08 October 2009

Posting No. 162 : Selamat Hari Raya 6

Takde ape yang menarik berlaku sepanjang minggu ni. Aku terlalu sibuk dengan kerja. Nak kene siap kan kertas kerja Perancangan Sumber Manusia bagi tahun 2011. Penat aku, awal tahun dah buat bende ni, tapi sekarang kene buat lagi. Aku tak tau le aper yang tak kene kat UM ni. Bende yang sama nak buat sampai 3-4 kali. Awal tahun ni aku dah buat untuk 3 tahun, 2009 - 2011. Aku rasa bagi tahun 2009 nyer dah gerenti tak dapat, tahun 2010 plak jangan dok harap lah. Untuk tahun 2011 plak dia tanya samada nak kekalkan permohonan dahulu atau buat permohonan baru. Aku dah bincang ngan boss dan dia nak wat permohonan baru. Seperti biasa aku le yg kene buat segala2nya, dia hanya order sahaja. Sembilan permohonan baru aku kene buat, bukan sikit tuh. Penat aku memerah kepala dan otak mencari idea dan ayat power untuk dimasukkan di dalam permohonan ini. Bile boss check, tak smpi 10 minit, dia kata semua nya OK. Ados... takde ke nak tambah2... walaubagaimanapun aku telah menyiapkan 9 permohonan tuh. Esok aku akan hantar... klu diluluskan walaupon satu, tahniah kepada aku.

Hari Ahad lepas aku ke Selayang Mall nak membeli barang. Macam biasalah, klu aku pegi shopping aku akan terbeli bende2 yang aku merancang pon nak beli. Perancangannya nak cari minyak rambut dan stokin putih jer. Tetapi pada akhirnya aku terbeli bersama singlet Renoma, Johnson&Johnson Baby Oil dan bende ni.. L'oreal Paris MenExpert ....

Aku tak tau plak kenapa aku terbeli bende ni, saje nak mencuba2. Tak tau lah aper fungsi sebenarnya. Lagipon aku bukan pandai sangat pasal bende2 macam ni. Drp apa yang aku baca, ia untuk menyegarkan kulit muka. Dah tua2 macam ni kene le jaga kulit muka juga agar nampak segar dan hensem selalu kan. Maklumlah, masih bujang trang tang tang, saham kene jaga, agar sentiasa berada di atas. Hahaha...




Salam Aidilfitri ...

8 comments:

  1. salam afeez

    jaga dik,jaga kecantikan tu,jgn bagi kedut,biar saham tu ttp mantain dan disenangi oleh semua golongan dan peringkat usia...malam2 pakai bedak sejuk dik,tiru macam saya,ngeh,ngeh,ngeh

    ReplyDelete
  2. uiks...

    hmm mcm tu lah ganyanya org ter lebih duit, huhu..

    ReplyDelete
  3. kak mas :

    hihih... betul2, saham kene jaga, kene mentain. tp kak takmolah pakai bedak sejuk.. berlapok jer.. haha

    che pit :

    saper yg terlebih duit pit?

    ReplyDelete
  4. As Salam Babeh..

    pegh! lepas nih misti muka bercahaya-cahaya.. terpaksalah customer NSK pakai spek itam masa pilih telur.. mana tak nyer, bersilau tuh..

    ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  5. Tika akak bertemu mu semalam, waduh sudah terserlah kemujaraban krim yang kao pakai...AZ kat muka macam model....macam pelakon Nur Kasih...muka selebriti gitu....penat AZ mengingat nye....ropa-ropanya macam muka menteri....rugi lah CM ngan Noor tak jompe...patut le mahal noh...dia ni ropanyer selebriti...lupa plak nak minta sain otogeraf..

    ReplyDelete
  6. kak nija jgn le habaq macam tu... malu i... (merah dah pipi ni)

    ReplyDelete
  7. Salam Afeez,

    pakai L'oreal menexpert rupanya, padan le bercahaya macam pelakon nur kasih. Rugi la CM tak dapat menatap wajahnya ituhhhhhh, ngeh ngeh ngeh. Ayahzain rasa macam orang muda masa tuhh, apa tidaknya dikelilingi oleh jejaka dan jejaki yang hensem dan bergetah.

    ReplyDelete
  8. hihih... biar usia jer tua, tapi jiwa tetap muda... tak gitu AZ

    ReplyDelete