06 May 2014

687 : Retak Menanti Belah

Beberapa minggu lepas (hari Sabtu) tatkala aku sedang memandu, tiba-tiba ade sesuatu menghentam cermin depan kereta aku. Bunyinya agak kuat. Aku menjadi cuak dan memerhatikan cermin depan kereta aku. Alhamdulillah.. takde tanda-tanda kecacatan yang telah berlaku. Nasib baik. Aku meneruskan pemanduan aku menuju ke destinasi. 

Tiba-tiba aku terpandang satu garisan lebih kurang 4 inci dari bahagian atas cermin hadapan kereta aku. 'Sudah', terdetik dalam hati. Dengan hati yang tak keruan aku meneruskan saja pemanduan aku. Garisan itu makin panjang, kini lebih kurang 6 inci pula dan mula membelok ke kiri. Hati bertambah debar, takut cermin itu terus berderai semasa aku memandu. Setibanya di destinasi, retak itu telah mula membelok ke kiri dan panjangnya lebih kurang 8 inci pula. Aku bertanya pendapat seorang sahabat dan dia mengesyorkan sebuah bengkel kereta berhampiran. Kami tiba di bengkel dalam keadaan hujan lebat, dan mekanik bengkel memberitahu aku yang retak itu masik boleh bertahan dan bengkel itu sendiri tidak membuat cermin depan. Dia kemudiannya mengesyorkan sebuah bengkel cermin kereta yang selalu dia berurusan. Setibanya kami di bengkel itu, bengkel itu sudah pon ditutup. 

Hari Isnin selepas itu, aku perasan garisan itu makin panjang. Risau pula kalau ape-ape terjadi nanti. Aku selamat sampai di pejabat. Memohon Cuti Separuh Hari Petang. Aku harus ke bengkel itu segera sebelum retak itu terbelah. Alhamdulillah.. semuanya selamat. Selamat RM900 aku... uhuks


#SalamSayang

4 comments:

  1. Salam..

    Hati-hati ketika memandu lebih2 lagi bila dekat ngan lori batu. Ada member tgh nak potong lori membawa muatan batu kerikir tetiba batu tu jatuh kat cermin depan.. sib baik batu kecik jerk, tapi retak gak skit .. dan mmg dia akan makin membesar.. setelah membesar yg byk dan nampak bahaya, kawan pun tukar gak cermin baru.. selamat la dia dan duit dia.. alhamdulillah, amin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau ade lori tak kesah la lori aper pon, mesti tak dekat nyer. klu terpaksa follow belakang pon mesti follow jauh jer. maner lah tau kan... kalau kene bukan murah nak tukar. dah le tak amik insuran cermin,... hahahah

      Delete
  2. Kak t pun pernah alami. Batu apa tah, kena kat penjuru betul2 tempat lekat road tax, dalam 3-4 minit pecahan kembang jadi macam bunga....sama la terbang sembilan ratus plus plus

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. moga-moga tidak terjadi lagi pada kita kan ...

      Delete