Posts

Showing posts from July, 2010

266 : Catatan Perjalanan - Taiping, Perak Part II

Image
Gambar-gambar semasa aktiviti kursus, Hari Keluarga dan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia di Taiping, Perak dari 24 - 25 Julai 2010.


Undangan Ke Majlis Perkahwinan
Anak Kepada TNC HEPA UM - Sungai Buloh





Berkursus Di Hotel Fleminton, Taiping






Santai di Taman Tasik Taiping




Makan Malam dan Indoor Games









Santai Sebelum Check Out

265 : Catatan Perjalanan - Taiping, Perak

Image
24 Julai 2010

Aku sampai awal di tempat yang dijanjikan. Takde orang lagi masa tu, mungkin jalan tak sesak itu yang membuatkan aku sampai awal. Bas bertolak lebih kurang pukul 9.15 pagi kerana masih ade juga yang terlewat. Destinasi pertama kami pada pagi itu adalah ke Sungai Buloh untuk menghadiri undangan ke majlis perkahwinan anak kepada Datuk TNC HEPA UM. Tiba di rumah pengantin sekitar pukul 10.30 pagi dan kami dijemput untuk menjamu selera juadah yang disediakan.

Perjalanan kami diteruskan selepas itu menuju ke Taiping, Perak. Perjalanan berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan dan kami tiba di hotel kediaman kami, Hotel Flemington lebih kurang pukul 3.30 petang. Hotelnya tidak berapa besar tetapi cukup selesa dan lengkap dengan kemudahan asas. Aktiviti kami petang itu bermula pada pukul 4.30 petang dimulai dengan penyampaian CME dari KAS Pharmaceutical dan diikuti dengan penyampaian idea2 penambahbaikan jabatan dari beberapa orang kakitangan yang telah dipilih. Kursus kali ni …

264 : Tag Dari COMYL - Part II

Kene tag lagi dari COMYL lagi. So, layan je lah sempena takde keje nak wat ni. Tagnya berbunyi begini...

1. Apakah yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?
---> Aku akan berusaha untuk tikam beliau balik. No mercy...

2. 6 orang di hati anda?
---> Ahli-ahli keluarga saya, cukup 6 orang.

3. Anda rasa anak anda comel?
---> Mesti lah.. baby mesti lah comel.

4. Single or taken?
---> Solo, single and available (ni ayat aku, ade org tu dia pinjam tanpa kebenaran plak.. huhu)

5. Blog yang anda suka?
---> Sila rujuk senarai 1st Blog List, 2nd Blog List dan 3rd Blog List saya.

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
---> Ya, lepas bangun tidor, akan kemas katil. Tak suka klu katil sepah2 macam tempat kucing beranak. Sesiapa yg baring kat katil saya, sila kemas kembali klu taknak kene marah dengan saya.

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
---> Entah lah... tak tau plak tajuk lagu dan penyanyi dia. Dengar radio jer

8. Last text message?
---> "Em jumaat? blh …

263 : Cuti-Cuti Malaysia - Taiping, Perak

Image
Saya akan berada di Taiping, Perak dari 24 - 25 Julai 2010 untuk berkursus, Hari Keluarga dan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia. Jika anda merindui saya, sila tinggalkan pesanan dan nombor telefon anda. Saya akan menghubungi anda as soon as possible. Till then... ~Salam Sayang~


Taiping - Baru


Taiping - Lama

262 : Hari-Hari Berkursus

Image
Dua hari berkursus di Kampus Kota Universiti Malaya. Dah lama rasanya tidak menghadiri kursus anjuran UM. Pernah apply satu kursus lebih kurang dua bulan lepas, tapi permohonan tidak diluluskan. Kalau nak diikutkan, penjawat awam di UM wajib untuk menghadiri 7 hari berkursus setahun, tapi sehingga ke tarikh ini, aku baru menghadiri 2 hari sahaja. Beberapa faktor penyumbang kepada perkara ini 1) tiada kursus yang berkaitan bidang tugas, kebanyakkan kursus adalah secara umum sahaja. 2) tempat adalah terhad, terhad kepada maksima 30 orang peserta saja. 3) kebanyakkan kursus yang ditawarkan, aku dah penah pegi, so tak payah le hadir kursus yang sama, bg le peluang kepada orang lain plak.

