Posts

Showing posts from September, 2014

708 : Cinta Pantai Merdeka (Episod 2) - Jauh Pandangan Permai, Di Situ Tanjung Dawai

Image
... sambungnnya
Seawal pukul 6.30 pagi, kebanyakkan dari kami telah bangkit dari tidor. Sejuk terasa malam semalam kerana hujan turun sepanjang malam. Semua yang bangkit awal itu semata-mata untuk melihat permandangan pagi di Pantai Merdeka. Memang cantik permandangan matahari terbit yang dihidangkan betul-betul di muka pintu homestay kami. 
Permandanan pagi di Pantai Merdeka dari muka pintu homestay
Pagi itu sebahagian dari kami telah pergi ke pasar pagi berdekatan untuk mencari sarapan pagi dan sekadar berjalan-jalan melihat tempat orang. Pagi itu kami telah bersarapan roti canai sahaja memandangkan itu saja yang didapat di kawasan pasar itu. Mungkin itu kawasan kampung maka tidak banyak jenis sarapan yang dijual. Orang kampung buat sarapan sendiri di rumah, tak beli di gerai kot.
Lebih kurang pukul 1.00 petang, kami check-out dan menuju ke Pantai Merdeka untuk menaiki bot ke Tanjung Dawai. Itu adalah mod transpotasi paling cepat untuk ke Tanjung Dawai dan dari Tanjung Dawai ke Panta…

707 : Cinta Pantai Merdeka (Episod Pertama)

Image
12 hingga 16 September 2014 yang lepas merupakan minggu yang sangat sibuk bagi aku. Aku telah dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin adik kepada seorang sahabat. Majlis pernikahan diadakan pada malam 12 September dan kerja kahwin diadakan pada 13 September 2014. Pada 14 September kami beramai-ramai telah menuju ke utara tanah air untuk majlis di rumah pengantin lelaki pula yang akan diadakan pada 16 September 2014. Dalam kesempatan yang ada itu, sempat juga kami pergi ke beberapa tempat menarik di kawasan sekitar sana.
Mengikut perancangan awal, kami akan bergerak ke utara pada 15 September memandangkan penginapan kami di sana hanya untuk 15 September sahaja. Tetapi kami ingin menggunakan cuti tersebut sebaiknya dan kami menukar plan untuk bertolak sehari lebih awal. Pada pagi 12 September itu, sebelum aku ke mesyuarat, aku telah surf internet untuk mencari penginapan homestay di sekitar kawasan Gurun Kedah. Banyak juga yang aku dapat dan aku telah forwardkan kepada sahabat aku unt…

706 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Terakhir)

Image
... sambungannya


Pagi itu kami dikejutkan dengan bunyi dentuman seperti nangka busuk jatuh. Terkejut jugak semua yang sedang beradu di dalam khemah masing-masing. Disebabkan hujan semalam dan keadaan tanah yang agak licin, kami sangkakan Fred yang terjatuh, rupa-rupanya Daus. Nasib baik takde ape-ape. Hehehe... Kami mulakan pagi itu dengan sarapan pagi. Sarapan pagi kami di hari ketiga itu agak berat kerana kami akan terus bergerak turun menjelang tengahari. Tiada lunch yang akan disediakan. Menu pagi itu adalah nasi goreng cina dan sup sayur fucuk dengan cendawan. 
Selepas bersarapan, kami berkemas-kemas tapak perkhemahan itu. Semua sampah dikumpulkan dan apa yang boleh dibakar kami bakar. Kebersihan kawasan hutan itu adalah tanggungjawab bersama. Dua buah khemah diturunkan dan semua rakan mula mengemas barang dan beg masing-masing. Sebelum bergerak turun, kami mandi manda sekali lagi dikawasan air terjun itu. Pengunjung juga agak ramai pagi iru. 
Lebih kurang pukul 12.00 tengahari k…

705 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Kedua)

Image
... Sambungannya
Malam tadi tidor tak lena, pertama sebab tempat baru biasalah mesti susah nak tidor. Kedua, keadaan muka bumi yang tidak rata (tanah tinggi sebelah) menyebabkan bila tidor asik nak bergolek ke sebelah. Tak boleh nak buat aper, pasal itu sahaja kawasan yang ada dan itu saja kawasan yang terbaik. Rasanya malam itu hanya kami berenam yang bermalam di atas sana. Lebih kurang pukul 7 pagi aku dah bangun, sakit rasa badan. Dah kedengaran ada kumpulan lain yang telah tiba (pukul berapa agaknye mereka sampai). Cuaca ketika itu baik dan amat sejuk.
Pagi itu giliran aku dan seorang sahabat untuk menyediakan sarapan pagi. Sebelum memulakan penyediaan sarapan pagi, aku turun ke sungai untuk membersihkan peralatan memasak yang digunakan semalam. Sejuk air sungai pagi itu, sejuk-sejuk macam tu pon dah ada sekumpulan pengunjung yang mandi manda. Tak kecut ke dot dot dot korang? Menu kami pagi itu simple sahaja, roti cicah sambal sardin dan makanan sampingan kentang rebus yang digor…

704 : Camping @ Air Terjun Sungai Lepoh (Hari Pertama)

Image
Sempena cuti panjang Hari Kebangsaan tempoh hari, beberapa orang rakan telah merancang untuk bercuti dan akhirnya kami telah memilih untuk camping di Air Terjun Sungai Lepoh di daerah Hulu Langat, Selangor. Kami telah bersetuju untuk bercuti di sana untuk tiga hari dua malam. Perancangan asalnya kami seramai lapan orang, tetapi hanya enam orang saja yang turut serta.
Kami berjanji untuk berjumpa pada pukul 2.30 petang di kawasan Hulu Langat pada hari sabtu itu. Memandangkan aku dah biasa dengan area Hulu Langat tu, maka tak susah lah nak mencari kawan-kawan yang telah sedia menunggu di sana. Sebanyak tiga buat kereta bergerak menuju ke destinasi.
Kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 3.15 petang. Setelah membuat persiapan apa-apa yang patut kami memulakan perjalanan kami meredah denai dan hutan untuk ke kawasan Air Terjun Sungai Lepoh itu lebih kurang pukul 3.45 petang. Perjalanan peringkat pertama agak santai meredah denai kampung dan denai yang nampaknya banyak dilalui…