13 January 2011

328 : Bila Nak Wat Kerja ...

Marah betul jiwa. Bile time nak wat keje ade jer masalah dia. Bile time banyak keje, masa ni lah dia nak buat hal. Geram.. geram.. piggy betul!

Pagi ni dah le aku moody sket. Ntah kenapa moody pon aku tak tau, datang bulan agak nyer. Hahaha.. bole ker?. Pastu bos plak bg aku Laporan Penilaian Prestasi Kakitangan yang sekian lamanya aku menunggu dia nak bagi. Untuk kakitangan pentadbiran, farmasi dan ketua2 unit, telah pon aku selesaikan. Tinggal bahagian kejururawatan yang belun dapat aku sudahkan. Bile dapat pagi tadi, ingatkan nak terus buat, tapi system down plak pagi ni. Kalau down terus takpe lah, ini tak.. slow gile babi (babi pon tak slow macam ni). Satu penilaian tu aku rasa aku bole buat dalam masa 2 minit. Tapi disebabkan masalah keselowan ini, satu penilaian aku mula pukul 9.30 pagi tadi, smpi skrg pukul 10.45 pagi masih tak siap2. Ape kes macam tuh? Itu sorang, kalau 10 orang?? Tak balik umah kot aku hari ni.

Hehehe... sebut pasal Penilaian Prestasi ni, semalam dah berlaku kontroversi. Ada kakitangan yang tak puas hati dengan markah yang diterima. Pastu mula lah mengutuk dan mengumpat itu dan ini. Marah sana marah sini. Kalau tak puas hati dengan markah yang diterima, sepatutnya ajukan ketidakpuasan masing2 kepada pegawai yang menilai. Bukannya dok kutuk2 belakang. Ini tidak, masa perbincangan semuanya keras membatu, bisu seribu bahasa, pastu terus2 tandatangan tanda setuju. Sekarang dah tak bole buat aper lah. Korang simpan je lah perasaan korang tu smpi tahun depan. Tahun depan buat lagi macam ni. Ape2 pon, staf bawahan aku semua ok, siap berterima kasih dengan markah yang diberi.

Alhamdulillah, petang ni system dah ok. Bole la aku key-in semuanya. By next week rasanya selesailah tugas aku ni..


~Salam Sayang~

9 comments:

  1. assalamualaikum afeezz...HRMIS ke???? ape kata kiter bukak fan sy tak suke hrmis huhuhuhh

    ReplyDelete
  2. wsalam sahrom : ahahaha, aper kene ko ni, semua ko nak bukan fan page plak ni.. ade yang kantoi plak nnt. aku guna UMRCIS...

    ReplyDelete
  3. salam afeez,

    HRMIS ini memang menyusahkan orang betoi. kalau slow tak apa, masalahnya tak boleh bukak langsung.

    ReplyDelete
  4. wow..piggy eh? i like words tu..hehe

    ReplyDelete
  5. wsalam AZ : system tmpt sy laen kot. tp pg tadi mmg problem. tp petang ok plak, selesai gak la keje sy

    madey : u like piggy? ed yg gune perkataan tu dulu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Afeezz

    saya PYD
    Alhamdulillah
    markah yg cukup makan...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. wsalam abg rozali : saya PYD dan juga PPP. alhamdulillah gak, markah sy amat memuaskan.

    ReplyDelete
  8. Salam dekk

    Lepas penilaian nanti tunggu bdapat bonus ker hehehehe

    Aper pun buat yang terbaik akan dapat yang terbaik insyallah..kan

    ReplyDelete
  9. wsalam kak shami : klu penilaian bagus dan diperakukan oleh ketua jabatan akan dapat anugerah perkhidmatan cemerlang dan dapat bonus rm1000. klu tak pon bole dpt sijil perkhidmatan cemerlang. klu tak dpt pon, masih bersyukur pasal markah bagus bole guna utk kenaikan pangkat.

    ReplyDelete