29 May 2012

495 : Sepender Superman



Masa berjalan2 di East Coast Mall, Kuantan beberapa bulan yang lepas, ade ternampak sebuah kedai yang menjual spender2 dan t-shirt berlogo Superman dan Batman. Lepas tu teringin sangat nak beli sepasang. Masa kat Kuantan dulu malu2 kucing plak nak beli, maklum lah masa tu berjalan dengan aweks. Hehehe..

Tengok2 dalam internet kalau2 jumpe kedai yang sama ada kat KL ni, tapi hampa. Ade jual online, tapi mostly mahal dan ade jugak yang dalam US Dollar. Tak berminat sangat nak membeli pakaian secara online ni, takut tak sedap dipakai. Usaha diteruskan juga, tetapi masih tidak jumpa aper yang dicari. Last2 jumpe jugak kedai The Under Shop yang menjual pakaian dalam lelaki. Di KL ni cume ade di Sunway Pyramid, One Utama dan Times Square dan satu lagi cawangan di Kuantan.

Sabtu lepas cube la riki2 kat The Under Shop, One Utama. Nak cari kedai nya satu hal, punya lah jauh kami berjalan, last2 jumpe juga kedai yang dicari. Tetapi barang yang dicari tiada dijual di situ. Yang ade cume underwear biasa seperti berjenama Renoma dan beberapa jenis g-strings dan thongs. Tergelak2 kami bile salesgirl tu menunjukkan beberapa jenis g-strings yang super seksi. Kami pon meninggalkan The Under Shop bila aper yang dihajati tiada.

Sebelum pulang dengan perasaan hampa, kami mampir di Isetan, One Utama. Nak cube nasib di situ plak walaupon tidak menaruh harapan yang tinggi. Kami menuju ke Men's Department tempat underwear. Dari kejauhan, kawan aku berkata, "Eh.. tu macam ada jer"... Aku yang tak percaya pon membalas, "Tu budak2 punya lah"... Akhirnya ....


Superman Boxer Brief


Superman Tank


Beli dua2.... heheheh ...


~Salam Sayang~

6 comments:

  1. salam



    menarik pencarian ni,,,nak hadiahkan somi cm lah,,,hihihihi...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam cm : memang menarik, hadiahkan lah pada encik somi, mesti beliau akan bertambah sayang pada cm... huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Afeezz

    ada juga untuk orang dewasa yer...ingatkan untuk budak2 ajer

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam atuk : ade.. brief, boxer, boxer brief... kaler biru, putih... merah jer takde

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum afeezz...

    alamak..aku tak minat la hihihiihih

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam sahrom : hahaha... takpe2, byk lagi jenama seluar dalam di dalam pasaran

    ReplyDelete