Posts

Showing posts from January, 2019

869 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 6)

Image
Semasa kunjungan aku ke Daerah Segamat hujung tahun yang lepas, aku adalah membeli dua bijik nenas. Memang tidak sah kunjungan aku ke Johor kalau tak membeli nenas. Nenas di sini ada banyak jenis sehinggakan aku pon tak tau nak membezakannya, nampak sama je semuanya. Yang penting semuanya manis-manis belaka. Aku membeli nenas-nenas tersebut di Pasar Minggu Chaah dengan harga RM10.00, yang mana buahnya agak besar. Ada juga yang lebih murah dan ada juga yang lebih mahal, aku beli yang sederhana mahal sahaja.
Bila sampai di Cyberjaya, sebiji tu aku kopek dan makan begitu sahaja. Memang manis dan habis sebiji yang aku rasa beratnya lebih kurang 1kg itu aku bedal. Sebijik lagi oleh kerana aku dah simpan agak lama dan takut akan busuk kalau aku tak makan, aku decided untuk buat air nenas sahaja seperti yang arwah mak aku selalu buat semasa hayatnya. Memang susah nak cari air nenas yang versi itu sekarang ni.
Air nenas in the making. Jemput tengok ye...
Caranya senang sahaja. Siang nenas tu …

868 : Weekend Gateway - Segamat, Johor (Episod Akhir)

Image
... sambungannya

24 Disember 2018 (Isnin)

Pagi itu lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertiga keluar ke Segamat di dalam misi untuk memperbaiki cermin kereta yang telah retak dan berderai itu.  Cari-cari dalam internet macam tak jumpa pula kedai yang boleh memperbaiki cermin kereta.  Hanya sebuah sahaja bengkel pakar cermin yang namanya sentiasa pop-up di dalam senarai hasil carian En.  Google.  Kami memutuskan untuk ke bengkel itu sahaja.
Selamat Datang ke Segamat (gambar ehsan google)
Lebih kurang pukul 10. 00 pagi kami tiba di Bandar Segamat dan bengkel pakar cermin yang dituju.  Bengkel itu sudah dibuka dan kami terus masuk ke dalam untuk bertanya.  Malangnya cermin untuk Honda City tiada dalam stok bengkel itu dan perlu diorder dari Muar dan stok akan tiba lebih kurang pukul 2.00 petang nanti. Aku berfikir-fikir kerana terpaksa menunggu sehingga 4 jam.  Aku tidak memberi keputusan aku lagi kepada tuan punya bengkel dan bercadang untuk mencari bengkel yang lain.  Kami menemui sebuah …

867 : Weekend Gateway - Segamat, Johor (Episod 2)

Image
... sambungannya

23 Disember 2018

Hari kedua dan aku masih lagi di bumi Johor Darul Takzim. Pagi itu cuaca sejuk menyelubungi Kampung Jawa, Chaah. Kabus menyelubungi subuh membawa ke pagi. Aku suka akan bau kampung di pagi hari, bau-bau kombinasi bau tanah dan tahi ayam.. hahaha...

Kawasan sekitar rumah yang diselubungi kabus pagi.  Terasa macam kat oversea plak
On the way ke Pasar Minggu Pekan Chaah.  Masih lagi kabus menyelimuti alam
Masjid Chaah hampir hilang dari pandangan
Pagi itu kami ke pasar minggu di Pekan, Chaah untuk mencari sarapan dan juga lauk untuk makan tengahari nanti. Cuaca yang baik pagi itu dan peniaga serta pelanggan sudah ramai dengan urusan masing-masing. Walaupun pasar ni bertaraf pasar minggu sahaja, yang bestnya banyak makanan dan sarapan pagi yang di jual di sini. Tak payah susah-susah nak mencari sarapan. Untuk sarapan pagi itu kami telah membeli nasi lemak bungkus dan mee goreng bungkus dalam plastik. Sedap nasi lemak dan mee goreng dia, nasib baik beli awal pas…

866 : Weekend Gateway - Segamat Johor (Episod 1)

Image
Cuti hujung minggu kedua terakhir bulan Disember ditambah dengan cuti Hari Krismas tidak aku sia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah. Aku mengambil Cuti Rehat pada hari Isnin, 24 Disember 2018, dan kalau dicampur dengan cuti-cuti yang ada, aku bercuti selama 4 hari. Seronoknya hati tak terkata dapat melepaskan diri dari tugas-tugas di kantor yang sudah bosan untuk diselesaikan. Untuk cuti panjang itu aku telah memanjangkan kaki aku ke kampung seorang sahabat di Chaah, daerah Segamat, Johor Darul Takzim. Kampung sahabat itu memang tidak asing sudah bagi aku. Sudah beberapa kali aku pergi dan bermalam di kampungnya. Dah jadi macam kampung aku pulak rasanya. 
22 Disember 2018 (Sabtu)
Program kami bemula agak awal. Mengikut perancangannya pukul 6.30 pagi dah nak gerak ke Johor, tapi terlewat sedikit, dalam 6,45 pagi baru kami memulakan perjalanan. Perjalanan kami santai sahaja dari Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite dan terus ke Lebuhraya PLUS. Kami berhenti sebentar di R&R Seremban…