada menegur orang yang salah itu secara baik dan tertutup. Dan sebagai ketua, dia takut untuk bertanggungjawab.
Sejujurnya, aku dah tak seronok kerja kat sini. Sepanjang minggu lepas aku berfikir. Patutkah aku mintak transfer? Tapi mintak transfer ni aku kene pikir masak2. Aku masih belum membuat keputusan.
Saya Yang Kecewa
13 comments
Salam Afeezz,
ReplyDeleteMacam2 perangai boss kan..
Tp hang punya boss tue bagi risiko pd orang lain laa..
Berani buat berani tanggung laa..
Since semua orang dah tau sikap dia macam tue apa kata korang je suh dia transfer hehe
dr. b just dropped her/his balls i guess. lol.
ReplyDeletekenapa tak confront je ramai2 dengan dia?
dlm hal ini u patut pertahankan hak u. jgn pk bila dia jadi boss semua org bawahan nak diperkotak-katikkan. sabar je la bro.
ReplyDeletesalam sahabat sinomosa : tu lah syima, dia ni tak berani nak tanggung risiko. pastu klu wat aper2, mesti dia nak cari sorang yg bole backup dia, tak pon yg sama2 dipersalahkan bersama dia.
ReplyDeletesalam sahabat ixa : he got no ball actually... kami mmg tgh dalam proses nak jatuhkan dia. tapi susah lah pasal org atasan pon macam tak pandang masalah kiteorg ni...
salamn daddy juk : sy mmg dah byk dah bersabar ngan dia. mmg byk kali dah sy kene ngan dia. maybe one day, mmg teruk dia kene nnt. rasa hormat sy kat dia mmg dah takde dah...
Salam Afeez,
ReplyDeleteberani u tulis hal ni kat blog u afeez, kalau dia baca macammana?
sure afeez jawab ' peduli apa aku' hehehhe.
memang tak patutlah bos tu buat macam tuh,.,...
tp itulah sebabnya dia cari afeez nak buat keputusan secara tak langsung, bila u senyap masa dia cerita masa u kat pintu bilik fail, dia ingat afeez setuju (agak az jer). then dia kata afeez yang takluluskan hehheh. nasib ko la afeez, sabor jer
Salam Afeezz...
ReplyDeleteTumpang simpati kat hang..
Buat masa nie hang sabor jer dulu no... Itu ler ada bekerja di bawah org... tambah2 org yang tak nak mengaku kesilapan sendiri... menyalahkan oeg lain...
Tapi bila ada peluang, gunakan kesempatan sebaik mungkin.... kadang2 org cam nie, bila dah kena sekali baru dia sedar...
salam ayahanda zain : biar dia baca blog ni, biar dia tau ade orang tak suka cara dia, in fact semua staf tak suka cara dia mentadbir. AZ, dia tak luluskan permohonan tu dulu baru dia cakap kat sy, dia takde bincang pon ngan saya pasal bende ni.
ReplyDeleteAda satu masa tu, dia pernah cakap sy yg pandai2 suruh semua orang apply kursus. Tak tahu lah saya, dia dah lupa agaknya yg saya ni telah ditugaskan untuk memantau keperluan kursus kakitangan, jadi sy hanya menjalankan tugas. Nama dia sendiri pon telah dilantik sebagai pemantau, tp dia buat derk jer bab ni, lantak dia lah, dia yg uruskan bahagian kumpulan pengurusan dan professional. sy buat utk staf sokongan nyer...
salam sahabat tikah : dah lama pendam sabar ni tikah. kiteorg dah bawak perkara ni kat pihak atasan. tp nampaknya pihak atasan ade bende lain yg lebih penting. byk bende tak betul berlaku kat UM ni.. mmg nak cerita kat sini...
tu boleh pecah belahkan staffff..bahaya tu.....
ReplyDeletesalam sahabat wiwin : macam tu lah, staff pon skrg ni pon dah tak macam dulu. masing2 naek kepala betul...
ReplyDeleteAfeezz...Abg dah 15 tahun kerja...mcm2 perangai boss Abg jumpa. Mmg ada tu tak bole pakai langsung. Tp bg Abg mudah..apa yg baik kita ambik, yg tak baik kita jgn ulang bila kita jd boss kelak. Nak mintak transfer...fikir masak2, most of the time, the grass is not than greener as you may tot. Looks cud be deceiving...careful my brother. Take care.
ReplyDeletesalam kekanda imram : sy ni pon bukan baru keje, dah 10 tahun dah kat UM ni, byk dah boss yg sy served, tp ini yang paling hampeh, tak boleh pakai. Pagi ni sy dengar yg dia ade bagitau VC yg opis sy ni akan dibuka 24 jam. Gila aper, staf ade 25 org jer nak keje 24 jam... hancur2 mampos
ReplyDeleteAfeezz....bukak 24 jam...confirm boss kau tu gila babi....babi pun tak gila mcm tu....baik kau pack brg blah gi tmpt lain.
ReplyDeletesalam kekanda imran : jangan tak tau, bende ni jadi isu hangat pagi ni kat opis saya...
ReplyDelete