11 September 2012

526 : Hujung Minggu Yang Memenatkan. Perjalanan Dari Selayang Ke BTHO Ke Bukit Jalil Ke UPM Ke Keramat AU Ke BTHO Ke Fun Fair Ke Bukit Broga Ke BTHO K

Sambungan tajuk : e Nilai Ke Port Dickson Ke BTHO Ke Selayang Ke Cheras Utama Ke Bandar Tasik Selatan Ke BTHO Ke Jusco Cheras Selatan Dan Kembali Semula Ke Selayang (Bahagian Terakhir)


2 September 2012

Menjelang tengahari aku balik semula ke Selayang untuk mandi dan tukar pakaian. Tak merancang pon untuk bermalam di rumah sahabat aku malam semalam, kalau tidak sure aku dah bawak baju spare banyak2. Hari ini, aku akan memenuhi dua undangan ke rumah terbuka. Satu di Taman Cheras Utama, rumah seorang kawan sepejabat dan satu lagi di Bandar Tasik Selatan rumah seorang rakan blogger (blogger ker?).

Usai solat Zuhur, kami meneruskan perjalanan kami ke undangan pertama. Kami sampai tepat pada masanya. Kawan2 yang laen ramai yang ada termasuklah boss. Hidangan yang disediakan agak mewah, beriyani berlaukkan ayam masak merah dan kurma daging, mee bandung, pemanis mulut dan macam2 lagi. Makan selagi bole, kene rasa semuanya. Emmm... penak. Kami lepak seketika sebelum meminta diri untuk memenuhi undangan berikutnya.

Undangan kedua di Bandar Tasik Selatan. First time untuk datang ke rumah sahabat ni. Tak berapa tahu kawasan Bandar Tasik Selatan ni. Dengan menggunakan GPS, kami tiba di Bandar Tasik Selatan. Segera menelefon sahabat yang menjemput tu untuk mendapatkan lokasi sebenar rumah beliau. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa sebarang kesesatan. Hidangan yang disediakan juga mewah, nasi ayam dan laksa sarawak. Sorry ek tuan rumah, saya habiskan agar-agar yang sedap tu. Hehehe... Kami tiba juga tepat pada masanya. Ramai teman2 blogger yang ada. Dapatlah beramas mesra setelah sekian lama tak jumpe. Kami meminta diri setelah agak lama kami menghabiskan makanan di situ.

Kami balik semula ke rumah sahabat aku tu kerana ade sahabat laen yang ajak makan McD plak. Ermm... makan lagi kite.


Elaira : Woi... ekau lopeh makan tak roti2 nak basuh pinggan
kek dapor tuh? Poie... sebolom eden sosah ekau...



~Salam Sayang~

No comments:

Post a Comment