Kursus yang aku hadir ni adalah Kursus Kepimpinan Dalam Organisasi. Rasanya kursus ni baru sahaja diperkenalkan. Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai peserta. Banyak juga yang dapat dipelajari dari kursus ini, dan topik yang dibincangkan sangat menarik.


Beberapa peserta sedang berbincang untuk
menyele…

261 : Tag Dari COMYL

Image
Semalam saya telah ditag oleh saudari Syima dari COMYL. Tag beliau berbunyi begini, 7 Fakta Tentang Diri Sendiri. Tag yang sedemikian rupa selalunya dicipta untuk mengorek dan menggali rahsia peribadi orang yang kene tag itu. Jadi orang yang kene tag itu harus pandai memutarbelit fakta agar rahsia peribadinya tidak menjadi tatapan ramai. Jadinya, saya akan sedaya upaya saya akan cuba memutarbelitkan fakta diri saya agar tidak menjadi tatapan umum sekaligus tidak mengecilkan hati saudari yang telah mengetag saya itu. Hehehe....

Fakta Pertama : Saya telah dilahirkan pada tanggal 25 Februari beberapa tahun yang lepas di sebuah kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Ketika saya masih berusia beberapa hari, kami telah berpindah ke penempatan baru di Selayang Baru dan saya masih tinggal di Selayang Baru. Ini bermakna, saya telah tinggal di Selayang Baru seumur hidup saya.

Fakta Kedua : Saya telah mendapat pendidikan awal di Tadika John Tuck dekat ngan Pasar Selayang. Setiap hari emak akan menghan…

260 : Sepetang Di One

Image
Mantra, tak tau plak akan kewujudan filem ni pawagam2 seluruh Malaya. Hari Sabtu lepas ke One Utama tanpa tujuan yang akhirnya kami memutuskan untuk menonton wayang sahaja. Filem aper nak tengok? Sekarang ni pon takde filem yang malatop di panggung. Predators, ade member kate tak best. Dispicable Me, nak tgk ke cite katon ni? Twillight Saga, isk.. aku tak suke, aku benci (tibe2 aku bersuara agak kuat membuatkan 2 orang mamat yg beratur berhampiran memandang aku dengan muke tak puas hati, so what...). Last2 kami membuat keputusan untuk menonton filem Mantra memandangkan 1) masih banyak lagi tiket yg available, 2) show time yang terawal.

Mantra, sebuah filem melayu berkisarkan tentang Mazir yang telah dipenjarakan kerana mengamalkan ilmu hitam. Kerana kasih dan sayangnya kepada isterinya Ani, Mazir telah membuat perjanjian dengan syaitan untuk mengambil semula Ani yang telah dikahwinkan dengan Hasbi. Usaha Mazir telah dihalang oleh Hasbi, seorang alim yang berpengaruh di kampung tersebut…

259 : Menu - Beriyani

Image
Menu kali ni beriyani lagi. Bulan ni rasanya banyak kali plak dah makan nasi beriyani. Hari Jumaat lepas ade CME lagi. CME kali ni disampaikan oleh Syarikat GSK berkisarkan tentang Asma. Presentation kali ni agak membosankan dan membuatkan aku hampir2 ketiduran. Selepas presentation dari wakil GSK tu, macam biasalah, ade free lunch sumbangan GSK. Kali ni beriyani dengan lauknya, ayam goreng berempah, ikan tenggiri masak cili, dalca, sayur campur dan peria goreng tidak lupa buah2an dan air oren. Tp memandangkan hari Jumaat, aku tapau jer... makan lepas solat Jumaat..


