23 May 2012

493 : Program Beronok-Ronok Di Pulau Pinang 2012 - Hari Kedua

Hari kedua kami di Pulau Mutiara. Seawal pukul 8.00 pagi kami telah check-out dari hotel penginapan kami itu. Kami menuju ke sebuah gerai makan berhampiran yang terletak di celah2 bangunan untuk bersarapan pagi. Keadaan biasa di Penang ni di mana gerai2 makan terletak di celah2 bangunan. Walaupon kecil dan nampak tidak selesa, tetapi pengunjung tetap ada, tetap mendapat sambutan penduduk tempatan. Pagi itu kami telah bersarapan dengan roti bakar dan telur setengah masak dan ade juga yang makan roti canai telor dengan kari ayam.


(1) Suasana kedai di celah2 bangunan
(2) Basikal ni tak tau lah sebagai deko atau masih digunakan



(1) Roti bakar
(2) Roti canai telur dengan kari ayam.. dpt drumstick lagi tuh


Selesai bersarapan, kami menuju ke destinasi kami yang pertama pada hari itu, Bukit Bendera. Last aku ke Bukit Bendera adalah pada Disember 2009. Banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 2009, keretapi masih lagi keretapi lama berwarna merah yang slow giler. Amik masa lebih kurang 1/2 jam untuk sampai ke puncak. Tetapi sekarang, sudah ditukar dengan keretapi baru berwarna biru. Lebih besar dan selesa, lebih pantas. Amik masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke puncak. Bayaran dikenakan untuk dewasa adalah RM8, sila tunjukkan MyKad untuk mendapatkan harga ini.


Keretapi baru Bukit Bendera


Food court di puncak Bukit Bendera

Keadaan di puncak juga sudah berubah. Di puncak sekarang ada Owl Museum yang mempamerkan barangan yang berasaskan burung hantu. Bayaran masuk untuk dewasa sebanyak RM10 dikenakan. Kemudian sudah ada food court juga di atas sana. Kami telah menyewa sebuah kereta buggy untuk membawa kami pusing Bukit Bendera. Bayaran sebanyak RM30 untuk sebuah kereta berserta pemandu dikenakan. Pemandu kami merangkap pemandu pelancong dan cameraman bagi kami pagi itu. Memberikan penerangan setiap tarikan pelancong yang ada sepanjang perjalanan kami. Tapi cuaca macam berjerebu sikit pagi tu, tak nampak sangat permandangan indah Pulau Pinang. Kami lepak2 di puncak sehingga tengahari.


Suasana di puncak Bukit Bendera


(1) Abg buggy sedang menunjukkan sesuatu
(2) Abg buggy kata, bole nampak kem tentera di celah2 hutan ni.


Kami turun semula dan meneruskan program beronok-ronok kami ke destinasi berikutnya, Tokong Kek Lok Si. Kami bukan pergi ke tokong tu ye, hanya berjalan2 di kawasan perjualan yang terdapat di kaki bukit tokong itu. Banyak barang dagangan yang dijual terutama pakaian dan cenderahati. Jenuh dan letih kaki mendaki anak2 tangga sepanjang kawasan perjualan itu. Cuaca terasa sangat hangat. Berpeluh2 ketiak dan kawasan sekitarnya. Rasa macam nak terjun jer dalam kolam kura-kura yang terdapat di situ. Hehehehe... Oleh kerana tak tahan kepanasan, kami bergegas beredar dari kawasan itu untuk mencari tempat yang sejuk dan dingin. Kami menuju ke Plaza Gurney untuk makan tengahari.


Tokong Kek Lok Si

Di Plaza Gurney sempat juga kami melihat pertandingan Mr. Penang. Pertandingan lelaki2 berbadan sasa yang hampir bogel mempamerkan susuk tubuh mereka. Kami tidak singgah lama, perut sudah mula kelaparan. Nak makan McD, penuh. Makanya kami pergi ke Chicken Rice Shop untuk makan tengahari. Kenyang perut suka hati.


Makan tengahari di The Chicken Rice Shop

Lebih kurang pukul 3.00 petang, kami bergerak meninggalkan Pulau Pinang. Kami pergi ke jeti feri kerana kami nak naik feri ke seberang. First time aku nak feri Pulau Pinang, terasa teruja dan seronok sangat. Dapat juga berehat setelah penat memandu. Angin laut Selat Melaka petang itu amat menyamankan.


Feri Pulau Pinang

Program kami tidak tamat di situ, kami menuju ke destinasi berikutnya, Taman Tasik Taiping. Tibe2 ade orang teringin nak ke sana, nak mengimbau kenangan masa berdeting kat sana kot. Hehehe... Kami sampai di Taman Tasik Taiping lebih kurang pukul 5.00 petang. Keadaan petang itu mendung dan suram kerana baru lepas hujan. Kami memilih port yang paling cantik dan selesa. Bentang tikar dan melepak beramai2 sambil makan pisang goreng. Nyam3...


Taman Tasik Taiping

Kami meninggalkan Taman Tasik Taiping lebih kurang pukul 6.00 petang menuju ke Kuala Lumpur. Tiba di Selayang lebih kurang pukul 10.00 malam.

Bagi aku, percutian kali ni sangat santai dan selesa. Lebih best lagi bile dapat meluangkan masa bersama sahabat2 yang amat aku senangi.


~Salam Sayang~

3 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    saya pernah naik ke Bukit Bendera tu masa anak kecik lagi....

    moga teman yg disenanggi itu senantiasa berada di sisi...he he

    ReplyDelete
  2. salam en afeez

    lama betul dah cm tak pi penang last rasa nya tahun 2004...nk kena pi ni,,,

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam atuk : kene pegi lagi atuk, byk perubahan dah kat bukit bendera tuh. keretapi pon dah laen. InsyaAllah.. teman2 akan sentiasa ada di sisi...

    waalaikumsalam CM : kene pi lagi... 2004 tu dah lama bebenor.. joms...

    ReplyDelete