927 : Buy Your Own Device

Baru tak baru ini dalam tiga empat minggu lepas, aku ada mengeluh di media sosial milik aku tentang keadaan PC aku di kantor. PC yang aku warisi dari kakitangan terdahulu itu, tidak dapat aku pastikan usianya, yang pasti, aku sudah menggunakannya selama enam tahun. Kalau tengok keadaan zahirnya tidaklah berapa nak uzur,  tetapi keadaan batinnya, aku sebagai penggunanya yang tahu betapa uzurnya keadaan PC itu. 

Masih lagi menggunakan sistem pengoperasian Windows 7, yang mana ia tidak lagi disupport oleh pihak Microsoft dan tidak lagi boleh menerima apa-apa update yang sewajarnya. Oleh kerana telah lama digunakan, keadaanya menjadi amat lembab sehingga pointer tetikus pon kadang-kadang hang. Nak bukak MS Word pon berjanggut nak tunggu loading, itu belum lagi software-software lain yang lebih berat. Telah aku usahakan beberapa cara untuk mengatasi masalah kelembapan itu, nampaknya tidak berjaya. Keadaannya masih seperti itu.

Pihak berwajib yang sepatutnya menguruskan urusan PC-PC ini pon nampaknya buat bodoh sahaja, tak tahulah samada ada masalah kewangan atau masalah-masalah yang lain, samada disengajakan atau tidak. Alasannya asik lah takde duit, macam alasan kerajaan terdahulu pulak. Dengarnya ada dapat peruntukan untuk membeli PC baru, katanya ada 30 PC baru yang akan diterima, masalahnya, semua PC baru yang akan diterima itu akan diserahkan kepada pensyarah, kami yang bertugas dibahagian pentadbiran ini, seorang pon tak dapat. Kami ni boleh dianggap frontliners kot, bagi lah keutamaan. Takpe lah, aku pasrah aje dengan ketentuan ini.

Untuk mengatasi masalah ini, pengelola kantor tempat aku berkhidmat ini mengenalkan inisiatif Buy Your Own Device. Maksudnya di situ, staf akan beli sendiri samada PC atau laptop dan pengelola kantor akan sponser RM2,500.00, tetapi ada syarat-syaratnya. Bagi aku syarat-syaratnya itu tidak membebankan dan aku rasa inilah peluang aku untuk mendapatkan laptop baru bangi menggantikan PC aku di kantor ni dan juga laptop aku di rumah. Aku terus menghantar permohonan aku pada bulan Jun 2020.

Pada 28 Ogos 2020, setelah lebih kurang tiga bulan menunggu, akhirnya permohonan aku diluluskan, begitu juga dengan permohonan kawan-kawan yang lain. Tanpa membuang masa, pada 4 September 2020, aku dan seorang sahabat telah ke IOI City Mall untuk survey laptop yang berkenan di hati. Sebenarnya dah ada target laptop yang aku berkenan. Lepas tengok-tengok, tanya-tanya apa-apa yang patut, hanya satu kedai sahaja yang menjual laptop yang aku berkenan itu. Memandangkan harga dan hadiah-hadiah percuma yang ditawarkan adalah sama seperti di website pengeluar, akhirnya aku terima nikahnya dengan mas kawin sebanyak RM300.00, hutang....

My new laptop.. cantik tak?

Comments

  1. nice..semoga laptop tu berkhidmat dengan jayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dapat berkhidmat lama dengan jayanya. InsyaAllah

      Delete
  2. Kalau Mrs. A pun memang ambil peluang inisiatif tu.Ialah nanti kita juga yang nak hadap kerja kalau pc lembab memang boleh spoil mood.

    Tunjuklah habis takkan malu kot heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah sebab saya amik inisiatif ni. Tak larat dah guna PC lama yang mencabar kesobaran tu

      Delete
  3. jenama apa tu? mcm canggih je tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. next saya akan cerita pasal laptop tu ye...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Posting No. 143 : Blogger Tag Oleh Cikgu Mas

Posting No. 171 : New Member of the Family

907 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia 2020 - Pulau Pangkor, Perak (Episod 1)

Posting No. 189 : Sepetang di Kuala Sepetang

911 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Pangkor, Perak (Episod 3) : Dari Pulau Pangkor Ke Cameron Highlands