Lauk pauk nasi beriyani tersebut...
ayam goreng berempah, ikan tenggiri masak cili dan sayur campur


Set tupperwere original tau, bukan tippuwere


Lunch aku hari jumaat lepas... nyam3

Tengahari tadi pi jalan2 kat Selayang Mall ngan seorang kawan. Tujuan utama sebab mak aku suruh aku beli dapur gas dua tungku tuh. Dah dapat beli dapur gas tu, aku ngan kawan aku pon berjalan2 sekitar Selayang Mall tu yang akhirnya kami terbeli bebe…

258 : 14 Julai 2008 - 14 Julai 2010

Image
Aku hampir terlupa, nyaris terlupa akan tarikh hari ini. Hari ini genaplah Aku Menulis Untuk Diri Sendiri berusia 2 tahun. Aku akan terus menulis untuk diri aku, aku akan terus mencoretkan kisah-kisah aku untuk diri aku sendiri.

Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi berkunjung dan mencoretkan sepatah dua kata di rumah aku ni. Aku amat menghargai kesudian kalian dan kerana kalian semualah aku masih di sini, menulis dan mencoretkan kisah aku kepada yang sudi membaca. Kisah aku bukanlah sehebat kisah hidup Adolf Hitler dan tidak seindah kisah cinta Romeo dan Juliet. Aku hanya manusia biasa yang menumpang hidup di bumi Allah.


~Salam Sayang~

257 : Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan

Image
Isnin lepas aku dapat sepucuk surat dari Bahagian Sumber Manusia Universiti Malaya. Dah tau dah aper isi kandungan surat tu. Berdebar2 hati nak membukanya. Di dalamnya ade keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang telah aku ambil pada awal bulan Mac dan awal bulan April yang lepas. Hajat di hati nak dapat Aras IV, rupanya tak kesampaian, cume dapat Aras III saje. Ade dua komponen kompetensi, Komponen Generik dapat A, Komponen Fungsional dapat B, jadi keputusan keseluruah dapat Aras III. Sob3....

Dapat Aras III, tak dapat le nak pohon kenaikan tangga gaji tahun ni. Itu yang paling penting. Kene cuba lagi nampaknya. Tapi, yang kami tak puas hati, kami hanya diberi peluang hanya sekali lagi sahaja untuk menduduki penilaian ini untuk mendapatkan Aras IV. Sekiranya masih tidak mendapat Aras IV, maka tertutuplah peluang kami untuk menikmati faedah2 yang boleh diberikan sekiranya kami mendapat Aras IV. Duduklah kami ditakuk sekarang sampai pencen atau mampos yang mana datang dahulu.


Surat…

256 : Sehari Di Port Dickson

Image
Semalam aku menghabiskan masa di Port Dickson. Sekadar mengisi masa lapang yang sangat terluang di rumah pada hari sabtu itu. Dah lama sungguh rasanya tidak ke pantai (Pantai Dalam selalulah) sehinggakan aku terlupa bila kali terakhir aku berada dan bermandian di pantai. Perjanjian dibuat dan kami bertolak dari Selayang ke Port Dickson lebih kurang jam 10.00 pagi. Perjalanan santai dan kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 12.30 tengahari.

Memula kami lepak di pantai berhampiran Ilham Resort. Cantik gak pantai di bahagian ini, luas saujana mata memandang dan tidak ramai orang di sini. Kami hanya lepak2 sambil baring2 menghirup udara pantai, sampai ade yang terlelap lah masa tuh. Nak mandi tapi air tengah surut dan airnya nun jauh ke tengah. Tambahan pula matahari tengah terik, takut plak hangus terbakar kami nnt.

Disebabkan itu, kami bertukar program. Kami menuju ke Telok Kemang. Di sini happening sikit dengan gerai2 jualan, gerai2 makan, ade pertandingan karaoke lagi dan b…