15 November 2010

307 : Ya Allah, Jemputlah Aku Walaupun Sekali

Hati tiba2 menjadi sayu tatkala sedang mencari imej untuk entry kali ini. Sebak rasa hati melihat mereka yang telah dipanggil untuk menjadi Tetamu Allah. Walaupun aku hanya menatap gambar, tetapi aku dapat rasa betapa bertuahnya mereka, betapa gembiranya mereka, betapa dekatnya mereka kepada dengan Penciptanya. Terasa betapa banyaknya dosaku yang terkumpul, dan adakah Allah sudi menjemput aku, sudi memanggil aku menjadi tetamuNya walaupun sekali?

Kepada mereka yang menjadi tetamuNya, sahabat AyahZain dan ibu kepada Cik Sinomosa, semoga semua amal yang dilakukan diterima olehNya, semua doa yang dipanjangkan dimakbulkan olehNya, dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah kepadaNya, InsyaAllah dianugerahkan dengan Haji yang Mabrur.

Kepada ibu dan ayah, keluarga, saudara mara dan sahabat handai seantero Malaya,

Salam AidilAdha. Maaf Zahir dan Batin.


~Salam Sayang~

10 comments:

  1. Salam Apiz,

    Sayu aku membaca luahan hatimu... jgn jemu memohon padaNya... pastinya suatu hari Allah akan makbulkan...

    Moga Allah menjemput kita menjadi tetamuNya nanti...

    ReplyDelete
  2. Salam Afeezz,

    1st - Alhamdulillah, pintu hati awak telah dibuka dan berdetik utk menjadi tetamuNya..mulakan langkah itu, dah daftar TH? Atau mulakan dgn umrah dulu..sy tharu dan gembira dgn niat awak yg satu ini..

    2nd - terima kasih kerana mdoakan kesejahteraan dan kebaikan utk ibu sy..

    3rd - smg awak akan menjadi tetamuNya satu hari nanti, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. salam afeezz..touching entri ko pagi nie..alhamdulillah..ko dah daftar ke?? aku daftar dgn wife aku, tahun 2032 baru giliran kami tiba..insyaAllah...apepun aku ucapkan salam eiduiladha 1431H utk ko sekeluarga ya....

    ReplyDelete
  4. salam

    masyaallah....... doa banyak2.. sabar.. sabar.. sabar..

    ReplyDelete
  5. Salam dekk afezz..

    Ya alhamdulillah...akak pun begitu

    impian kita perlu disertai dengan tindakan jua..daftar haji..tambahkan ilmu agama yg ada...perbaiki diri kita ..tingkatkan amal ibadat yang wajib maupun sunat....berdoa..mudah-mudahan Allah dengar impian kita..akan datang jua masa itu pada kita...sama2 kita doa dan sabar akan aturanNya

    ReplyDelete
  6. wsalam tikah : InsyaAllah.. klu kite berniat baik, nescaya satu hari nnt kita akan dijemput olehNYa

    wsalam syima : masih belum lagi daftar TH. Berangan dah lama tp masih belum terlaksana. InsyaAllah akan ke sana juga untuk pendaftaran nama. Syima... moga2 ibu awak sihat kat sane...

    ReplyDelete
  7. wsalam sahrom : touching ker?? hehehe biase je lah. aku belum daftar lagi. mmg dah ada niat nak pi daftar.. salam aidiladha untuk ko sekeluarga juga..

    wsalam azie : semalam pi blogwalking ke PDKM.. bertambah sayu plak... uhuk3...

    ReplyDelete
  8. wsalam kak shami : terima kasih atas nasihat itu. sy sgt2 menghargainya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah emak dan atok emak sihat kedua2nya disana. Sempat jua utuskan sms kpd beliau di arafah smlm =)

    Sentiasalah bdoa agar kita dipilih utk menjadi tetamuNya satu hari nanti..Insya-Allah..

    Sy tak pernah faham apa kerinduan pd Baitullah sehingga sy mjejakkan kaki ke sana..subhallah..
    Teruskan dgn niat suci ini, sy amat gembira sebab? sila baca entry awak sendiri sms di saat sy pi umrah hehehe

    ReplyDelete
  10. syima : alhamdulillah mereka semua sihat, harap2 dapat menjalankan semua ibadah dengan sempurna.

    entry yg mane satu tu?? ermmm

    ReplyDelete