12 September 2011

411 : SPC = Sakit Perut Chronic ?



SPC = Sakit Perut Chronic ??

Tak lah, sebenarnya ni ...



SPC = Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah kepada kawan kite En. Sahrom kerana telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010. Aku pula telah diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC) bagi tahun 2010. Alhamdulillah, walaupon tak seberapa tetapi aku tetap bersyukur, sekurang2nya khidmat aku telah dihargai. Sepanjang aku berkhidmat di sini, ini merupakan kali kedua aku menerima SPC di mana yang pertama kalinya aku menerima kada tahun 2004.

Masih belum berpeluang untuk menerima APC, walau bagaimanapun pada hakikatnya aku 'menolak' penerimaan APC itu. Aku telah diberi pilihan sama ada untuk menerima APC atau Anjakan Gaji. Dan memandangkan tempoh perkhidmatan aku masih panjang, lebih kurang 20 tahun lebih lagi, aku telah memilih Anjakan Gaji yang akan dinikmati pada bulan Oktober 2011 nanti. Pada ketika itu, tangga gaji aku nanti adalah pada P3T1* (tak ingat T berapa belas). Harap2 aku membuat keputusan yang bijak.

Terima kasih kepada Boss yang membuat penilaian dan pengesyoran. Sayang boss... ahaks...


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. Assalamualaikum anakanda

    Tahniah dlm kutuk2 bos tu rupanya bos suka kat keje kita. Keje baik2 ya.
    Lain tahun jadi bos pulak..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam mama : hehehe... kadang2 kite tak setuju ngan aper yg boss buat kan, nak cakap salah, tak cakap pon salah. InsyaAllah, akan kerja dengan lebih baek lagi...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Afeezz,

    Tahniah! Teruskan bermain game dgn cemerlang di opis eh silap gegege..teruskan berkerja dgn cemerlang hehehe..

    Uiks itu gaji sudah langgar dinding ke blum ahaks?..anjakan bulan oktober..bleh argh kasik repeat ayam penyat di Curve kuikuikui

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam cik miss sinomosa : menjalankan tugas2 harian dan bermain game mesti lah selari. jangan asik maen game jer dan jangan lah asik bekerja jer.. huhu... bole ke macam tuh?

    part P tu dah langgar tp part T belum lagi. ermmm... nak ayam penyek ker?

    ReplyDelete
  5. tahniah!!!

    ko telah memilih pilihan yg bijak..klu aku pun, aku pilih anjakan gaji tp takde pilihan..so amek je la RM 1000 tue huhuhuh..

    semoga ia dijadikan motivasi utk terus bekerja kuat lg :-)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum sahrom : aku diberi pilihan sebab aku lulus PTK gak pd masa yang sama dan layak dipertimbangkan anjakan gaji. Aku dok pikir2 gak, kalau RM1000 tu tak ke mana, sat jer abis... baek amik anjakan gaji

    ReplyDelete
  7. Salam dekk afezz

    suspen ingatkan saper yg sakit...heheh

    Aperpon tahniah dekk semoga lebih berjaya dimasa depan....rezeki yang bertambah itu moga dapat di kongsi pula dengan Hawa dihatimu dekkk hehehh

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam kak shami : terima kasih kak.. insyaAllah....

    ReplyDelete