08 April 2013

599 : Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Hilir Perak - Manjung (Episod Akhir)

Lebih kurang pukul 10.00 pagi selepas kami bersarapan di sebuah restoran mamak berhampiran, kami meneruskan perjalanan kami ke Daerah Sabak Bernam seterusnya ke Hilir Perak dan Daerah Manjung. Perjalanan santai sahaja sambil kami menikmati permandangan kampung sepanjang perjalanan. Rindu pulak rasanya pada kampung mak dan ayah di Johor. Lama sudah tidak pulang ke kampung sejak nenek telah tiada. Kami melewati pekan-pekan seperti Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam sebelum memasuki negeri Perak dan kami meneruskan perjalanan sehingga ke Teluk Intan.

Kami tiba di Teluk Intan lebih kurang pukul 1.00 petang. Cuaca sangat terik petang itu. Teluk Intan hanyalah sebuah pekan biasa bagi aku. Tak tahulah aper yang istimewa di sini. Kami singgah di Menara Condong Teluk Intan, mercu tanda pekan ini yang diketahui ramai. Kami mengambil peluang untuk masuk dan menaiki menara ini. Tiada bayaran yang dikenakan, sekadar perlu menulis nama sahaja pada buku pelawat. Terdapat ruang pameran mengenai sejarah menara ini dan juga sejarah Teluk Intan. Terasa diri macam senget sebelah ketika kita berasa di atas, maklumlah, menara ni kan condong, maka tak stabil lah orang yang berada di atas.  Kami berlegar-legar di menara ini lebih kurang 30 minit, dan menyambung perjalanan kami ke Lumut.

 
Sejarah Menara Condong Teluk Intan 

 
Menara Condong Teluk Intan - Mercu tanda pekan Teluk Intan 

 
Ruang dalam menara 

Kami tiba di Lumut lebih kurang 1 jam kemudian dan terus mencari tempat untuk kami menginap malam nanti. Akhirnya kami telah memilih untuk menginap di kawasan Teluk Batik, di chalet-chalet berhampiran pantai. Kami berjaya mendapat sebuah chalet di Chalet Impian Teluk Batik dengan harga RM120 semalam. Chalet dia agak luas dan cuma ade kemudahan asas sahaja seperti katil, kipas angin dan air-con. Tiada TV dan alatan elektrik yang laen. Bilik air yang tidaklah berapa bersih. Nampaknya penyelenggaraan kawasan chalet ini tidaklah berapa baik, dan lanskap memang fail. Kalau dititik beratkan perkara-perkara ini, mungkin chalet ni nampak lebih menarik. Ape-ape pon, janji bole tidor.

Chalet Impian 

Kami makan tengahari dahulu sebelum masuk ke bilik. Makan nasi campur di kawasan perjualan berhampiran. Tak sedap, tapi perut dah lapar, maka belasah je lah. Kemudian kami berjalan sekitar kawasan itu sekadar melihat-lihat aper yang dijual kemudian kami lepak sebentar di tepi pantai mencuci mata. Kemudian kami masuk bilik dan membuta sampai ke petang. 

 
 Permandangan Pantai Teluk Batik

Dalam pukul 5.30 petang kami semua turun laut. Masa untuk mandi laut!!! 

Malam pula, kami makan malam di Restoran Teluk Muroh dan selepas itu kami melepak di pekan Lumut. Malam tu meriah pulak pekan Lumut, mungkin sebab ada fun fair kot. Sebelum ni, aku pergi, pekan Lumut tu macam mati jer, semua kedai ditutup awal, orang pon takde. Tapi malam itu, meriah suasana.

Keesokan harinya, lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami check-out penginapan kami. Singgah di sebuah restoran mamak untuk makan tengahari dan selepas itu terus pulang ke KL.


~Salam Sayang~

4 comments:

  1. Salam,
    Wah nampaknya jln2 dr utara sampai selatan!
    Ada jumpa sawah tak kat Sabak Bernam? rindu dgn sawah.
    Mama memang teringin nak naik ke menara senget tu ( dulu tgk je) top2 dah ada oranga naik...
    Jauh berjalan jauh pemandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama

      mane ada dari utara smpi selatan. kat tengah jer, tak pon dari utara selangor smpi selatan perak.
      masa lalu sabak bernam tu mmg lalu kawasan sawah padi. tp tak nampak plak petani ngan kerbau. yg nampak mesin menanam padi jer. skrg proses penanaman padi pon dah maju.
      sekali sekala naek la menara tu. best gak, terasa senget badan bile ada kat atas. masuk percuma jer...

      Delete
  2. Salam piz.. seronoknya.. time camni Manjer nak kuar umah tgk tanaman pokok bunga luar umah tu pun malas tak larat.. hee.. Nanti dah ok semua tu ok kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer.

      lepas selamat semuanya nnt, insyaAllah, bawak2 la berjalan2 ngan keluarga. jalan2 bajet jer. walaupon bajet.. tetap seronok

      Delete