05 October 2010

292 : Sejarah Berblog



Dunia blog bukan baru bagi aku. Walaupon usia blog aku ni baru melepasi 2 tahun, tapi usia aku mengenali dunia blog ni lebih dari tu. Tarikh sebenar aku tak ingat, rasa2nya sekitar tahun 2005 aku telah mula menulis di dalam blog. Hasil tulisan aku sama saja macam blog sekarang ni, lebih kepada cerita mengenai aku dan ada juga kadang2 cerita pasal benda2 yang lain.

Sekitar tahun 2005 aku mengenali dunia blog yang diperkenalkan oleh adik aku sendiri. Aku mula mendaftarkan sebuah blog menggunakan perkhidmatan blog percuma dari Modblog. Tak ramai kawan masa tu, just menulis untuk suka2. Tak lama aku di Modblog apabila tiba2 perkhidmatan Modblog ditamatkan begitu sahaja. Tidak tahu aper sebabnya dan sejak dari itu kebanyakkan kawan2 di Modblog berpindah ke satu lagi perkhidmatan blog percuma iaitu Efx2. Tak lama aku menggunakan perkhidmatan ini sebelum aku berpindah menggunakan Blogdrive. Pada 22Mac 2006 merupakan entry pertama aku menggunakan blogdrive. Klu nak tengok blog lama aku tu, boleh lah klik jer link ini : http://thecharmedone.blogdrive.com

Memandang features di dalam blogdrive yang kurang mesra pengguna dan susah untuk memasukkan sesuatu entry terutamanya gambar, membuatkan aku agak bosan dengan perkhidmatan ini. Maka pada 11 November 2007 aku menulis catatan aku yang terakhir di blogdrive.

Setelah sekian lama meninggalkan dunia blog, pada 14 Julai 2008, aku mula menulis kembali. Aku membuka satu akaun blog baru menggunakan Blogspot. Dan setelah lebih 2 tahun, aku masih lagi menulis dan menceritakan mengenai aku kepada yang sudi membaca.


~Salam Sayang~

12 comments:

  1. salam..tahniah afeezz...penulisan hang aku mmg suka baca ..menceritakan tentang kehidupan hang yg sgt unik..penuh dgn liku-liku kehidupan seorang warga kota...afeezz, tak teringin ke nak ada domain sendiri cam www.afeezz.com ke???

    ReplyDelete
  2. wsalam sahrom : terima kasih kerana suka membaca hasil penulisan aku. hehehe... macam le aku ni ramai peminat smpi nak ade domain sendiri. tu nnt lah, klu aku dah jadi terkenal nnt... hahah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Afeezz

    segan saya
    orang lama, tentu banyak pengalaman

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam Encik,

    Sy mula berblog tahun brp ntah..blog pertama thru Friendster..
    Masa dulu tak minat nak berblog secara serius lagipun masa bkerja di private sy takde masa untuk semua ini..huhu

    ReplyDelete
  5. wsalam abg rozali : aper lah sangat pengalaman berblog saya tuh.. sekadar suka2 jer....

    wsalam syima : owh... friendster ker, sy pon pernah tulis something kat fs blog tu, tp sekarang, fs pon sy dah lama tak bukak... hehe

    ReplyDelete
  6. salam afeez,

    az suka membaca nukilan afeez yang bersahaja. kadang2 tersenyum sendiri.

    ReplyDelete
  7. wsalam AZ : terima kasih kerana terus mengunjungi blog saya.

    ReplyDelete
  8. salam
    saya pun suka baca penulisan afeezz..mcm yg pernah sy mention sblm ni pun, mmg ada gaya penulis..pandai menyusun kata2 dan ayat sehingga sedap dibaca..hehehe..

    ReplyDelete
  9. iXo : wow gak!

    adlin : terima kasih atas pujian tu. tp sy bukannya penulis, sy menulis ikut suka jer...

    ReplyDelete