14 June 2011

380 : Catatan Perjalanan - Gunung Nuang (Part II)

... sambungannya

Sesampai sahaja di destinasi, khemah segera didirikan memandangkan hari telah pon beransur gelap. Kami telah memilih lokasi berhampiran dengan sungai untuk memudahkan kami mendapatkan sumber air. Nampaknya bukan kami sahaja yang berada di situ, ade sekumpulan lagi pendaki yang berkhemah di seberang sungai sana. Selesai mendirikan khemah, kami pon menyegarkan badan dengan berenang di dalam sungai. Sejuk rasa air sungai tu, tetapi amat menyegarkan. Badan yang penat tadi, jadi segar semula.
Makan malam kami malam itu ringkas jer. Mee segera, sosej goreng, roti dan milo panas. Ringkas tapi jadi sedap bile makan ramai2. Takde aktiviti yang dilakukan pada malam itu, lepas makan kami berbual2 kosong sambil berbaring di dalam khemah sehinggalah semuanya terlelap. Kami tertidor awal malam itu, mungkin sebab semuanya penat menempuh perjalanan naik tadi.

Tidor dalam khemah berhimpit2 empat orang memang tak selesa, tapi dalam keadaan yang penat, tak jadi masalah nak melelapkan mata. Keadaan sejuk dengan bunyi deruan air sungai dan haiwan2 hutan memecah kesunyian malam. Tetapi malam kami telah diganggu, diganggu dengan kehadiran tikus yang mencuri bekalan makanan kami. Dicurinya roti kami yang diletakkan di dalam khemah, sampai habis koyak khemah kami dibuatnya. Hehehe... hebat betul tikus2 tuh.

12 Jun 2011

Seawal pukul 7.30 pagi kami telah terjaga dari lena. Terasa sakit2 badan pasai tidor di atas tanah yang tak rata dan berbatu2. Kaki pon sudah mula terasa sakit. Sejuk2 macam ni perut pula mudah terasa lapar. Untuk sarapan pagi kami pada pagi tu hanyalah roti dan sardin dan air milo panas. Sedap kalau makan ramai2. Ramai juga pengunjung yang melalui kawasan perkhemahan kami pagi itu.

Selepas bersarapan, kami mula berkemas2 untuk memulakan perjalanan turun pula. Kawasan perkhemahan perlu dibersihkan, semua sampah perlu dibawa keluar dan dibuang di tong sampah yang disediakan. Perlu lah ade kesedaran sivik untuk memastikan kawasan tumpuan pengunjung itu sentiasa bersih dan terpelihara. Kemudian kami bermandi manda sekali lagi, air masih lagi sejuk dan menyegarkan. Kami berangkat turun dari kawasan itu lebih kurang pukul 9.45 pagi.

Perjalanan turun tidaklah semencabar perjalanan naik tetapi perlu juga berhati2 kerana perjalanan itu menuruni bukit. Kalau silap, boleh jatuh dan mencederakan diri sendiri. Pada masa ini lah aku dapat menikmati permandangan indah kawasan pergunungan itu. Masa naik hari tu, penat sangat smpi tak sempat nak pandang kiri dan kanan. Perjalanan turun memakan masa 2 jam lebih.

Seronok dapat melakukan aktiviti yang lain yang tak pernah aku lakukan. Ada juga cadangan kami untuk naik ke puncak Gunung Nuang satu hari nnt, tapi aku tak sure lah nak join ke tak... ermm... kene berlatih untuk meningkatkan stamina dulu kalau nak join. Takmo jadi macam ni... huhuh.....




~Salam Sayang~

9 comments:

  1. lor, awat sekejap sangat, duduk le dua-3 hari gitu. hehehhe

    sure takut kena serang dengan tikus. hati2 dengan kencing tikus tu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum AZ : wat permulaan ni semalam dulu lah. kemudian nnt baru lah lepak lama sket. ni kite Mendaki Gunung 101 lah. Tikus dia besar2 AZ, dah macam kucing dah. Ari tu nampak katak dia pon bukan maen sihat lagi... gumok...

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz

    Best tu sesekali panjat gunung.

    bila menurun best bila memanjat muka jadi hijau kuning...

    jantung berdegup cam nak pecah sebab tak dak stamina...

    tapi lepas tu badan rasa sihat ja kan....heheh

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami : betul lah kata2 kak shami tuh... cam berpengalaman jer

    ReplyDelete
  5. salam..


    pape pun tahniahhh,,,pas ni kita pi daki kinabalu plak..

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam CM : thanks.. ok.. beramai2 kite naek kinabalu...

    ReplyDelete
  7. waa sudah ada hobi baru eks En Afeezz..caiyok!!

    ReplyDelete
  8. kesian i tengok u termengah2 di belakang tu..kena gi gym sokmo ni...

    ReplyDelete
  9. wahai cik sinomosa : baru nak berjinak2 dengan pendakian ni, tp baru sekali naek rasa macam nak bertobat dah... camner tuh???

    wassap daddy : haha.. ni masa turun, belum tgk keadaan temengah2 tu masa sy naek....

    ReplyDelete